Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, June 16, 2013

Maka nikmat Allah manakah yang kamu didustakan


Nikmat yang sering kita dustakan adalah segala pemberian Allah selama kita menghirup udara begitu tidak terkira. Seringkali kita mepertikai apa yang kita kurang baik duir ringgit, suami atau isteri yang bermasalah, rungutan kita berpanjangan tentang masalah anak-anak, kisah ipar duai yang mengadu domba, jiran yang sering memfitnah, majikan yang tidak prihatin, ahli masyarakat yang tidak memahami diri serta pelbagai lagi rungutan dan ketidakpuasan hati yang kita tasbihkan baik dihati mahupun dalam bentuk lisan.


Adakala kita tidak sempat menilai apa yang telah diberi olehNya hingga syukur kita menipis di dada. Disebalik segala kekurangan kita tidak mahu melihat anugerah tersedia yang diperoleh. Dalam segala kesusahan ada kemudahan yang kita pejamkan mata tanpa bersyukur denganNya. Lalu kita sebenarnya tergolong dalam golongan orang yang kurang bersyukur, banyak tidak berpuas hati. Maka sebab itu surah Ar Rahman mengingatkan kita yang lalai bahawa kita sering mendustakan nikmat Allah.  
Umpama seorang yang merintih, merajuk kerana suami tidak memahami, tidak prihatin menolong kerja rumah, namun suami ringan tangan menolong kerja-kerja berkiat ofis. atau mudah memghulur duit ringgit bila diminta. Ada juga isteri yang sering disumpah suami kerana lambat menghidang makanan, anak-anak lambat di urus walhal ada wanita di luar sana yang memaksa suami makan di luar kerana tidak mahu/pandai memasak. Ada menantu yang tidak pernah berpuas hati dengan mertua wal hal ada mertua yang lebih teruk dari yang dimilikinya. 

Maka itulah diri kita, sering mencari sesuatu yang boleh diungkit hingga tiada yang dilihat sempurna dan bersyukur dengan apa adanya. Hidup tidak pernah gembira, masalah sentiasa hadir kerana kita me;ihat ia sebagai masalah. Kebenarannya tidak salah mencari kesempurnaan, namun adakala syukuri dengan apa yang ada seta berlapang dada dengan perkara yang tidak mapu di ubah. Jika mahu berubah mungkin menuntut masa. Oleh itu kurangkan rungutan dengan melihat sudut pandang positif. Cari kelebihan dan bukan kekurangan. Hati akan senang. 

Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment