Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, June 1, 2013

Perkahwinan : Antara Syariat dan Adat



Kenduri oh kenduri, bila cuti sekolah begitu banyak kenduri kahwin hingga ada yang tidak sempat untuk dihadiri. Mengulas tentang kenduri ia sememangnya adalah satu perkara yang harus dalam Islam untuk mewawarkan tentang perkahwinan. Persoalannya ada yang membuat kenduri hingga membazir. Ada yang semata-mata mahu dilihat kenduri mereka hebat, 'grand' maka ada yang sanggup membuat berhabis ribu ribuan..puluh-puluhan..Adakah wajar untuk kita berbuat demikian?

Islam mengajar kita untuk bersederhana. Kenduri adalah untuk menjalin silaturrahim antara keluarga dan saudara mara serta rakan taulan. Tetapi malangnya kenduri sekarang ini segelintirnya lebih kepada mahu menunjuk-nunjuk.. itu belum masuk lagi wang hangus atau wang hantaran. Pada hemat saya baiklah dibuat kenduri kesyukuran... ia kenduri yang tidak menerima apa-apa dari tetamu... Ia lebih memberi keberkatan.. Apa yang penting mempelai yang disatukan dapat hidup bahagia selamanya.. Bukan bila selepas kahwin mereka terbeban menanggung hutang kenduri.
Ada yang beralasan ia adalah kenangan seumur hidup.. menjadi raja sehari hanya sekali lalu apa salahnya sekali sekala berhabis.. buat pelamin yang cantik memukau tetamu yang hadir.. lauk pauk yang sedap untuk dijamu.. tanpa mengabil kira budget yang ada maka bila tidak cukup pinjaman bank dibuat.. Jika ada kemampuan tidak salah.. untuk berbelanja lebih untuk kenduri.. Namun untuk membina pelamin yang mendatangkan kos beribu-ribu ia tidak wajar.. Islam tidak menggalakkan semua itu... Tidak perlu ditonjolkan kepada ornag lain.. Pelamin perkahwinan tidak menjadi satu perkara yang nostalgik bila rumahtangga tidak bahagia... Mungkin ada segelintir pembaca berbeza fikrah.. 

Pada saya buatlah apa yang Islam suruh,jangan dicampur adat dan syariat... bagi yang memahami fikir-fikirkan...
Wallahuaalam.

1 comment:

  1. thanks for the info that what i need for my assignment

    ReplyDelete