Bismillah,
Rumahtangga suasananya seperti iklim dunia empat musim. Ada musim luruh, bunga, sejuk dan panas. Lalu sebagai pasangan ia perlu dilalui dengan tabah. Ia merupakan satu perjalanan kehidupan yang penuh warna warni. Adakala warna itu menjadi kelam bila situasi yang dicitakan tidak berlaku. Adakala kita mengimpikan pasangan yang sehati sejiwa namun hakikatnya tidak berlaku. Ada isteri yang mengharapkan suami menjadi role model dalam keluarga namun sebaliknya.
Ramai suami terlibat dengan dadah, minum arak berjudi, suka berpoya dan sebagainya. bagi isteri yang telah menerima hidayah pastinya mengharapkan suami mampu menjadi contoh yang baik namun apa yang berlaku suami bukan setakat tidak mampu memberi contoh dan menjadi peneraju dalam rumahtangga bahkan menambah beban isteri bila tidak memberi nafkah, bahkan melepaskan segala tanggungjawab kepada isteri dalam mengendalikan rumahtangga terutama dalam hal membesarkan anak-anak.
Seringkali semua ini membawa kepada pertelingkahan dan pergaduhan lalu bila si suami tidak puas hati dengan isteri akan berlaku penderaan contoh apabila isteri dipukul dan sebagainya. Bagi yang mengalami keadaan begini ada yang sudah menjadi alah bisa tegal biasa dengan suami yang panas baran dan cepat naik tangan. Adakala ia berlaku kerana si isteri berbicara dalam keadaan yang tidak sesuai atau isteri suka menjawab. Maka jika mahu mengelakkan keadaan sebegini maka carilah ruang yang sesuai. Banyak keadaan suami tidak mahu berubah lalu isteri yang tertekan dengan keadaan akan menjadikan mereka suka berleter, mengkritik secara terbuka dan sebagainya.
Cuba kita telusuri kisah bagaimana Asiah isteri seorang Raja yang zalim seperti Firaun mampu hidup bersama hingga beliau di bunuh oleh Firaun saat mengetahui beliau beriman kepada Allah. Ia mungkin tidak mudah tetapi cara yang lembut akan menwaskan kekasaran. Doa yang tidak putus pastimya akan mengubah sikap suami. Jika Allah tidak juga mahu memberi hidayah kepada suami maka jangan putus asa kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Namun ia bukan semata berdoa, ada juga saluran tertentu yang boleh diambil oleh isteri, bagi yang dipikul boleh mebuat report dan membuka fail di mahkamah. Ini perlu bagi ada rekod yang membolehkan sesuatu berlaku maka setidaknya ia adalah bukti.
Banyak kes penderaan berlaku yang teruk dan mengambil masa yang lama kerana sikap isteri yang sanggup diperbuat apa sahaja oleh suami semata-mata takut diceraikan. Sebetulnya tidak siapa mahu bercerai bahkan ia tidak digalakkan namun jika suami lebih menjarakkan kita dengan Allah maka sudah pasti cerai itu satu alternatif. Namun perlu dilihat sebab musabab. Jika sekadar suami tidak solat, tidak berpuasa maka jadilah diri isteri yang dekat dengan Allah, tunjuk contoh terbaik maka lama kelamaan suami akan ada rasa tercabar. Suami biasanya tidak suka disuruh dan diarah, namun percayalah dengan pemerhatian lama kelamaan ia akan mencairkan hati yang keras. Moga Allah membuka pintu hati insan-insan.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment