Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, September 14, 2015

Bila pasangan mula berubah



Bismillah,

Sekali air bah, sekali pasir berubah

Masa berubah, manusia berubah maka hati juga boleh berubah. Ramai yang mengadu kenapa suasana rumahtangga semakin hambar kasih sayangnya. Pasangan tidak lagi seperti dulu. Jika peringkat awal perhubungan, semua tiada cacat cela. Bila ikatan semakin lama terjalin ia bukan makin kukuh, bahkan semakin hari semakin terasa jauh.




Pasangan mula main kayu tiga, apa dilihat serba tidak kena. Apalagi jika ada pucuk muda diluar sana.  Makan hati berulam jantung bagi yang tidak tahan cabaran berumahtangga. Apalagi watak si dia diluar rumah berbeza bila di rumah.

Jangan bersedih bila keadaan semakin berubah. Jangan menyeksa diri berfikir, kenapa dulu begitu dan sekarang begini.

Jika masa berubah, keadaan berubah maka tidak mustahil manusia turut berubah. Sebenarnya kita yang silap kerana tidak ikut sama berubah. Sepatutnya kita berubah menjadi oran yang lebih matang. Kita berubah menjadi lebih kuat dan lebih sabar dah tahan dengan ujian.

Berubah bukan bermakna pasangan main kayu tiga, ada orang ketiga, ada pucuk muda kita juga perlu berbuat perkara sama. Tidak begitu.

Semakin usia menuju kedewasaan kita sepatutnya lebih bijak membaca keadaan dan menangani suasana. Bila pasangan melayani kita tidak seperti dulu, sepatutnya kita cepat membaca iklim kasih sayang dalam rumahtangga.

Jangan cepat melatah, jangan sibuk mencari silap si dia dan silap diri. Sebaliknya carilah perubahan yang baik pada diri sendiri. Tambahkan nilai diri kita terlebih dahulu. Mungkin kita persoal, kenapa kita yang perlu berubah? Kenapa tidak dia yang terangan tidak menjadi dia yang dulu.

Betul, kita yang perlu berubah, kita perlu berubah kerana kita tidak boleh mengubah diri mereka taua orang lain. Bila kita mahu mengubah orang lain kita akan sengsara. Maka ubahlah diri kita sendiri.
Ubah diri menjadi lebih positif, lebih yakin diri, lebih sabar, lebih redha, lebih kuat dan gigih berusaha. Berikan kasih sayang pada yang sepatutnya. Luangkan lebih masa dengan anak-anak. Elakkan melakukan perkara yang mungkar atau negatif. Pujuklah hati dengan kesabaran, jangan dicucuri jiwa dengan dendam dan marah.

Bila si dia berubah, sabarlah! Ia masa untuk kita berubah. Carilah kasih sayang Allah. Berpijak di bumi nyata bahawa cinta manusia itu sementara. Kembali pada Allah. Hati akan tenang, jiwa akan damai. 

No comments:

Post a Comment