Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, May 28, 2013

Kejayaan bermula dari fikiran


Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika positif maka jadilah ia positif dan begitulah sebaliknya. Pemikiran amat memberi kesan kepada self esteem seseorang. Ia banyak dipengaruhi oleh tanggapan diri terhadap apa yang orang fikirkan tentang diri mereka. Walhal selalu diingatkan jika memikirkan apa yang orang kata maka kita tidak akan ke mana. Bila berfikir apa yang orang kata maka kita tidak boleh mengembangkan postensi diri yang ada. 

Ramai kanak-kanak yang dianugerhakan keupayaan yang hebat, namun kerana mereka lebih dipengaruhi oleh kata-kata ibu bapa, guru-guru serta rakan-rakan terhadap mereka maka mereka merasa diri mereka tidak berguna, tidak ada kemahran dan sebagainya. Satu perkataan seperti "bodoh" "malas" "tidak berguna" akan menenggelamkan semangat seseorang yang mahu mengubah diri menjadi lebih bagus dan lebih baik dari sebelumnya.
Oleh itu sebagai ibubapa mereka perlu prihatin dan berfikir sebelum memberi label kepada anak-anak. Anak-anak yang kecil akan membesar akan memasakkan kata-kata negatif dalam diri mereka serta membawa gelaran yang diberi kepada mereka sepanjang hayat dan ini akan memberi kesan kepada harga diri mereka. Lalu anak-anak itu akan merasa mereka tidak bagus dan tidak boleh berjaya sebagaimana orang lain yang berjaya. 

Sebagai ibu bapa sewajar kita memberi kata-kata dorongan serta semangat walau kita tahu keupayaan anak-anak kita tidak sebagaimana yang diungkap, namun dengan dorongan ia akan mengangkat self esteem anak-anak. Lalu membantu mereka untuk memperoleh keyakinan diri, mengelakkan rasa rendah diri yang kerterlaluan. Ramai anak-anak yang gagal kerana ibu bapa yabg gagal mencorakkan pemikiran anak-anak menjadi positif terhadap kelebihan dan kekurangan diri. 

Oleh itu setiap kali berkomunikasi dengan anak-anak pastikan lontaran kata-kata itu mampu membangkitkan semangat dan mencorakkan emosi anak-anak menjadi lebih kental, mengubah cara berfikir menjadi lebih memandang jauh kehadap ndan bermatlamat. 

No comments:

Post a Comment