Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, June 7, 2013

Islam Menggamit Hati Apa Peranan Dai'e?

Tiapkali posting berkenaan kehidupan yang lebih bersifat Islamik, ayat-ayat Quran di post pada FB wall lalu di 'like' oleh pelajar saya yang bukan Islam saya seringkali terfikir-fikir... Adakah mereka ini memang mengintai-intai Islam dan berminat dengannya. Pernah saya bertanya pandangan suami.. dia diam tidak berkata... Lalu ia membawa saya mengimbau kisah di tahun 1990an.. apabila saya mengajar Tasawwur Islam keooada student Chinese yang berminat dengan Islam. Namun ia tidak kesampaian bila dia berpindah sekolah dan umurnya belum mencapai 17 tahun...


Pada masa sama saya juga teruji apabila ada pelajar India Muslim yang terpengaruh agama asal ibu nya hingga di tidak masuk kelas Pendidikan Islamm tetapi belajar Moral.. kebetulan beliau adalah pelajar kelas yang saya jaga maka beliau sentiasa dalam pemerhatian.. Di sekolah saya memperuntukkan masa yang khas untuk mengajar beliau al Quran.. Banyak pengalaman sewaktu mengajar di sekolah...

Bila mengajar di universiti saya bertemu pula dengan insan-insan yang dari kejauhan berminat dengan Islam.. saya mendekati dalam masa sama berdoa agar mereka menerima hidayah Allah tanpa paksaan.. Kadang-kadang terasa kerdilnya diri sebagai daie.. bila usaha tidak sepatutnya diberi... Lalu bertana sendiri.. apalagi yang boleh dan mampu ku beri?.... 

No comments:

Post a Comment