Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, September 13, 2015

Kaunseling : Dari wanita untuk wanita

Kaunseling : Dari wanita untuk wanita

Persoalan: Suami saya adakala bersikap dingin, banyak perkara merahsiakan sesuatu dari saya. Ada ketika saya rasa terpinggir, dan rasa tidak diperlukan dengan sikap acuh tidak acuhnya terhadap saya, bahkan dia sering mementingkan orang lain dari keluarga sendiri.

Jawapan:

Ada suami dia hanya mahukan isteri bertitle sebagai isteri.
Ia bukan bermakna isteri tersebut sebagai pendamping, namun untuk memenuhi kekosongan dan ada ketika bagi memberi sokongan saat ia perlu, Pun begiti tidak semua bentuk sokongan.
Ada ketika suami tidak perlu sokongan isteri bahkan lebih memerlukan sokongan rakan dan orang lain.
Isteri ada yang boleh dibawa ketengah ketepi, namun tidak semua keadaan isteri boleh dibawa ke meja rundingan. Terutama bila isteri dilihat sebagai penyibuk, suka menjaga tepi kain suami dan lebih mahu menguasai

Maka isteri yang bagaimana kita mahu jadi?

Jawapannya,
a) isteri yang memenuhi kehendak suami selagi tidak bertentangan dengan syariat Allah.
b) isteri yang meletakkan Allah dan Rasul di tempat teratas. Ia mengatasi segalanya.
Ini bermakna hidup ini untuk memenuhi tujuan yang disyariatkan Allah ke atas hambaNya.
c) Redha Allah adalah dari keredhaan suami. Maka tugas isteri menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai isteri. Biarpun ada perkara atau tindaksn suami tidak dipersetujui, isteri perlu diam dan ikut selagi tidak menyalahi syariat.

Selebihnya kembali dan berserah kepada Allah. Ketenangan jiwa ada pada hati yang subur imannya dan ketaatannya pada Rabb.

Bahagia bukan pada pada kasihnya manusia kepada kita, bahagia adalah saat mendapat rahmat dan barakah Allah. Bahagia adalah taufiq dan hidayah yang menyuluh kehidupan saat hidup menjadi kelam.

Bahagia adalah memenuhi tuntutan Pencipta bukan memenuhi kehendak manusia.

Wallahuaalam

#pelamincinta2

No comments:

Post a Comment