Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Friday, May 31, 2013
Memilih tempat percutian musim cuti sekolah
Tuesday, May 28, 2013
Berniaga Perlu Tahu Cara dan Matlamat
Kejayaan bermula dari fikiran
Saturday, May 25, 2013
The Meaning of Self Esteem
Thursday, May 23, 2013
Resepi Cendawan Black Pepper
Hari cuti rutin biasa adalah memasak untuk keluarga. Setiap kali mahu memasak selalunya kita akan berkira-kira masakan apa yang mahu dimasak. Tugas ke pasar adalah suami, minggu lepas beliau ke pasar tani membeli pelbagai jenis lauk dan sayuaran. Salah satu yang tidak saya sangka adalah beliau membeli cendawan butang. Selalunya saya beli yang kering itu pun sekali sekala sahaja. Namun jika tidak suka atau apa yang dibeli tidak masuk dalam senarai saya diam sahaja.. Apa yang penting kretiviti kita bagaimana mahu di masak...
Lalu seperti biasa resepi campak-campak la jadinya untuk memastikan cendawan tersebut tidak terbuang begitu sahaja...
Bahan-bahan
300gm cendawan butang
Secubit garam
Secubit serbuk belacan
Secubit garlic powder
Secubit perfect pinch jenama Mc Cormick
Sesudu black pepper
Sedikit minyak zaitun
Caranya pansakan minyak dalam kuali, masukkan serbuk garlic dan cendawan, kemudian masukkan kesemua bahan-bahan tadi, masak hingga air daru cendawan menjadi pekat.. Jika mahu lebih black pepper boleh ditambah, terpulang kepada citarasa. Oleh kerana bahan-bahan itu ada rasa masin maka pastikan garam tidak terlebih, dalam masa 10 minit cendawan sudah boleh dihidangkan.
Selamat mencuba....
Wednesday, May 22, 2013
Bila Diri Sukar Menerima Kemaafan
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]
Bismillah...
Berbicara lagi tentang perhubungan, salah satu isu yang seirng menjadi masalah pada perhubungan bila seseorang inidividu susah menerima kemaafan. Ada pelbagai alasan yang diberi bila tidak mahu memberi maaf. Salah satunya adalah kerana tidak boleh menerima perbuatan yang telah dilakukan... Lalu akan ada ayat-ayat yang biasa dihalwa telinga iaitu "lagikan nabi maafkan umat". Dan jawapan yang sama juga yang biasa didengar seperti " itu nabi bukan saya"...
Saturday, May 18, 2013
Attitude
Friday, May 17, 2013
Makna bergelar pendidik
Thursday, May 16, 2013
Resepi Ayam Panggang Menggunakan Pemanggang Ajaib
Salam ukhuwah, moga Jumaat kali ini memberi barakah kepada kita semua.
Jarang sekali saya berkongsi tentang masakan, walaupun masakan merupakan antara perkara yang saya minat. Pun begitu saya bukan handal memasak yang boleh di angkat menjadi chef. Sekadar menjadi chef kepada suami dan anak-anak sudah memadai. Apapun saya ingin berkongsi tentang bagaimana bagaimana mudahnya memanggang dan membakar ikan, ayam atau daging menggunakan PEMANGGANG AJAIB... Lawak juga namanya pada saya.. ia bukanlah ajaib cuma memudahkan. Saya sendiri lupa bila saya beli, mungkin sebab jarang dipakai kerana saya sudah biasa menggunakan tempat memanggang sedia ada...
Bila Suami Tidak Bekerja Isteri Jadi Sengsara
Monday, May 13, 2013
Kompas kehidupan
Kesan buruk menangguhkan pekerjaan
Kesan Sikap Menangguhkan
Sunday, May 12, 2013
Saturday, May 11, 2013
Kekuatan aqidah benteng pertahanan diri
Andai aku pergi dulu..
Mahukah kamu memaafkan aku
segala salah silapku
semua ketidak sempurnaan diriku..
Andai aku pergi dahulu
adakah lagi rindu itu buatku
atau ada pengganti lain dihati mu
Andai aku pergi dahulu
apakah masih tersemat kenangan lalu
terukir indah bersama mu
Andai aku pergi dahulu
sedekahkan Fatihah untuku
Moga damai diriku di alam sana
Andai aku pergi dahulu
Doakan Allah mengampun segala dosa
menerima segala amalan
Andai aku pergi dahulu
Moga rohku bersama para anbiyaa dan solihin
Moga suatu masa kita akan bersama
Dia syurga nan abadi..
Nukilan: Ummu ieman ihsan
Friday, May 10, 2013
Tips mendapatkan rezeki berlipat ganda
Wednesday, May 8, 2013
Terima Kelemahan pasangan seadanya
Tuesday, May 7, 2013
Disebalik PRU 13
Semalam selesai mengundi, tetapi demam PRU 13 belum habis... ada sahaja berita dan analisa-analisa tentang keputusan PRU 2013 tertera di FB. Tidah mahu baca seperti perlu baca.. lalu banyak masa dihabiskan membacanya.. Sungguh ini satu pengalaman berharga mengundi..yang sebelum ini saya abaikan...
Apa ada disebalik PRU 13 ini? Ia menyedarkan saya betapa sebelum ini saya tidak mahu mengambil endah tentang politik..bagi saya politik ini banyak yang tidak betul dari yang betul.. Biarpun begitu saya dari dulu memilih sekadar dalam hati parti mana yang lebih baik pada penilaian saya...
Banyak perkara tertangguh bila hati bersedih dengan keputusan PRU 13. Hakikatnya itulah perjuangan.. Ia bukan mudah melawan arus dengan bersenjatakan agama. Jika tidak amat mudah Rasulullah memenangi hati Arab Jahiliyyah.. tapi janji Allah itu pasti.. kemenangan pasti akan berpihak pada Islam.. Saya percaya tiada pemimpin yang sempurna.. tapi kita memilih yang terbaik... Banyak hikmah saya perolehi dari semua ini.. Jika di dunia begitu banyak laluan sukar.. tapi jika kita berada dalam garis panduan Illahi pasti pejalanan ke dunia abadi itu lebih mudah..
Mengingatkan kata-kata ulama hebat.. Jaga dosa pahala maka kita akan terselamat..
Wallahualam
Saturday, May 4, 2013
PRU 13 Menanti Debaran
Makin dekat makin terada debaran
Mampukah Islam membawa kemenangan di bumi ini
Terasa lambat masa berjalan
Mengisi penantian sekian zaman
Mercu kejayaan masih samar
Adakah ia bakal di gengaman
Atau harapan berdepan kehancuran
dek pengkhianatan dan balas dendam..
Ya Allah bantu kami
Menebar amar makruf nahi mungkkar di bumi ini
syiar mampu tertegak..
aqidah kukuh didada...
Sungguh ku yakin hanya satu
Biar hebat manusia merancang
Engkau punya sebaik perancangan..
Nukilan: Ummu ieman ihsan
Friday, May 3, 2013
Munajat padaMu Rabbi
Doa dibaris tidak putus-putus
moga harapan akan termaqbul
silih berganti lidah bertasbih
permudahkan urusan kami Ya Rabb
berikan kami kemenangan
biar berliku onak dan paku
biar berselirat cabaran dan getir
namun usaha dan semangat
tidak mudah kalah
tidak senang padam
kecekalan itu azimat
perjuangan tersemat
mendokong amar maakruf
menjauh mungkar
Munajat pada Mu Rabbi
berkati dan rahmati kami
moga jalan ini
membawa kami
ke syurga hakiki...
nukilan; ummu iman ihsan