Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, September 10, 2013

Lambaian Kaabah

Bismillah,

Musim haji telah tiba, ia satu hal yang dinanti bagi jemaah yang mendapat peluang dan sudah berkemampuan. Semalam berpelung menghantar kenalan di Kelana Jaya untuk menunaikan haji. Saya percaya setiap orang menanam impian dalam diri namun mungkin ada juga yang meletakkan sasaran menunaikan haji di usia lewat lima puluhan atau menunggu pencen. Ada yang berkata mahu menanti pencen kerana ia masa lanjut usia, tiada maksiat lagi yang boleh diperbuat. 

Bolehkah menangguhkan pergi haji jika sudah berkemampuan hanya dengan alasan takut nanti sekelmbali haji masih lagi berbuat dosa. Realitinya  fardhu haji memberi peluang untuk mentarbiyyah diri menjadi lebih baik dari sebelumnya. Perhatikan berapa ramai yang diberikan hidayah lalu dari yang hidup dalam maksiat menjadi sebaik manusia. 

Pun begitu ada yang sekembali haji lebih hebat gaya hidupnya. Ia bergantung kepada individu, Haji yang mabrur adalah haji yang diterima oleh Allah. Haji memberi signifikan kepada kehidupan individu kerana melalui perlaksanaan haji ia dapat melihatkan kepada inidivdu erti sebenar kehidupan. Pengamalan yang dilakukan sepertu rukun dan wajin haji adalah menifestasi kehidupan. Contoh seorang yang belum diuji akan diuji oleh Allah dengan sesuatu yang tidak disangka olehnya. lalu ujian ini akan mendekatkan diri kepada Allah. ia bukan setakat mengubah cara berfikir, sekaligus ia mampu mengubah cara hidup sebelumnya kepada cara hidup Islam dan memperkuatkan keimanan seseorang individu.
Bagi yang seperti tidak ada kemahuan untuk menunuaikan rukun yang kelima ini dengan memberi pelbagai alasan, maka percayalah, haji mampu mengubah sempadan iman. Haji menjinakkan hati yang keras dan menerbitkan rasa kasih sayang sesama insan. Moga setiap dari kita diberi peluang menunaikan haji dan mendapat haji yang mabrur.

Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment