Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, September 3, 2015

Perjalanan ke Satun Thailand

Bismillah,

Saya suka berjalan melihat bumi Allah. Dari pengamatan akan timbul rasa insaf dan takjub dengan kejadian alam ciptaan Allah. Biasanya merantau ada beberapa sebab, sama ada kerja atau bercuti.

Dua minggu lepas saya ke Satun Thailand menemani suami ke Conference Oral History. Kebetulannya saya juga berminat dengan History. Sewaktu degree dulu saya mengambil minor History. Bila keluar sebagai guru Sejarah adalah salah satu subjek yang saya perlu mengajar.

Ia pengalaman ke dua saya ke Thailand menaiki bas dan menggunakan jalan darat. Satu ketika waktu belajar dulu saya pernah juga mengikuti rombongan ke Phuket dan melawat pulai-pulai yang berdekatan.

Salah satu kegemaran saya untuk ke Thailand bukan kerana ia syurga membeli belah, namun sepekara lagi ia adalah syurga makanan bagi yang suka dengan makanan eksotik. Sebab itu bila ke Thailand, sekembalinya mesti berat badan pun naik.

Perjalanan ke Satun kali ini disertai oleh hampir 10 orang pensyarah dan juga pelajar. Kami bertolak dari Uitm Puncak Perdana pada 11 malam dan sampai di Perlis pada subuhnya. Selesai solat subuh di Masjid Negeri Arau dan singgah makan pagi di rumah salah seorang pensyarah kami kemudian bertolak ke Wang Kelian.

Ini kali pertama saya ke Wang Kelian. Jika tak kerana kes pelarian Rohingya yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia mungkin saya lambat nak kenal tempat-tempat ini. Apalagi saya baru dua kali ke Perlis. Itu pun atas urusan memberi motivasi kepada usahawan.

Pemergian kali ini sememangnya membuka mata saya melihat keindahan Perlis. Terasa seperti saya berada di bumi Kelantan. Sungguh damai dan tenang. Tiada kesibukan, kereta pun tidak banyak di atas jalan raya. Terasa suasana kampunnya yang belum dicemari pembangunan.

Jalan ke Wang Kelian agak berbukit, kiri kanannya banyak sawah dan pokok getah. Sewaktu pemerikasaan kastam juga cepat. Pelancong tidak seramai seperti di Padang Besar. Cepat selesai baik di Kastam Malaysia mahupun kastam Thailand.

Selepas sempadan sudah ada eskot iaitu polis Thailanda yang mengiringi kami ke tempat seminar. Pemandangan sekeliling ibarat saya di Gua Musang. Suasana kampung yang didiami ramainya penduduk Islam. Rumah-rumahnya design hampir sama dengan tempat kelahiran saya.

Tidak sampai setengah jam kami sampai di Starin Resort tempat seminar bakal di adakan. Sesampainya kami, juadah dihidang untuk makan tengahari. Ada pelabagai masakan dari tomyam,asam pedas ikan hingga pada sambal semuanya sedap. Perut yang sedia ada kenyang kerana kami sudah makan di Wang Kelian bertambah kenyah. Ia nikmat Allah yang tidak dapat didustakan.

Petang setelah selesai aktivti semianar, kami melawat Pelabuhan Tamanung yang berada dekat dengan bandar Satun. Ia tempat nelayan berlabuh dan juga feri yang membawa penumpang berulang alik dari pelabuhan ke Langkawi.

Malam pertama kami disambut oleh Gabenor Satun. Ada ramai otai History yang turut hadir dalam seminar ini seperti Datuk Affifudin bekas menteri pelajaran, Datuk Ramlah Adam pakar history, Datuk Raja Abdullah dan ramai lagi. Paling indah kami bertemu Dr Sukree Langputih x UIAM yang sekarng sudah menjawat jawaan Vice Canselor di Universiti Patani. Kami juga bertemu rakan UIA yang sekarang sudah menjadi Members of Parliament. Pendek kata malam pembukaan itu banyak yang dapat diperoleh berkait Sejarah Nusantara.

Esoknya saya agak lambat ke dewan makan, namun ia tidak perlu dirisaukan. Sepanjang jalan di Satun itu kiri kanannya ada restoran dan gerai-gerai orang Islam. Berdekatan Starin resort itu hanya berjalan kaki 5 minit ada kedai yang penuh dengan pelanggan, saya dan suami singgah menjamah nasi kerabu di situ, ada pelbagai makanan namun perut saya tidak mampu untuk menjamah semua. Suami pula menambah order dengan roti canai. Kami diberi air teh panas percuma yang diletakkan dalam teko kecil. Harga makanan sangatlah murah walaupun duit Malaysia menjunam jatuh harga tukarannya. Ia sangat berbaloi.




No comments:

Post a Comment