Bismillah....
Jumaat yang barakah. Segala puji bagi Allah yang Maha Pemberi Rahmat.
Bagaimana kita bermula tidaklah begitu penting dibanding bagaimana kita mengakhirinya. Dalam kita mengejar kejayaan dan mahu mengarap impian menjadi kenyataan perkara paling penting adalah gigih berusaha hingga ke garis penamat. Doa yang berterusan pastinya Allah akan makbulkan. Ia hanya berkait dengan masa, lambat atau cepat serta tidak putus mengharap kepada Yang Maha Berkuasa dan Maha Pemberi Rezeki.
Syukur kepada Allah program Training 'WORK LIFE BALANCE' (Keseimabangan Kehidupan) selama 4 hari anjuran Institut Perkhidmatan Awam (IPA) Brunei di Bandar Seri Begawan, Brunei Darulsalam berakhir dengan jayanya.
Kurus ini amat bermakna dan menjadi penanda aras buat diri saya setelah belasan tahun terlibat dalam bidang kejurulatihan. Ia satu rahmat dan rezeki dari Allah kerana terpilih sebagai jurulatih untuk kursus ini yang buat julung kali diperkenalkan di IPA. Bahkan saya juga bertuah terpilih dari hampir 300++ yang disenarakan untuk menjadi menjadi trainer secara solo selama 4 hari program..
Program 4 hari ini dimestikan hanya seorang sahaja yang mengendalikan dengan kemestian mengadakan modulyang lengkap bagi 4 hari tempoh kursus dan mengikut objektif serta keperluan kususu.
Saya amat berterima kasih kepada pihak IPA Brunei yang memilih dan melantik saya untuk mengendalikan kursus ini secara solo atau 'one woman show' selama 4 hari berturut-turut. Bahkan ia membantu saya untuk mevalidasi modul 'work life balance' yang telah saya bangunkan. Program ini berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama semua pihak.
Kredit juga saya berikan kepada para peserta yang datang dari pelbagai jabatan di Brunei yang sangat komited serta berdisiplin. Jutaan penghargaan juga saya hulurkn kepada Timbalan Pengarah IPA yang juga Pemangku Pengarah IPA yang menganjurkan idea serta sangat komited mahu program ini dilaksanakan.
Lebih teruja dan manis juga buat saya sebagai jurulatih kursus kerana kursus kali ini dapat menyertakakan Anis Najwa sebagai pembantu traine yang secara tidak langsung mendedahkan beliau kepada dunia kejurlatihan atau training. Ia secara tidak langsung satu latihan atau 'knowldege transfer' atau pemindahan ilmu yang pastinya amat berguna buat beliau sendiri untuk kehidupan akan datang.
Saya juga beruntung ada kenalan dair Brunei iaitu Ustaz Zafreen yang menjadi host sepanjang saya berada di Brunei Darussalam. Beliau membawa saya ke TV Brunei untuk ditemuramah. Bukan itu sahaja beliau turut memperkenalkan Bandar Seri begawan kepada kami. Bertuah juga kerana beliau sendiri mempromosikan buku-buku saya untuk pembaca Brunei. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Ustaz Zafreen.
Aakah keperluan sebagai jurulath atau trainer?
RESUME
Ada rakan-rakan yang bertanya bagaimana saya berjaya menempatkan diri untuk menjalankan kursus di IPA Brunei, Bahkan sewaktu bertemu sahabat saya Dr Abang di IPA, kawan seperjuangan sewaktu mengambil PhD, yang sekarang memegang jawatan Timbalan Rektor disalah sebuah universiti di Brunei juga mengucapkan tahniah kepada saya kerana terpilih. Ia tidak mudah kata beliau kerana peraturan pengambilan agak ketat. Saya menjawab Alhamdulillah.... ia adalah rezeki.
Hakikatnya pada saya apa jua training ia terletak pada resume. Saya tidak ada surat sokongan dari mana-mana pihak, tidak juga ada kabel yang mempromiskan diri saya. Ia seratus peratus pemilihan berdasarkan kepada resume yang dihantar kepada pihak yang berkenaan. Pesanan saya kepada yang mahu pergi jauh dan bertapak kukuh dalam training adalah memperkemaskan dan mengkualitikan resume anda.
