Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, May 31, 2013

Memilih tempat percutian musim cuti sekolah

Cuti sekolah kembali tidak terasa seperti cuti kerana anak-anak minggu ini ada tusyen di sekolah. Apapun seronok melihat gambar-gambar kawan-kawan yang tertera di FB membawa keluarga bercuti. Tahun ini agak padat masa yang ada kerana ke dua anak akan menempuh peperiksaan yang besar. Bila di ajak bercuti tempat yang agak jauh mereka juga keberatan kerana merasak tidak seronok bercuti disebabkan fikiran terlekat pada peperiksaan yang akan tiba... 

Bagaimanapun masa yang ada boleh digunakan secara berkualiti.. jika tidak boleh berjalan ke destinasi yang agak jauh maka cutik sekolah masih boleh dimanfaatkan dengan cara berbeza.. Sebenarnya di Malaysia memang banyak tempat-tempat yang menarik yang boleh dikunjung.. ada pulau-pulau yang indah... Antara yang menarik pernah kami kunjungi dan menjadi destinasi yang aman adalah Pulai Tioman dan juga P.Perhentian.. 
Bagi yang berminat mahu bercuti, menikmati pemandangan sambil membeli belah maka sudah pasti  Pulau Langkawi akan mejadi pilihan. Pada hemat saya Malaysia memang indah.. walaupun ada segelintir yang suka memilih luar negara sebagai tempat percutian, ia satu kerugian jika tempat sendiri tidak dijelajahi sama... 

Namun apa yang paling saya seronok mendengar jawapan anak-anak bila ditanya tentang pilihan tempat pecutian mana yang paling mereka mahu pergi... Jawapan mereka serentak "mesti la nak pergi UMRAH".. Ternyata anak-anak bijak memilih.. Mekah dan Madinah adalah tempat yang hati sentiasa mahu berada di sana.. Moga-moga Allah limpahkan rezeki untuk ke Tanah Suci berkali-kali... In sya Allah moga Allah murahkan rezeki, bagi yang menjadikan destinasi luar negara sebagai tempat percutian anda, jangan lupa untuk menjadikan Tanah Suci sebagai destinasi yang wajib pergi..
Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment