Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, September 22, 2013

Isu Keluarga

Bismillah,

Kata pepatah inikan lidah boleh tergigit, apalagi suami isteri. Begitu juga pepatah yang menyebut air di cincang tidak akan putus. Dan banyak lagi pepatah dan perumpamaan yang berkisar tentang kekeluargaan. Ini menunjukkan kepada kita betapa keluarga itu besar peranan dalam kehidupan individu seseorang. 



Cuba bayangkan satu kehidupan tanpa keluarga sudah pasti ia sedikit pincang walah hebat mana mengarap nama, walau hebat mana kekayaan dijana, ia kurang bermakna bila tidak hadir bersamanya keluarga yang bahagia. Jika kita mendefinisikan keluarga ia pastinya berbeza mengikut individu. Ada yang mengatakan ibu bapa, ada yang mengatakan saudara mara yang rapat bahkan ada juga yang memberi makna keluarga sebagai orang yang rapat dengan kita walau tiada pertalian darah. 

Dalam Islam keluarga dianggap sebagai kerabat terdekat yang diikat dengan pertalian darah. Inilah dikatakan silaturrahim. Adanya pertalian ini memungkin seseorang memperoleh pusaka, mendapat gelaran dan sebagainya. Biar apa jua keluarga tetap signifikan dalam kehidupan kita. Berjayanya sesebuah keluarga menjadi simbol kepada kejayaan. Maka pastikan kejayaan itu seiring dengan kejayaan dalam berkeluarga. Elakkan pecah belah kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Banyak beralah jika ada konflik, jauhkan perasaan hasad dengki dan menerima mereka seadanya tanpa ada syarat. Sekali ahli keluarga bebuat jahat beribu kali kita membalas dengan kebaikan. 

Wallahuaalam  

No comments:

Post a Comment