Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]
Bismillah...
Berbicara lagi tentang perhubungan, salah satu isu yang seirng menjadi masalah pada perhubungan bila seseorang inidividu susah menerima kemaafan. Ada pelbagai alasan yang diberi bila tidak mahu memberi maaf. Salah satunya adalah kerana tidak boleh menerima perbuatan yang telah dilakukan... Lalu akan ada ayat-ayat yang biasa dihalwa telinga iaitu "lagikan nabi maafkan umat". Dan jawapan yang sama juga yang biasa didengar seperti " itu nabi bukan saya"...
Hakikat kepada persoalan tidak boleh memberi kemaafan berlaku bila perasaan masih ada rasa marah yang tersimpan, bila dendan masih terbuku dihati, bila ego menguasai diri, bila tidak mampu merawat luka dari perkara yang berlaku maka ia menjadi penyebab kemaafan tidak boleh dberi...
Belajar untuk memaafkan seperti dilihat mudah.. betul..tetapi jika diri pasrah dengan apa yang berlaku, jika percaya pasti ada hikmah buat diri bagi mendidik kesabaran. Maka persoalan kemaafan itu menjadi mudah. Mungkin ada lagi alasan bila kita memberi maaf si pelaku seperti biasa akan mengulangi perkara yang sama... Lalu dimana kewajaran memberikan kemaafan..
Mudah sahaja..sering saya katakan..memberi maaf kita akan mendapat pahala.. memberi maaf hati akan tentang,,kita tidak perlu membawa beban pada perasaan.. Jika berulang perkara sama..lalu bolehkan kita mengubah mereka? Mudahkan mendidik insan yang tidak ada kenisafan? Jika susah mendidik diri sendiri apa lagi mahu mengajari orang lain? Lalu lebih mudah didik diri sendiri memberi maaf..
Dunia ini seperti dihujung jari,masanya singkat..tidak guna menaruh dendan pada mereka..tidak ada faedah mempertahankan ego sendiri..lalu carilah rawatan untuk hati yang luka... berzikir dan membaca quran dapat merawat penyakit hati.. Berilah kemaafan, moga kemaafan itu mengizinkan kita melihat sesuatu yang lebih positif di depan hari.. Moga dengan kemaafan itu kita lebih mengenali diri sendiri dan mereka yang ada di samping kita...
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment