Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, June 10, 2013

Sebaik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain


Sebaik-baik manusia adalah manusia yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.... itulah yang sering kita dengan lalu diri bertanya sendiri bagaimana mahu mencapainya.. terasa kerdil diri bila melihat orang lain berlumba membuat kebajikan. Seorang sahabat saya berkongsi kisah seorang multi milionaire yang setiap tahun memberi jutaan ringgit kepada pelbagai lapisan masyarakat. Hati terdetik alangkah kalau diri boleh seperti dia...

Saya percaya setiap dari kita akan berkata mahu menjadi kaya untuk kita mampu memberi. Saya juga demikian. Berimpian untuk punya duit ringgit yang melimpah ruah agar kita boleh memberi seperti mereka. Jika kita tunggu kemampuan duit baru mahu memberi mungkin sedikit lambat kerana untuk kaya kita perlu gigih bekerja, melakukan perniagaan dan sebagainya. Untuk memberi manfaat masih ada banyak cara dan peluang. Contoh mudah jika kita diberi sedikit ilmu maka kita boleh berkongsi dengan mereka yang memerlukan, jika ada kudrat dan tenaga maka ia boleh disumbangkan dalam bentukan yang pelbagai...


Memberi manfaat itu tidak semesti dalam bentuk material. Memberilah setakat yang kita mampu asalkan ia ikhlas. Hanya Allah yang mampu menilai apa yang tersirat di hati, Moga niat murni kita mahu memberikan manfaat kepada orang lain dipermudahkan.. semoga manfaat ini menjadi pahala buat kita sebagai bekalan di akhirat nanti. Ameen

No comments:

Post a Comment