Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, June 22, 2015

Business Model Canvas : Unique Selling Proposition

BMC - USP
Berniaga pastinya perlu ada tarikan tersendiri agar pelanggan mahu membeli dan kekal setia.
Case Study 1 - Putu Piring
Pelanggan beratur panjang dan sanggup menunggu hingga sampai 15-20minit.
Apa yang menarik pelanngan adalah:
1. Menggunakan daun pandan bukan daun pisang, aromanya semerbak.
2. Kelapa parutnya banyak, halus dan fresh.
3.Bersih dan sedap. Menarik sekali kerana semua staf berpakaian putih.

Case Study 2 - Rojak Singapore
1. Pelanggan boleh memilih mengikut selera mereka.
2. Bahan-bahan digoreng semula.
3. Kuah yang sedap boleh dimakan panas-panas. Sungguh menyelerakan.

TIP:
Jika mahu berniaga pastikan kita tahu apa USP yang mahu diketengahkan bagi menarik pelanggan.

No comments:

Post a Comment