Bismillah....
Semalam ada pelbagai agenda yang mahu diselesaikan kerana cuti sekolah makin hampir, waktu berurusan di bank saya mendapat panggilan menyatakan Pak Cik meninggal dunia. Bertahun kami tidak berjumpa. Dia juga bertahun-tahun tidak pernah datang ke rumah kami... setelah sekian lama tidak berjumpa akhirnya perkhabaran terakhir adalah meninggal dunia... Itulah dunia..bila kita sibuk dengannya maka adakala kita tidak sempat untuk saling berhubung lebih-lebih lagi bila duduk berjauhan... Maka petang semalam saya mengajak suami untuk ziarah MakCik. Semua anak-anak dibawa bersama.... setidaknya mereka mengenali saudara mara yang masih ada..
Moral of the story adalah kita perlu sentiasa berhubung dengan saudara mara walau sesibuk mana pun kita kerana bila mereka telah tiada baru kita terasa betapa jalinan ukhuwwah itu tiada nilainya. Kehidupan ini tiada jangkaan, kita tidak tahu bila masa Allah mengambil usia kita. Maka kita perlu sentiasa bersedia. Dala sihat Allah boleh mengambil nyawa apa lagi jika kesihatan juga sudah tidak ada maka ia mengukuhkan lagi keaddan kita ibarat Hidup Menanti Mati..
Saya mengambil kata-kata ini " Hidup Menanti Mati' apabila seorang nenek yang diinterview oleh Majalah Islam TV Hijrah tentang kehidupan beliau di Pondok. Sungguh benar kata-kata itu. Bila usia di penghujung apa lagi yang tinggal. Ibu saya juga tinggal di pondok, beliau memilih untuk tinggal di Pondok kerana mahu menghabiskan usia yang ada untuk berada lebih dekat dengan ilmu, tenang dalam beramal dan tidak lagi siubk dengan hal dunia.
Pun begitu jika terasa diri masih muda... baik yang belasan awal dua puluhan.. empat puluhan.. kita sama sahaja.. Hidup ini memang menanti mati. Cuma dalam penantian itu kita mengurus hal-hal dunia untuk bekalan akhirat....
Bersambung...
No comments:
Post a Comment