Bismillah
Kisah kehidupan keluarga... seorang bekas pelajar bertanyakan persoalan bagaimana mahu berpisah dengan suami yang menagih dadah kerana suami merayu untuk mahu bersama dan keluarganya pula memujuk... Hakikatnya tiada siapa mahukan perpisahan. Perceraian adalah amat menyakitkan apatah lagi buat isteri yang sudah mempunyai anak-anak. Namun perit itu juga berganda-ganda jika suami tidak mahu insaf dan silih berganti keluar pusat serenti.
Jika alasan keluarga tidak berpisah kerana kesian kepada anak-anak maka saya merasakan itu adalah alasan yang tidak tepat. Jika suami tidak insaf maka lebih kesian kepada anak anak kerana terdedah kepada cara hidup bapa yang menagih. Lebih kesian pada anak-anak kerana mereka terbiar bila bapa tidak mempedulikan mereka. Bahkan lebih malang jika ibu terpaksa bekerja dan menanggung suami yang menagih.
Sepanjang mengadakan kaunseling bersama keluarga bermasalah boleh dibilang dengan jari saya mencadangkan agar berpisah JIKA SUAMI TIDAK MAHU INSAF DAN BERUBAH. Seorang kilen saya yang bersuamikan penagih dadah, beliau mengambil masa yang lama untuk berpisah sehinggalah anak yang sulumg berusia 12 tahun. Mereka mempunyai 5 cahayamata. Akhirnya barulah si isteri memilih untuk berpisah setelah harapan demi harapan untuk berubah tidak tertunai oleh si suami.
Namun ujian untuk beliau tidak terhenti disitu, kerana anak sulung telah belajar cara hidup bapanya yang menjadi penagih. Di usia 15 tahun dia sudah berhenti sekolah, pelabagi masalah disipilin timbul lalu memepegaruhi pula si adik... Maka ia ibarat sudah jatuh di timpa tangga.
Ia betul kasihan.. kasih sayang.. pelbagai perkara akan berlaku ada pro & cons.. namun percayalah tidak semua yang anak mangsa perceraian itu akan berkesudahan dengan menjadi terbiar, gagal dalam hidup. Jika untuk mencegah anak-anak dari terlibat perkara yang sama dek pengaruh bapa maka lebih baik berpisah, jika ada jodoh dan suami mahu berubah serta bertaubat nasuha maka terimalah dia kembali...
Wallahuaalam, itu sekadar pandangan saya insan kerdil... kita tidak tahu sehingga kita diuji. Namun percayalah.. cinta dan kasih kepada Allah dan kerana Allah itu adalah kunci utama membuat keputusan. Fi amaanillah....
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete