Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, September 3, 2015

Berkasih sayang sesama Islam

Salam Jumaat.

Bismillah,

Islam pembawa rahmat sekalian alam. Islam menganjurkan kebaikan hatta cara sembelihan pun dimestikan mengikut syariat Islam yang betul. Ia membawa kebaikan kepada manusia dan kebaikan pada haiwan itu sendiri.

Qurban yang menjadi syariat pada umat akan membawa kebaikan. Jika ada yang berfikir syariat membawa bala maka ia satu kesilapan. Islam yang diturunkan membawa rahmat dari Allah. Dari kata-kata itulah Islam agama yang diakui oleh Allah. Ia diterima Allah sebagai agama sebenar.

Sifat kasih sayang ini bukan hanya Allah sebagai Khaliq bahkan para nabi juga bersifat penyayang. Orang yang ingkar pada Allah akan disediakan bala oleh Allah hari akhirat nanti. Sebahagian dari hamba Allah ada miliki sifat kasih sayang.

Muhammad adalah utusan Allah dan orang yang bersama dengannya tegas dengan orang kafir namun mereka berkasih sayang sesama Muslimin. Maka kita jangan benci umat Islam namun benci hanya kepada perkara mungkar yang diperbuat.

Perbuatan ini perlu dicegah. Mereka yang membuat perkara mungkar harus dinasihati dan tunjuk ajar agar mereka kembali kepada ajaran Islam. Al Quran banyak menceritakan agar mereka berpesan kepada saudara mereka berpesan dengan kebaikan.

Sabda Nabi " Allah tidak kasih pada manusia yang tidak kasih pada makhluk yang lain ".

Allah mengasihi hamba yang punyai rasa kasih sesama insan. Maka kita perlu sesama ingat mengingati, jangan kita mengata dan mengadu domba sahabat kita.

Sirah Nabi mengejarkan kita semua. Baginda diziarahi sahabat  yang mempunyai 10 orang anak, namun dia tidak pernah mencium anaknya. Maka Rasulullah berpesan agar mengasihi anak-anaknya. Maka berkasih sayang itu adalah perkara yang wajib diamalkan.

Apabila saudara kita dalam kesusahan atau melakukan perkara tidak baik maka kita perlu ambil tanggungjawab. Memberi bantuan dan juga kesedaran.

Wallahuaalam.



No comments:

Post a Comment