Saya bersyukur kerana selama berbelas tahun berkecimpung dalam training banyak pengalaman yang dikuti bagi mengasah kemahiran. Bahkan tidak putus juga hadir kursus-kursus bagi memantapkan diri. Lebih bagus lagi jika kita mempunyai sijil profesional yang diperakui.
Sejak sekian lama juga tidak pernah saya mempromosikan diri sendiri untuk memasuki mana-mana jabatan sebelum ini bagi menjalankan training. Kebanyakannya lebih kepada resume yang mereka peroleh, dan penilaian dibuat dari situ. Ada juga beberapa kosultant yang mengambil khidmat saya kerana adanya perkongsian dari muult ke mulut oeh rakan-rakan.
KEMAHIRAN, ILMU DAN PENCAPAIAN
Sudah pasti ia tiada jalan singkat untuk berjaya ke puncak. Percaya kepada kebolehan dan kelebihan yang ada dalam diri akan memberi keyakinan bahawa kita boleh pargi jauh. Rajin itu sudah kemestian dan pastinya ia hadir dengan pengorbanan.
Belajar hingga ke tahap PhD dan memiliki pelbagai sijil profesional juga perlu ada bukti pencapaian yang lain. Oleh itu berusahalah untuk menulis artikel atau buku-buku. Ia adalah satu bukti bahawa kita miliki pencapaian tersendiri.
Jika kita mempunyai buku-buku yang ditulis dari pelbagai genre, isu dan percetakan ia amat membantu, Selain itu sekiranya ada pengalaman menjadi kolumnis untuk majalah atau banyak menulis artikel-artikel yang berkait dengan modul kursuss juga amay menyumbang bukti kemahiran dan pencapain. Penerbitan ilimiah seperti jurnal baik dalam dan luar negeri juga adalah kredit bagi seseorang yang bergelar trainer.
Sebagai jurulatih jangan berhenti mencari ,mengali dan mendapatkan ilmu. Pencapaian yang ada sahaja tidak cukup, ilmu yang sentiasa ditambah dan digali akan membantu kita menjadi pakar dalam bidang yang kita ceburi. Bukan itu sahaja, apa sahaja ilmu perlu dipraktiskan barulah ada keberkesanan saat menyampaikan. Dengan kata lain 'Walk the Talk'.
Itulah yang akan membezakan kita dengan orang lain. Jangan sekali merasakan diri hebat atau banyak ilmu namun sentiasalah bersyukur pemberian ilmu dari Allah dengan merasakan lebih banyak kita ambil tahu maka lebih banyak lagi diri menyedari banyak yang kita masih kita tidak tahu.
MODUL
Pembinaan dan kesesuaian modul untuk satu-satu kursus juga memainkan peranan penting. Ini bagi memastikan objektif sesuatu kursus berjaya atau makulmat yang mahu dikongsi dapat dicapai. Modul yang baik akan dapat membantu peserta memahami serta menyerap apa ilmu yang mahu disampaikam oleh jurulatih, dan dalam masa yang sama ia dapat dipraktikkan.
Modul yang baik bukan semata pada teoari dan canggihnya terminologi atau promosi yang diadakan kerana ia juga bergantung pada konten dan cara modul disampaikan, selain itu adanya aktiviti-aktiviti yang relatif dan ada kesinambungan dengan objektif serta matlamat kurusu.
Selain itu pengendalian dan perlaksanaan kursus yang teratur atau bersistematik membei impak pada modul kursus. Ini boleh dilhat dari respon awal dari peserta atau dipanggil Pre-Evaluation Test dan juga Post Evaluation Test. Feed back dari peserta dan penganjur menentukan sejauh mana modul yang rangka berkesan dan mencapai objektifnya selain dari impak dan perubahan peserta selepas kursus.
MEMBINA JARINGAN
Ramaikan kenalan kurangkan musuh. Di mana sahaja, siapa sahaja yang ditemui jadikanlah mereka itu sebagai kenalan. Satu masa tidak mustahil mereka ini akan lahir sebagai sahabat dunia akhriat. Untuk kita disukai bahkan kehadiran kita sentiasa dinanti maka perelokkan pekerti. Jangan kita mendabik dada menonjolkan diri serta asyik memukul gendan palu kompang menunjuk-nunjuk kebolehan diri. Jadikan diri ibarat padi, semakin berisi semakin tunduk. Dengan kata lain, jadilah insan yang rendah diri. Pasti semua menyenangi.
Untuk popular tidak susah jika pandai membawa diri dan hiasinya dengan akhlak terpuji. Pasti kita miliki musuh yang iri dengan apa yang kita miliki, tidak mengapa. Lagikan Nabi sering dbenci oleh yang mereka yang kafir, apalagi diri sendiri yang penuh daki ketidak sempurnaan diri. Paling penting sentiasa baiki kelemahan diri. Anggaplah diri kita banyak kekurangan. Jangan riak dengan apa yang ada kerana semua adalah milik Allah.
Untuk membina jaringan maka tidak susuah. Jangan berkawan atas dasar kepentingan. Binalah ukhuwah demi perjuangan. Ia tiada isitlah siapa lebih hebat, namun membawa motto ukhuwwah fillah. Dari Allah dan kerana Allah. Pastinya ukhuwah akan berkekalan dan berpanjangan. Kita akan sentiasa menjadi insan yang dikenang. Ibarat harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
IKHLAS BERKONGSI
Setiap perkara yang datang dari hati dan pengalaman sendiri pastinya akan lebih melekat dihati. Ia bukan sesuatu yang di 'copypaste' dan diperdengarkan kepada umum. Jatuh bangun dalam kehidupan itu adalah perkara yang membantu diri kita untuk berkongsi dari hati. Bukan bermakna menceritakan kisah peribadi namun ia lebih membantu untuk kita mempunyai sikap empati yang tinggi.
Memberi ilmu perlu ikhlas, Ia bukan kerana bayaran atau imbuhan semata. Dengan kata lain kita perlu meletakkan diri sebagai 'daie' yang mahu menyampaikan serta berkongsi sesuatu yang manfaat kepada orang lain yang mana ganjaran pahala akan kita peroleh. Jika ganjaran dunia hanya kecil pastinya ia ganjaran besar menanti di har akhirat.
Bila banyakkan dari pengalaman dan hati yang tulus maka perkongsian tidak terikat dengan nota, tidak juga pada slide bahkan kata-kata yang digarap ibarat permata bersinar yang mampu menyuluh hati dan jiwa yang tandus mahukan ilmu.
PENERIMAAN TANPA SYARAT
Siapa yang bakal menjadi peserta atau menerima ilmu dari kita itu tidak penting. Latarbelakang mereka bukan menjadi pokok utama bila kita tahu apa yang disampaikan itu perkara yang bermanfaat untuk semua. Hatta jika mereka kerabat, VIP yang membawa gelaran paling hebat, juga pangkat dan darjat paling tinggi sekali pun jangan tergugat atau merasa gugup. Yakinlah bahawa kita hnaya menyampaikan perkara fakta dan mahu menyebarkan kebaikan.
Andai yang hadir itu pesertanya sukar memahami apa yang disampaikan maka berusahalah untuk memahamkan mereka. Tuluslah hati dengan niat berkongsi ilmu dan bukan semata mahukan ganjaran dan imbuhan. Lebihkan memberi dari menerima. Banyakkan memberi pujian dibanding kritikan.
Oleh itu bersedialah menghulur tangan untuk menerima siapa sahaja peserta anda tanpa memilih bulu. Bagi yang bersedia pastinya banyak yang bakal dikutip dan dipelajari dari peserta sendiri.
Semoga dengan perkongsian ini akan memberi manfaat bagi yang baru menapak. Jangan cepat mengalah. Kita tidak kalah dengan apa jua penolakan kerana dari penolakan akan ada momentum untuk kita maju ke depan. Jangan berhenti separuh jalan, teruskan perjuangan menuju desitansi impian.
Saya akhiri penulisan ini dengan petikan ayat dari surah An Nahl : ayat 40 agar ia menjadi panduan buat kita semua dalam apa jua yang kita peroleh agar sentiasa syukur dengan rahmatNya.
"Ini termasuk kurnia Tuhanku[25] untuk mengujiku, apakah aku
bersyukur atau mengingkari (nikmat-Nya). Barang siapa bersyukur, maka
sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri, dan barang siapa
ingkar[26], maka sesungguhnya Tuhanku Mahakaya[27] lagi Mahamulia[28].”
Allahuaalam.
Ibtigha' Mardhatillah
No comments:
Post a Comment