Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, June 5, 2013

Nilai Diri Seorang Mukmin

Nilai diri merupakan perkara yang amat penting bagi setiap individu. Apakah yang dikatakan nilai diri itu? Sudah pasti ia bukan harta menimbun, pangkat yang besar, hidup yang mewah, rupa paras yang indah nilai diri adalah bagaimana kita mempamerkan diri kita yang sebenar   dari segi keikhlasan, cara bertingkahlaku, pergaulan,  serta berkomunikasi sesama insan. 
Jika kita berharta segak bergaya namun cara bercakap kasar dan angkuh maka ia tidak lagi dilihat bernilai pada sudut pandang orang sekeliling kita. Manakala dari sudut pandang Islam pula nilai diri adalah sejauh mana ketaqwaan kita kepada Allah swt dan kepatuhan kita kepada ajaran Rasul. Nilai diri inilah yang menentukan kita bagaimana di akhirat nanti. 

 Ada individu yang meletak nilai dirinya menjadi tidak berharga bila dia mudah dibeli dengan material. Namun ada individu yang mempunyai nilai diri yang tinggi akan mempertahankan amanah yang dipikulnya kerana tahu dan faham. Lalu nilai diri yang bagaimanakah yang kita mahu? Tepuk dada tanyalah hati....


No comments:

Post a Comment