Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, May 28, 2013

Berniaga Perlu Tahu Cara dan Matlamat

Bila orang ajak berniaga kita pun rasa excited untuk mencuba... tanpa kita tahu matlamat yang jelas.. Bila melihat orang berniaga kaya raya kita pun seperti tidak sabar mahu berjaya sama... Realtinya berniaga itu amat seronok jika kita jelas matlamatnya.. jika tahu makna disebalik perniagaan yang boleh mendidik jiwa melatih diri menjadi hamba yang lebih taat kepada yang Maha Pencipta..

Berniaga.. .adakala indah rupa dari apa yang sebenarnya.. ramai yang berniaga kadangkala tenggelam dalam glamour, mahu dilihat hebat dipersada.. walhal bila tahu erti berniaga ia mendidik diri untuk menjadi lebih 'humble'.. banyak muhasabah perjalanan yang dilalui.. 
Maka ada yang berniaga kenapa asyik tutup dan buka? Ada yang bertukar bisnes seperti menukar baju.. ada yang berniaga hanya pada title lalu di mana silapnya? Orang lain berniaga menjadi kaya raya tetapi kita pula sebaliknya.. Hidup sentiasa lelah dan masa sentiasa mengejar.. seperti apa yang ada tidak pernah kecukupan.. adakala zakat dan sedekah hampir dilupa...

Berniaga perlukan ilmu.. sudahpasti bagi yang mengerti ia laluan yang sukar tetapi banyak mudahnya.. Berniaga besar pahala bagi yang mengikut Syariat Islam yang tertulis dalam tintaNYA..

Berniaga bukan setakat mendidik kaya harta tetapi paling utama menjadikan kaya jiwa kaya pahala.
Wallahuaalam. 

No comments:

Post a Comment