Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, September 3, 2015

Kemahiran berfikir

KEMAHIRAN BERFIKIR 
Fikiran kita seringkali dipengaruhi oleh persepi atau tanggapan kita terhadap sesuatu.
Persepsi pula datang dari pengetahuan atau maklumat yang diproses.
Memetik kata-kata ProfAbdullah Hassan "Berfikir mesti ada keputusan atau hasil baru dinamakan berfikir".
-------
Mode:
Belajar dengan Prof Abdullah semalam banyak mengingatkan saya kenangan pahit manis mengejar impian di menara gading.
Sepanjang saya belajar secara formal di universiti hingga pas habis darjah ada ramai Asatizah yang sangat memberi impak pada kehidupan saya hari ini.
Mereka ini adalah murabbi. Antaranya Arwah Prof Hassan Langgulung, Arwah Prof Suradi, Prof Malik Badri dan Prof Sidek Baba.
Mereka mengajar saya makna sebenar dan apa ertinya bergelar pendidik. Ramai orang bergelar pendidik tapi tidak mampu menjadi ‪#‎murrabi‬. Wallahuaalam.
ادبنى ربي فاحسن تاديبي....

No comments:

Post a Comment