Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, June 24, 2013

Hakikat Cinta dan Jodoh siri 1.

Bismillah, hari yang jerebu seperti kabutnya hati bila dilanda cinta kerana mengharap jodoh tersurat dengan si dia. Sekali lagi melayarkan pena menulis tentang cinta. Memperkatakan tentang cinta pasti ada yang bahagia menceritakan kisah mereka namun ada juga yang penuh cerita duka. Walau siapa kita pasti ada pengalaman suka dan duka. Hakikat bercinta akan menjadi duka jika ia tidak disandarkan harapan pada Allah, saat diri mengakui bahawa cinta yang suci dan tulus itu hadir dari Allah dan kerana Allah. 


Cinta akan terpalit kemaksiatan dan kemungkaran bila ia dilibatkan dengan keinginan semata tanpa menerapkan dala jiwa bahawa cinta itu tiada lain bahkan mendekatkan dua jiwa agar patuh dan taat pada Rabbnya. Cinta ini membawa empunya diri semakin mencintai Allah dan bukannya membawa insan lalai dalam menjalankan syariatnya. 
Perhatikan scenario hari ini bila sekecil sudah pandai mengurus mesej cinta melalui FB apalagi yang dewasa bercinta tanpa mengenal dosa pahala. lalu cinta tulus menjadi cinta yang membawa kerosakan pada diri dan masyarakat. Lalu akan ada bertanya, salahkan jatuh cinta? Jawapannya memang naluri itu boleh dipupuk ia boleh dibajai perasaan cinta tidak halal jika hati tidak memasakkan cinta pada Allah dan Rasul menjadi perkara utama. Maka cinta paling utama adalah cinta kepada Allah dan Rasul. dari situ bila diri jatuh cinta dengan seseorang maka ia sudah ada perisai agar cinta itu mendidik dan mentarbiyah hamba untuk mengetahui batas-batas cinta sesama insan. Jangan kerana mencintai seseorang insan kita menggadai agama. Bila cinta itu musnah maka diri kita juga menjadi mudah putus asa. Jadi tidak pelik ada yang sanggup membunuh diri kerana gagal bercinta. Wajarkah menjual cinta semurah itu? Tiada lagi jaminana syurga. 

Cinta itu memang bukan semata cinta pada seseorang yang belum kita kahwini. Cinta pada pasangan baik pada suami atau isteri yang melangkaui cinta kepada Allah dan Rasul akan membawa si pelaku menjadi kecewa yang bersangatan terutama saat diri tidak lagi dicintai si dia, atau si dua sudah ada pilihan lain. Lalu muhasabah kembali sejauh mana cinta kita kepada pasangan adakah melebihi kecintaa kita kepada Allah dan Rasul. Moga-moga dengan meletakkan cinta kepada Allah dan Rasul di tempat teratas maka apa jua berlaku kita mencapai redha dan pasrah dalam apa jua takdir tersurat.

Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment