Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, September 27, 2013

Mendidik anak-anak: Aqidah benteng kemaksiatan

Bismillah,

Moga semua pembaca dalam rahmat dan barakah Allah. Perkongsian kali ini menyentuh tentang akhlak dan aqidan anak-anak. Ia menjadi isu bila banyak berita-berita tentang anak-anak yang tingkah laku serta akhlaknya tidak mencerminakn diri mereka sebagai Islam. Bahkan ada yang begitu mudah terpengaruh dengan sekeliling. Semalam saya melihat gambar dan berita pelajar berusia 12-14 tahun merogol pelajar perempuan yang berumur 12 tahun. Malihat wajah-wajah mereka yang terlibat seramai hampir 7-8 orang saya terasa sungguh mengetuskan perasaan. 

Wajah mereka yang masih belum matang, belum cukup mengenal dunia seperti tidak ada rasa bersalah atau sedih dengan tangan bergari bila dituduh merogol. Pelajar berusia 12 tahun merogol pelajar yang berumur 12 tahun alangkah... terkedu saat membaca berita itu. Adakah kesalahan ini kerana ibu bapa tidak cukup didikan atau kerana hebatnya penangan media internet yang menjarah minda anak-anak remaja kita hari ini. 

Saya percaya jika aqidah mereka terpasak kukuh maka sudah pasti mereka tahu menjaga diri bahkan tidak akan terjebak dengan perkara-perkara sebegini, apa lagi merogol secara berkumpulan. Sudah pasti pada permulaan ibu bapa diletakkan kesalahan kerana tidak mengambil tahu atau memantau anak-anak mereka. Bayangkan jika sebelah malam anak-anak tiada di rumah maka tidakkah ibu bapa merasa tertanya-tanya gerangan anak-anak mereka. Ada yang memberi alasan anak-anak keluar tanpa memaklumkan. Jadi salah siapa bila anak menjadi sebegini?

Sudah tentu balik kepada ibu bapa yang mendidik dan mendisiplinkan anak dari kecil. Rules and Regulation di rumah perlu diterapkan seusia kecil. Anak-anak tidak boleh dibiasakan merayau dan bebas berkeliaran di luar rumah. Boleh bermain bersama rakan tapi perlu ada had masa. Jika waktu kecil ibu bapa tidak menangani dari awal maka bila mereka meningkat remaja maka sudah pasti anak-anak akan suakr dikawal. 

Bagi ibu bapa yang masih muda, baru mahu memulakan hidup berkeluarga dan melayar bahtera kehidupan rumahtangga maka pastikan corak yang bagaimana mahu diterapkan pada anak-anak. Pastikan aqidah terpasak kukuh bagi memastikan akhlak anak-anak terjaga.
Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment