Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, September 10, 2013

Muhasabah Diri : Kisah Hantu Di Kaunter Imigresen


Bismillah...

Seringkali saya menulis " kita adalah apa yang kita beri dalam kehidupan kita "..

Kisah yang mahu saya paparkan ini adalah sebagi iktibar buat diri betapa kita manusia seringkali lalai. Dua minggu lepas saya ke pejabat omegresen untuk memperbaharui passpot untuk musafir bersama suami. Hari pertama kami terpaksa pulang tanpa dapat memperbaharui passport kerana internet problem.

Esoknya selepas program di DBP kami berkejar ke imgresen kerana travel agen mahukan passport untuk menempah tiket. Lama juga kami menunggu. namun sudah pasti isitlah sabar perlu ada. Memandangkan lama masa yang berbaki maka kami solat zohor terlebih dahulu. walau suraunya agak jauh tetapi ia cukup selesa. Selesai solat saya menunggu di ruang legar yang disediakan kerusi. Ini kerana di ruang dalam agak padat dengan ramai orang yang berurusan di kaunter.

Sewaktu saya lalu di depan kaunter pengambilan passport dan pengesahan ibu jari, saya melihat seorang bapa berusaha memujuk anaknya yang tidak mahu berhenti menangis. Kesian melihat anak kecil itu. Saya mengambil tempat duduk di hujung bangku kerana jauh dari kaum Adam sementelah suami saya tidak kelihatan. Sedang ralit saya membaca tiba-tiba saya disapa lelaki yang tidak dikenali. Beliau melabuhkan diri disebelah bangku saya. Saya pula agak terkejut kerana tidak sangka dia behitu ramah menyapa saya. Lalu berkata " Akak, cuba tengok ni..."

Saya terkebil-kebil bila disuruh melihat skrin telefon beliau. Mulanya saya ada sedikit suuzhon dengan beliau tetapi memaksa diri melihat oada skrin tersebut. " Apa yang Tuan mahu saya tengok?" Tanya saya.
" Akak cuba tengok ni, ada gambar hantu. Cuba akak tengok gambar yang satu lagi... ".
" Eh ini bukan boleh percaya, ntah ntah dalam handphone Tuan dah ada...."Jawab saya.
" Betul akak..sebab itu budaj tu tadi menangis-nangis... " Jawabnya dengan bersungguh-sungguh.
" Awak ni biar betul, tenghari siang buta ni mana ada hantu...tak baik percaya benda-benda tak elok" kata saya cuba menenangkan beliau.
Sambil senyum saya berlalu untuk masuk ke dalam menuju ke kaunter apabila melihat suami melambaikan tangan kepada saya.
Lelaki tadi mengikut saya lalu mengambil tempat duduk jauh dari kaunter imbasan cap jari. Dari jauh saya melemparkan senyum kepada beliau. Dalam hati saya terdetik kenapa dalam ramai-ramai saya yang diperlihatkan wajah hantu yang terbayang pada skrin telefon beliau.
Lalu tiba giliran saya dan suami, sesudah suami mengimbas cap jari beliau lalu beliau mengatakan kepada saya, letak jari nanti disini. Lalu jawab si petugas dengan nada yang serius "belum lagi".

Alamak garangnya detik hati saya. Sambil menunggu beliau selesai saya menatap skrin telefon. Tiba tiba suara garang tadi menjengah: " Nak buat passport ke nak main telefon, jika nak berurusan dengan saya buat cara nak berurusan"

Nada yang kuat dan sangat yang sinis menyebabkan saya tersentak. bahkan suami juga terlopong. Saya tidak pasti orang sekeliling saya mendengar atau tidak. Walhal waktu itu saya tidak disuruh berbuat apa-apa, bahkan menunggu arahan beliau kerana sebelum itu suami saya sudah ditemplak oleh beliau.
Namun saya tetap cool kerana ini jarang berlaku di mana-aman kaunter. Ramai yang sudah arif bagaimana melayan pelanggan. Apabila selesai mengambil cop jari lalu saya berdiri mahu pergi tiba-tiba :" ini yang lama ambik, saya nak buat apa". Lalu saya mengambil sambil berkata " Terima kasih Cik Puan" dengan nada yang sehabis lembut.

Sebaik keluar menuju ke kereta saya berkata kepada suami betapa bagus layanan si petugas kanuter tadi. Tiba-tiba saya teringat gambar hantu dan lelaki yang datang kepada saya tadi. Senyun dan ceritanya serta gambar hantu berwajah pucat itu jelas datang diminda. Lalu saya yang mulanya tidak berpusah hati dengan layanan wanita tersebut mula mengucapkan MasyaAllah... " Patutlah garang semacam yea.. ada gangguan rupanya. " Lalu saya kisahkan suami apa yang berlaku sebelumnya. Moga wanita tersebut diberi kelembutan hati dan dijauhkan dari gangguan syaitan hingga menyebabkan diri hilang kewarasan dan menjad pemarah tanpa sebab.


Moral of the story:

Sikap pemarah, baran adalah dari gangguan dan hasutan syaitan. Maka banyakkan berzikir. Perhatikan jika insan dikalangan kita seorang yang "moody atau emosi kurang stabil" itu tandanya ada gangguan dari syaitan. Pertingkatkan amalan dengan solat dan bacaan al Quran. Selebihnya belajar memaafkan kesilapan orang lain.
Wallahuaalam  

   

No comments:

Post a Comment