Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, June 17, 2013

Wanita dan Kerjaya


Bismillah, 

Sudah lama saya menyimpan draft buku tentang wanita dan kerjaya. Keinginan untuk menulis dan menyiapkan naskah itu terbit semula bila pagi tadi bersembang dengan sahabat lama yang sama-sama belajar. Beliau sudah pun berpindah ke universiti nun jauh di Pantai Timur setelah tamat belajar. Namun kisah-kisah pahit manis menyiapkan tesis PhD masih tersemat dihati. Kami mengenang kisah bagaimana peritnya belajar, bekerja dan dalam masa sama mengurus rumahtangga. Lalu beliau menyarankan agar saya menyambung tulisan tersebut agar boleh dimanfaatkan oleh orang lain yang menempuh atau bakal menempuh perkara yang sama seperti kami hadapi. 

Bila memperkatakan tentang kerjaya maka pasti ramai yang membahaskan bahawa wanita sepatutnya berada di rumah, membesar dan mendidik anak-anak. Maka sudah pasti saya bersetuju 100%. Wanita tempatnya adalah di rumah, namun ada ketika peranannya dituntut dalam masyarakat. Walauapa jua alasan prioriti wanita adalah keluaga. Suami dan anak-anak perlu menjadi no 1. Pun begitu ada yang meletak sebaliknya iaitu kerjaya adalah no1. Saya percaya ada yang tidak bernasib baik maka merekalah yang terpaksa memikul tugass mencari pendapatan bila suami meninggal atau sakit. Tetapi ada juga yang tidak bermaslalah demikian namun masih meletakkan kerjaya no 1 kerana merasakan itulah simbol kehebatan diri. Ada kerjaya yang hebat katanya. 
Beban tugas wanita bertambah bila mereka bukan semata bekerja, mengurus rumahtangga tetapi menyambung pelajaran baik ke tahap diploma, ijazah, sarjana, PhD atau mungkin jua terpaksa berkursus dalam tempoh jangka waktu yang agak lama kerana tuntutan kerja. Lalu dilemma bersarang. Beban tugas terpaksa berganda dipikul, cabaran mendatang tidak surut-surut. Lalu bagaimana berdepan semua ini?

Ia amat subjektif kerana semuanya bergantung kepada setiap diri bagaimana menangani. Namun dengan membac pengalaman orang lain setidaknya mampu memberi motivasi pada diri dalam menyusur jatuh bangun bergela wanita bekerjaya. Moga-moga Allah membantu saya menyiapkan misi ini. Agar perkongsian pengalaman dapat dimanfaatkan pembaca. Saya bukanlah terbaik, ada lagi pengalaman insan-insan yang hebat boleh dikongsi, apa yang ditulis adalah antara cetusan pengalaman insan-insan yang sama senasib seperti saya dalam meraih redha Allah. Semoga ia mampu direalsasikan. Rabbi Yassir... 
Wallahualam 

3 comments:

  1. tak sabar menantikan buku terbitan puan. Puan, untuk pengetahuan puan, saya telah lama mencari buku puan yang berjudul "Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya?" tetapi sehingga saat ini, saya masih tidak menemukannya. Rasa sedih dalam hati saya kerana saya terlalu ingin memilikinya tetapi sehingga semalam sudah masuk 8 buah kedai buku saya masuk, semuanya tiada buku terbitan puan. Mungkin sudah kehabisan stok.

    ReplyDelete
  2. Salam Cik Puan, buku jodoh sentiasa kehabisan stok, sekarang sudah dicetak kembali, boleh beli secara online di PTS Bookcafe atau Orbitcafe.

    ReplyDelete
  3. ok, terima kasih atas maklumat yang puan berikan. InsyaALLAH saya akan cube membelinya melalui online. Moga puan akan terus berjaya.

    ReplyDelete