Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, May 17, 2013

Makna bergelar pendidik

Rasanya bila tidak menulis tentang warga pendidik ia seperti tidak sah, apa lagi dengan kedatangan hari guru yang saban waktu hadir tiap tahun. Persoalan yang bermain diminda adalah sejauh mana warga pendidik baik yang bergelar cikgu (tadika, sek.ren, sek men) kolej,IPT(A/S) atau pendidik yang mengajar secara tidak formal seperti pendakwah/penceramah bebas, pekerja kebajikan, dan sebagainya yang boleh diangkat sebagai "pendidik'


Pengajaran bermaksud dalam bahasa Arab ialah taalim manakal pendidikan pula bermaksud tarbiyyah. Pengajaran dan pendidikan merupakan dua perkara penting di dalam memmbangun dan membina insane menjadi manusia berguna. Namun apa yang perlu diberi kefahaman bahawa pengajaran dan pendidikan ada bezanya biarpun ramai yang menafsirkan sebagai sama. Contohnya di Negara kita dulu diberi nama Kementerian Pendidikan, bila berubah orang yang tampuk pimpinan ia bertukar kepada Kementerian Pelajaran.
Jika kita perhatikan pengajaran lebih khusus kepada belajar atau menimba ilmu manakala pendidikan  berkait dengan tarbiyyah iaitu mendidik dan membinaa insan  baik dari segi spritual, mental, fizikal dan emosi menjadi manusia berguna. Sebagai seorang yang bergelar guru maka mereka lebih kepada mengajar pelajaran semata, tetapi bila digelar pendidik mereka ini bukan sekadar memberi ilmu tetpai dalam masa sama mendidik anak didik dengan memberi pengetahuan, membangun jiwa dengan nilai-nilai yang syumul.
Oleh kerana pelajaran melibatkan proses belajar atau transformasi ilmu daripada guru kepada murid maka objektifnya lebih menjurus agar pelajar dari tidak tahu akan tahu, tidak pandai menjadi pandai, kurang ilmu akan bertambah ilmu pengetahuan ini beseuaian dengan perkataan mengetahui atau alim dalam bahasa Arab. Manakala pendidikan adalah proses mendidik yang melibatkan penerapan nilai-nilai murni yang sedia ada dalam Islam.

Oleh itu dalam konsep pendidikan ia melibatkan proses pemahaman, penghayatan, penjiwaan, dan pengamalan kepada ilmu yang dikongsi oleh pengajar. Ia bukan semata untuk pelajar menjadi celik ilmu, tetapi leboh penting lagi transformasi ilmu dari guru kepada pelajar akan menjadi lebih efektif kerana ia melibatkan penghayatan kepada apa yang dipelajari melalui pengamalan/ praktikal dalam kehidupan. Jika setakat belajar dan tahu tetapi tiada pengamalan dan penghayatan kepada ilmu tersebut maka perkongsian ilmu itu tidak mampu menerpkan nilai-nilai yang sepatutnya sekaligus gagal mendidik manusia menjadi bukan setakat pandai tetapi mampu menilai buruk baik sesuatu perkara.
Apabila seseorang guru mendidik pelajarnya, ia bukan setakat menyampaikan ilmu, tetapi menerangkan kepada mereka siapakan yang memmjadi Pemilik ilum tersebut? Ia juga boleh menjelaskan kenapa ilmu itu perlu dan dimana manfaat ilmu tesebut patut digunakan? Jika tiadanya amalan mendidik ini maka sebab itu lah jika kita perhatikan scenario jari ini dimana anak-anak yang cemerlang akedemik tetapi di sudut akhlaknya mereka gagal.
Mendidik itu bukan satu perkara mudah kerana pendidik adalah role model kepada anak didik. Ura seorang pendidik seperti akhlak yang baik, syakhsiah yang terpuji yang ada pada pendidik akan dicontohi oleh anak-anak didik. Salah satu sebab kegagalan dalam system pendidikan yang ada kerana pendidik sendiri tidak mempunyai imej seorang pendidik. Tingkahlaku dan imej diri tidak melambangkan seorang yang berilmu dan mampu mendidik pelajar-pelajar seklaigus menjadi role model kepada mereka kerana pendidik sendiri tidak menerapkan nilai yang sepatutnya ada pada diri mereka untuk dijadikan contoh dan teladan.
Ramai orang boleh menjadi pengajar tetapi tidak semua mampu mendidik. Ilmu dan pelajaran yang diberi tanpa melibatkan proses pendidikan akan menghasilkan masyarakat yang pincang. Pelapis atau generasi yang gemilang tidak mampu dilahirkan jika proses mendidik tidak dijalankan sebagaimana sepatutnya. Mendidik dengan ilmu akan memberi garis pandu kepada anak didik lahir menjadi insane terbilang. 

No comments:

Post a Comment