Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, June 21, 2013

Wanita dan Kerjaya : Bila terpaksa buat apa yang kita tidak suka


Bismillah..

Bercerita tentang kehidupan, adakala kita tidak boleh dan tidak ada pilihan iaitu ada waktu dan keadaan kita terpaksa melakukan apa yang kita tidak suka. Memang ia sering berlaku kepada diri kita, walau seribukali kita tidak mahu tetapi kita perlu melakukannya. Contoh paling mudah dan dilihat remeh pada diri saya adalah membawa kereta ke tempat basuh kereta adalah perkara senang namun tidak pada saya kerana di situ ramainya orang lelaki. Lalu saya rela membasuh kereta sendiri  walaupun ia tidaklah sempurna. Mungkin ada yang pelik dengan saya. Ia mudah dan ringkas tetapi kerana ada rasa segan, tidak mahu berada dikalangan lelaki yang kadang-kadang menghisap rokok secara terbuka, maka saya memilih untuk tidak pergi ke tempat basuh kereta. Maka ia menjadi rutin suami. Tetapi ada juga masanya kita tidak punya pilihan maka kita terpaksa lakukan.

Ia contoh yang begitu mudah, namun ada juga yang kompleks. Ramai juga kalangan wanita yang bergelar terpaksa bekerja dan tiada pilihan untuk tidak bekerja kerana mereka terpaksa menanggung keluarga. Walau impian mahu membesarkan anak-anak namun mereka perlu mencari sesuap nasi kerana mungkin suami tempat bergantung sudah tiada. Ada juga kerana suami tidak mampu menyara dengan sumber yang ada jika tidak ditampun oleh isteri. 

Ada juga yang terpaksa berhenti kerja kerana tiada pilihan lain terpaksa menjaga ayah ibu yang sakit. Walau pendapatan kurang namun ia terpaksa dibuat. Dalam banyak hal buat apa yang kita tidak suka kerana kita mahu mendapat apa yang kita suka. Berhenti kerja untuk menjaga ibu bapa atau anak yang sakit realtinya bakal memberi apa yang kita suka. Pahala yang diraih adalah apa yang kita suka walau hakikat berhenti kerja itu kita tidak mahu. 

Sama juga dengan keadaan wanita yang terpaksa bekerja setelah lama menjadi surirumah kerana diceraikan suami, suami meninggal dan sebagainya lagi. Lalu bila terpaksa buat apa yang kita tidak suka adalah dengan melihat ganjaran yang bakal diperoleh. Jika tidak di dunia pasti di negeri abadi. Maka pujuk hati dan jiwa agar satu masa yang kita tidak suka lama-lama alah ibsa tegal biasa. 

Wallahuaalam. 

No comments:

Post a Comment