Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, May 11, 2013

Kekuatan aqidah benteng pertahanan diri

Persoalan kenapa kita tida segan silu melakukan dosa? Kenapa kita mudah melakukan perkara mungkar? Kenapa hati tiada kecintaan kepada agama?Bagaimana mahu menjaga diri dari semua ini?

Apabila aqidah kita tidak kuat, kita tidak menyakini pada balasan dosa dan pahala dari Allah, maka kita akan cenderung untuk melakukan maksiat. Kita akan menghalalkan apa yang haram bagi kita. Kita mengakui bahawa kita bergelar islam namun hakikatnya kita tidak bersyukur berada dalam Islam. Kita tidak menghayati apakah peranan kita sebagai hamba yang dijadikan oleh Allah yang dikurniakan aqal untuk berfikir, bagi membuat timbang tara apa yang baik dan apa yang tidak baik.

Bila kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah berkurangan maka kita mudah mudah melakukan perkara mungkar, kita tidka takut melakukan zina, sama ada zina mata, telinga, kaki, tangan dan sebagainya. Ia bukan semata zina bahkan kita juga cenderung melakukan perkara yang boleh mendatangkan dosa yang besar. 

Ada ketikanya bila iman semakin berkurang kita juga makin malas untuk soalt dan melakukan perkara lain yang disuruh oleh Alla. Lalu kita semakin jauh dengan Islam,iman kita semakin goyah. Lalu kita suka untuk hadir dalam majlis hiburan. Kita cenderung memilih kawan dan rakan yang sama keinginan dan citarasa seperti kita. Maka tiada siapa yang boleh menasihati kita,kita tenggelam dalam lautan keseronkan oeribadi, Asyiknya kita dengan hiburan sementara ini hingga kita melanggar batas dan hukum Allah tanpa rasa takut pada azab yang bakal ditimpakan.

Maka jika terdetik mahu melakukan perkara mungkar, ingatlah.. Allah memerhatikan kita setiap detik dan saat. Bila tergerak perbuatan mahu berbuat maksiat, ingatlah kepada kematian yang tidak kita tahu bila saatnya... Jika terpesona dengan hiburan yang melalaikan..ingatlah bahawa itu adalah godaan syaitan yang mahu kita bersamanya di neraka kelak... 

Andai diri seperti hanyut dilautan gelora, tercari-cari manakah daratan... maka teroponglah diri, kompas jiwa itu mampu menerang hati membawa diri ke destinasi hakiki... 

Ya Allah ampunkan dosa kami, baik yang kami sedari atau tidak kami sedari. Terimalah amalan kami.. moga kami termasuk dalam golongan para solihin...

Ameen.

No comments:

Post a Comment