Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, September 7, 2015

UPSR : apa yang kita impikan sebenarnya?



Bismillah,

Peperiksaan UPSR hari ini bermula. Ramai ibu bapa yang begitu teruja bila anak akan masuk periksa, tidak kurang pula yang cemas dan bimbang dengan anak-anak mereka yang bakal menduduki peperiksaan. Apalagi jika anak yang menduduki peperiksaan ini anak sulong. Perasaan mengharap dan bimbang itu lebih terasa berbanding anak-anak yang seterusnya.

Itu juga pengalaman yang saya lalui. Namun bila masa semakin berlalu. Anak sulong pula sudah di universiti, perasaan cemas anak bakal menduduki peperiksaan itu semakin berkurangan. Apalagi kita sudah amat memahami dan sedar bahawa kejayaan akademik bukanlah segalanya. Tidak dinafikan kita mahukan anak-anak bakal memperoleh keputusan terbaik. Keadaan lebih terasa jika ada perasaan mahu bertanding dengan anak-anak jiran, kawan-kawan, dengan kata lain mahu pastikan anak siapa labih bagus.

Malang pula bagi ibu bapa yang merasa anak mereka biasa-biasa sahaja pencapaiannya. Maka dipaksa anak agar belajar rajin-rajin, semua kelas tusyen dipastikan masuk agar anak akan keluar sebagai pelajar cemerlang.

Realitinya bila kita faham maksud cemerlang pada anak-anak, kita akan menjadi ibu bapa yang lebih rasional dan tenang dalam berdepan situasi anak-anak menghadapi peperiksaan. Kita akan meletakkan harapan anak berjaya sewajarnya,tanpa meletakkan anak dalam situasi tertekan. Semua orang mahukan anak berjaya mendapat 5A UPSR, tapi sedarkah kita jika anak mendapat 5A namun solat 5 waktu perlu diperingatkan sentiasa, pergaulan tiada batas, gaya hidup tidak bercirikan anak soleh.

Kita mahu anak cemerlang. Kita mahu anak berjaya. Tapi biarlah kita doakan anak berjaya DUNIA & AKHIRAT.Anak bukan semata berjaya menjawab peperiksaan dunia, kita mahu anak dan diri kita berjaya menjawab segala persoalan yang bakal ditanya di akhirat sana nanti. Maka jangan sedih jika anak berjaya biasa-biasa, mungkin satu masa mereka lebih berjaya dari hari ini siapa tahu?

Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment