Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, September 10, 2013

Tips Membina Jati DiriSebagai Usahawan : Bermula sebagai Guru Tadika Kini Ikon Usahawan


Bismillah,

Hari ini bertuah diri saya kerana dapat perkongsian ilmu dari sahabat yang baru saya kenali dalam dunia perniagaan. Beliau seorang wanita Muslimah yang amat tawadhuk serta gigih berusaha menaikkan prestasi perniagaan.

Bermula dari kosong hingga kini memilik beberapa buah premis ternyata amat bagus untuk bergelar ikon Usahawan Muslimah. Beliau merupakan pemilik kedai buku Marwilis, mempunyai cafe yang menjual produk makanan yang pelbagai dari bakeri, kerepek dan lain lain. Selain itu beliau juga mempunyai sebuah sekolah swasta aliran agama. Sekarang ini beliau mula menebarkan sayap untuk membukan tadika ABS mengikut teknik Nabi Muhammad s.a.w.

Satu perkara yang beliau kongsikan adalah bagaimana mahu menjadikan pemanis untuk pengunjung datang ke kedai. Kita seringkali dengar ada ramai usahawan yang menggunakan tangkal. jampi dan sebagainya untuk menarik pelanggan, namun ia berbeza dengan Usahawan Muslimah hebat ini. Menurut beliau pemanisnya adalah strategi yang digunapakai. Contohnya jika menjual buku beliau akan menyusun buku yang murah itu didepan dan yang mahal dibelakang. Jika ada pelanggan yang seperti mencari-cari buku maka perlulah kita sebagai penjual menegur dan bertanyakan keperluan mereka. Bahkan sebagai promoter beliau tidak duduk. Menurut beliau cara beliau menjual buku di gerai amat tidak sama dengan menjual buku di kedai buku. Ini adalah satu tips yang hebat. Selain itu beliau juga memasang nasyid dan ayat al Quran untuk menarik pelanggan ke kedai beliau.

Ternyata pengalaman dari seorang yang berjaya adalah amat berbaloi untuk dicedok dan dipelajari.
In sya Allah bagi yang mahu mengikuti bagaimana menjadi usahawan yang berjaya nantikan tulisan yang berikutnya.

Wallahuaalam.


No comments:

Post a Comment