Bismillah, moga hari ini kita semua dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah swt.
InsyaAllah malam nanti kita akan bertemu dengan malam nisfy Syaaban. ada yang bertanya tentang bacaa Yassin dan sebagainya, maka nasihat saya pada bulan Syaaban ini ia bukan semata membaca yassin, walau pada dasarnya bacaan Yassin bukanlah sunnah. Apa yang paling penting dibulan ini kita memperbanyakkan amalan sunat. Gandakan puasa, gandakan bacaan ayat suci al Quran, banyakkan berzikir. Apabila di bulan Syaaban kita telah melatih diri banyak beribadat, maka bila tiba Ramadhan ia lebih baik buat kita menggandakan amalan.

Kita sememangnya mengharapkan Ramadhan yang bakal tiba menjadi bulan yang paling bermakna untuk mencari ganjaran pahala. Lalu madrasah Ramadhan adalah dengan menjadikan Syaaban sebagai bulan yang meriah dengan ibadat kerana itulah amalan Rasulullah. Sebagai contoh amalan puasa sunat Isnin Khamis serta puasa Putih (puasa pertengah bulan 13,14,15) sepatutnya menjadi amalan berterusan.
Saya juga banyak yang belum sempurna namun apa yang dikongsi moga ia menjadi ngatan buat diri untuk sering muhasabah. Kita tidak boleh raik dengan amalan kerana yang mengukur keihlasan adalah Allah swt. Amalan yang sedikit susah adalah puasa, apabila kita sudah membiasakan diri dengan berpuasa maka hakikatnya puasa dan tidak puasa sama sahaja. Jika kita masih mudah teruja dengan makanan di dpean mata maka ternyata kita belum merdeka. Iman kita masih mengharap nikmat dunia. Kerana itu belajarlah berdikit-dikit melakukan apa yang tidak biasa. Lama-lama alah bisa tegal biasa.
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment