Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, September 9, 2015

Anak-anak dan dunia peperiksaan



Bismillah,

Saya seronok membaca kisah ibu bapa dan anak-anak yang sedang berjuang dalam peperiksaan UPSR sekarang. Ia mengingatkan kisah anak-anak saya sendiri apabila tiba masa peperiksaan. Pengalaman saya, anak lelaki dan anak perempuan berbeza karakter dan cara.

Bila hampir tiba masa exam anak-anak akan maklumkan. Jika anak perempuan sebelum masuk exam dan selepas exam mereka akan menelefon maklumkan. Permintaan doa itu tidak putus-putus. Lebih teruk lagi jika perlu melayan perasaan panik mahu masuk ke dewan peperiksaan. Takut la, tak yakin la.

Bila tiba giliran Iman, sekali je maklumkan. Lepas tu tahu-tahu dah habis. Masa UPSR lagi la, dia dah tak mahu baca buku. Paling merisaukan apabila terpaksa exam semula dek kerana kertas soalan bocor. Katanya dah tak ada mood mahu baca.

Begitulah keadaaannya, ada ketika dia lupa hari tersebut akan diadakan exam. Berbeza dengan kakaknya, masa nak exam gaya persediaan memang tak payah cakap. Nota-nota disediakan bagai nak rak. Tapi Iman, tak tahu bagaimana gaya persediaan. Paling saya faham, dia akan cari sudut sendirian untuk baca, selepas itu dia akan tengok TV, main bola.

Maka bila anak-anak ada gaya belajar tersendiri, ibu bapa jangan terlalu risau. Apa yang penting berilah sokongan. Jangan stresskan anak-anak dengan leteran dan sebagainya. Doakan semoga anak-anak kita berjaya.  

No comments:

Post a Comment