Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, May 10, 2013

Tips mendapatkan rezeki berlipat ganda

Bekerja keras itulah resepi jika mahu mendapat rezeki berganda dan hidup senang. Namun jangan lupa biar bagaimana usaha dan kegigihan untuk mendapatkan rezeki berlipat ganda, amal ibadat jangan dilupa. Ramai yang mengatakan berkerja keras itu penting. Betul saya amat bersetuju tetapi apa yang sering saya perhatikan dek kerana bekerja keras tak mengira masa hingga ada segelintir  yang sewenangnya meninggalkan ibadat. Lebih malang bagi yang berniaga contoh di pasar malam sanggup meninggalkan waktu maghrib semata-mata kerana pelanggan ramai berkunjung pada waktu itu. Walalupun tidak semua tetapi baik yang berniaga atau membeli serupa sahaja...


Sesungguhnya rezeki berlipat ganda bukan semata kerana masa yang banyak diberikan untuknya. Bayangkan jika5 minit masa diambil untuk bersolat alangkan banyak keberkatan yang diperoleh. Rezeki yang berlipat ganda akan diberi oleh Allah bukan semata dalam bentuk wang ringgit, namun jika kita memperoleh duit ringgit yang melimpah dengan perniagaan atau bekerja hingga sanggup meninggalkan waktu bersolat, maka percayalah duit ringgit yang diperoleh datang dan berlalu seperti air mengalir bahkab sering tidak kecukupan. Manakala rezeki yang walaupun sedikit namun kerana adanya barakah ia lebih mencukupi. 
Lalu bagaimana mahu mendapatkan rezeki berlipat ganda? Kita sering diberikan tips supaya membaca surah Al waqiah, solat dhuha, bersedekah, banyak beristghfar serta berzikir. Namun ada satu lagi cara untuk mendapatkan rezeki yang melimpah ruah iaitu berbuat baik kepada ibu bapa. 

Ramai yang mencari rezeki hingga lupa menziarahi ibu bapa, ada yang tidak dapat menjaga ibu bapa yang sakit dan pelabagi lagi.. Oleh itu jika rezeki kita seperti agak susah maka muhasabahlah.. pasti ada kekurangannya.. Allah itu Maha Pemurah, jangan serik berdoa.. Wallahuaalam.

1 comment:

  1. Salam lawatan
    Boleh juga cuba bisnes di sini:-
    http://jomduitjutawanqmg.blogspot.com/

    ReplyDelete