Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, June 9, 2013

Hidup menanti mati siri 11


Baru sahaja sampai dari rumah setelah sehari pulang ke kampung dan menghantar anak-anak ke asrama tiba-tiba telefon berdering lalu di hujung suara kakak sulong saya memaklumkan suami sahabat baik yang juga kakak kepada isteri anak buah saya meninggal dunia secara mengejut. Apa yang lebih menyedihkan isterinya iaitu sahabat itu sendiri berada di Mekah menunaikan umrah.



Agak terkilan kerana dari petang mereka cuba menghubungi saya namun tidak dapat. Walhal saya berada di tempat yang sama sewaktu itu. Jenazah pula akan di hantar ke kampung halaman di Trengganu untuk dikebumikan.Hanya ucapan innalillah dan al fatihah mampu saya lafazkan diring doa agar roh Ustaz dicucuri rahmat....

Terfikir aku yang masih bernafas tidak tahu bila, bagaimana ia berakhir.. Sungguh benar... Hidup menanti mati itulah perumpamaan masa kita yang ada di dunia. Semoga kita mampu memanfaatkan kehiduan yang berbaki dengan sebaik mungkin... selagi nafas masih ada.

Bagaimana mengingat mati?

  1. Menziarahi orang sakit
  2. Memberi ucapan semangat agar cepat sembuh
  3. Menghantar jenazah ke kubur 
  4. Menziarah kubur agar mengingat kematian sendiri


Dengan mengingat mati maka ia meningkatkan spiritual kita untuk lebih bersedia menghadapi kematian dengan memperlengkapan amal ibadat.


1. Syaaban/9. Jun 2013

No comments:

Post a Comment