Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, June 27, 2013

Elakkan berhutang untuk kesejahteraan rumahtangga


Bismillah, Jumaat datang lagi.. dan Ramadhan makin dekat terasa.. lama saya tidak berkesempatan menjengah di sini walau ada banyak isu yang mahu diperkata. Hari ini saya ingin memperkatakan tentang isu hutang piutang yang memberi impak pada rumahtangga.

Bercerita tentang hutang, dari mana ia datang? Adakah kita boros berbelanja atau kita sebenarnya memang tiada punca lalu terpaksa berhutang, atau mungkin juga kita mahu dilihat hebat dan bergaya lalu sanggup berhutang? Ada juga yang seawal mendirikan rumahtangga sudah berhutang. Mahu menempah pelami hebat, hantaran serba satu, catering yang sedap, jemputan beribu dijemput maka kerana itu ada segelintir yang mebuat personal loan dan sebagainya.


Apabila hidup di alam realiti rumah tanggan maka di awal perkahwinan sudah perlu berdepan dengan hutang. Namun ada juga hutang yang bertimbun disebabkan cara hidup, ada pasangan berjimat tetapi ada juga yang tidak begitu, duit seperti air dibelanjakan, tiada rasa mahu berjimat bahkan bila daapt sahaja duit gaji tidak ada plan atau belanjawan dalam rumahtangga. Apabila duit ringgit tiada maka ia menjadi punca kepada pergaduhan dalam rumahtangga apalagi ada pasangan yang tidak telus, dengan membelanjakan wang ringgit dengan berjudi, membeli sesuka hati dek kerana boros dan pelbagai hal.

Hutang boleh memberikan stress dan pergolakan dalam rumahtangga. Menurut Puan Ainon dalam perkongsian beliau faktor rumahtangga berantakan dan berlaku cerai berai adalah kerana hutang. Oleh itu pasangan perlu berhati-hati dalam berbelanja, jika ada hutang lama maka jangan dibuat hutang baru, jika ada hutang cubalah menyelesaikan dengan berhemah. Aturkan belanjawan serta strategi yang betul agar rumahtangga bebas dari hutang piutang. Hiduplah secara sederhana asal bahagia.

Tip mengelakkan diri dari hutang puitang.. adalah membaca doa Nabi Muhammad dalam Al Maathurat iaitu " Ya Allah aku berlindung dari rasa sedih dan gelisah, dari sifat lemah dan malas, dari sifat pengecut dan bakhil serta dari cengkaman hutang dan penindasan."
Wallahuaalm

No comments:

Post a Comment