Alhamdulillah bertemu lagi dengan penghulu hari yang barakah, terasa Ramadhan semakin hampir bila Syaaban tiba. hari ini sudah 5 Syaabaan, bulan yang digalakkan untuk menambah amalan ibadat baik solat, puasa dan apa sahaja amalan yang baik maka kita disuruh untuk menggandakannya.
Memperkatakan tentang amalan sunat kita juga perlu prihatin kerana ada banyak amalan - amalan yang digalakkan untuk dilakukan tetapi ia bersandarkan kepada hadith yang tidak sahih. Sebagai contoh amalan puasa, ada yang berpuasa selama tiga bulan berturut-turut iaitu sejak dari Rejab, Syaaban hingga Ramadhan walhal ia bukan dari sunnah Rasulullah. Puasa yang sebaiknya adalah melakukan secara istiqmah isnin dan khamis serta boleh juga jika mahu mengikut amalan puasa Nabi Daud, ia amatlah digalakkan. Selebihnya janganlah kita terlepas amalan puasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa.
Sebenarnya bukan mudah menjadikan amalan puasa sebagai amalan, sama seperti bangun malam mendirikan tahajud. Ia menjadi alah bisa tegal biasa jika permulaanya dilakukan secara berterusan. Mata dengan sendiri akan jaga bila tiba waktu. Selebihnya mohonlah kepada Allah agar kita mampu beramal dengan sempurna baik yang wajib mahupun yang sunat. Kita tidak tahu adakah amalan itu diterima atau tida kerana itu kita tidak perlu rasa riak dengan apa yang telah diperbuat. Moga-moga Allah memasukkan kita dalam golongan para solihin.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment