Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, June 21, 2015

Jurnal Ramadan : Berbuka di Masjid Sultan


Bismillah,

Hari ini kami selsesai berkonferen. Ia tarikh kami berangkat pulang. Maka kami memilih untuk berbuka di Masjid Sultan. 4 hari di Singapura banyak tempat yang sudah kami jelajah maka bagi menambah kenangan manis kami rasakan berbuka di Masjid Sultan pastinya pengalaman baru.

Ada pelbagai juadah di jual di tepi masjid. Semuanya sedap dan ada tarikan tersendiri. Saya memilih rojak yang unik untuk dirasa. Selain itu ada juga beriyani yang panjang pelanggan beratur untuk menikmati juadahnya.

Masjid pula ada menyediakan bubur lambuk. Setiap orang perlu beratur dan diberi dua bekas seorang. Ada tabung disediakan khas untuk yang mahu bersedekah bagi penyediaan bubur lambuk selain derma masjid dan derma Ramadan.

Berbuka puasa pula disediakan kerusi meja berdekatan bangunan Malay Heritage, pihak masjid juga menyediakan air dan buah-buahan. Ia juadah sederhana yang sudah cukup bagi perantau yang melepaskan lelah dan mahu menikmati suasana berbuka di Masjid.

Makan minum tidak dibenarkan sama sekali di dalam masjid. Ia mengelakkan dari masjid kotor dan sekaligus lebih teratur penyediaan berbuka. Selesai berbuka kami tidak sempat berterawih di masjid Sultan kerana perlu terus ke airport.

 keadaan ramai berpuasa, menahan diri dari lapar dahaga, ada juga yang selamba menghirup air walau bergelar Muslim. Ia nyata bergantung kepada iman dan kesedaran. Biarpun tiada penguatkuasa yang mengambil tindakan namun jika tahu Allah melihat segala tindakan pastinya diri akan takut dengan seksaan.

Sewaktu di airport kami sempat bertemu staf di kaunter yang berkongsi bagaimana mereka terpaksa bergilir untuk berbuka kerana tiada masa khas untuk berbuka. Sementelah ramai pula pelanggan dan masa pick hours untuk banyak flight membuat penerbangan.

Kerja adalah ibadat, dan ibadat wajib itu tetap perlu dilaksana walau apa keadaan. Itu tanda kita miliki iman.

Wallahuaalam.



No comments:

Post a Comment