Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, May 8, 2013

Terima Kelemahan pasangan seadanya

Hidup berumahtangga banyak asam garam yang perlu ditempuhi dan dilalui.. Tidak semua perkara boleh dipersetujui pun begitu ia bukan menjadi masalah untuk meneraju bahtera bersama. Bila suatu perkara tidak difahami dan tidak mencapai kata sepakat ia tidak menjadi bara untuk membawa kepada masam muka. Bila keputusan tidak selari ia bukan penyebab kepada merajuk dan membawa diri... Lalu bagaimanan menangani semua ini dan mencari satu titiktemu agar tidak membara luka dan mampu melakar bahagia... 


Mudah sahaja, kita fikirkan hanya apa yang boleh membawa kepada kesefahaman, perkara yang tidak dipersetujui itu jangan diungkit-ungkit. Terima apa sahaja seadanya. Mungkin kita tidak tahan dengan sikap pasangan hingga kita menjruk rasa, lalu apa yang mudah lihat sahaja pada kebaikan yang ada padanya. Jika terasa diri sentiasa dalam kecewa, itu kerana kitay ang memilih untuk melihat warna kecewa. Lalu bila hati menjeruk dendam maka perasaan mudah membawa kepada perbalahan. 

Percayalah, rumahtangga adalah medan untuk kita melihat titik persamaan dan bukan mencari titik berlainan. Jangan diri dibelenggu oleh perasaan marah dan dendam. Pasti ada kekurangan pasangan, tapi ia bukan untuk difikirkan dan diperbesarkan menjadi satu agenda perubahan... Apa yang perlu berubah adalah.. kemaafan terhadap pasangan dan menerima setiap kelemahan... Wallahuaalam. 

No comments:

Post a Comment