Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, September 14, 2013

Business Model You


Bismillah, 

Setelah selesai kursus Kecekapan, hari ini pula berkursus tentang BMY. Nyatanya setiapkali memperoleh ilmu baru ia menjadi satu keterujaan untuk mengaplikasikan dan berkongsi dengan yang lain. Sememangnya ramai diluar sana yang berniaga tanpa belajar tentang teori terlebih dahulu. Kebanyakan berniaga sekadar cuba-cuba dan termotivasi dengan orang sekeliling. Ia juga bukan menjadi satu budaya bagi masyarakat Melayu terutamanya memberi pendedahan tentang perniagaan dari usia kecil. 


Berbanding bangsa lain, seperti orang-orang Cina yang melatih anak-anak mereka dari kecil tentang dunia perniagaan. Tidak pelik jika mereka berjaya kerana latihan seusia kecil itu memberi keterbukaan kepada minda dan intelek untuk melihat sisi sebenar perniagaan. ia merupakan universiti terbaik kepada individu untuk mengetahui selok belok perniagaan. Tidak dinafikan ramai yang belajar secara formal hingga ke tahap tertinggi tetapi ia jarang dipraktikkan. Bahkan tidak semuanya teori yang dipelajari itu mampu direalisasikan. Maka teori dan pengalaman itu perlu digandingkan bersama bagi memberi kejayaan mantap dalam perniagaan. 

Nabi Muhammad telah menunjukkan cara berniaga yang hebat dan mantap. Contoh yang diamalkan oleh Nabi SAW dan dipraktiskan oleh orang Cina adalah berniaga dengan cara berkongsi dan tidak dengki mendengki.  Teknik dan cara Nabi SAW benriaga perlu ditiru bagi mereka yang berminat berkecimpung dalam perniagaan. Garis panduan serta teknik itu memberi contoh terbaik bagi menggarap kejayaan yang sama. 

No comments:

Post a Comment