Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, June 26, 2015

Jurnal Ramadan : Tadabbur Surah At Tin



Bismillah, 

Ramadan dihidupkan dengan Qiam. Siapa yang banfun qiam menghidupkan Ramadan dengan harapan diampunkan dosa. Ini termasuk solat terawih.

Ayat surah At Tin. Ayat dalam surah ini Allah taala bersumpah. Ada 8 ayat. Demi tin, demi buah zaitun, demi bukit Tursina,demi negeri yang aman ini.

Ia meliputi negara Timur Tengah seperti Syiria, Jordan ada banyak pokok Tin. Pokok zaitun pula berbuah dengan banyaknya di Palestine.

Manakala Banjaran Bukit Tursina adalah di Mesir. Dan negeri yang aman ini dirujuk kepada Madinah.

4 tempat inilah turun naiknya tamadun dunia. Bila kita baca tentang Dajjal, Yakjuj dan Makjuj serta turunnya Nabi Isa.

Nabi Isa akan turun di Menara Putih di zaman pemerintahan Al Mahdi. Nabi Isa mencari Dahjal jumpa di Lud, Palestine.

Manusia selepas itu akan diuji dengan Yakjuj dan Makjuj hingga kering air ini. Lalu Nabi Isa berlindung di Bukit Tursina.

Ini boleh dikaji oleh manusia. Kita hanya boleh bersumpah dengan Allah. Ayat ke 5 menjelaskan Allah me jadikan manusia sebaik ciptaan. Ia amat sempurna.

Namun manusia lupa pada Allah. Kemudian kami rendahkan martabatnya ke dasarnya yang paling rendah. Melainkan orang yang beriman dan melakukan amal soleh. Bagi mereka ini pahala yang tidak putus.

Hebat mana manusia,baik pangkat atau kejayaan, bila tidak beriman, tidak beramal pada Allah. Tiada istiqamah dalam ibadat, maka Ramadan melatih diri untuk beramal salih.

Tetapkan hati dan istiqamah agar dapat asuh diri jadi orang yang beriman, untuk dapat ganjaran pahala.

Apakah yang menyebabkan manusia tidak percaya pada hari Akhirat? 

Ini makna pendustaan. Kita fitnah, kita buat maksiat seolah tiada hari kebangkitan.Umpama tiada perbicaraan.

Amal akan ditimbang. Manusia akan menyesal saat itu. Saat kematian bagi orang yang berdosa ada dalam Al Quran:
 "wahai malaikat, tolonglah tangguhkan masa sedikit untukku, aku akan bersedekah sebanyak yang mungkin,dan aku mahu jadi orang yang soleh, selamanya Allah tidak akan tangguhkan ajal".

Maka beramallah agar kita dapat tempat terbaik di akhirat. Allah Maha Adil dalam mengadili hambaNya. Moga kita istiqamah dalam beramal, dan mengolongkan kita dalam orang yang bebas dari api neraka.

Ustaz Shukri (Nazir Masjid SU)
Surau Al Hidayah
Saujana Utama

No comments:

Post a Comment