Bila kita bakal menutup mata, pergi ke alam yang lain, kita telah banyak kali diperingatkan bahawa kubur itu gelap, kelam, sunyi dan menakutkan. Bahkan kita telah pun diberi SOALAN BOCOR berdasarkan dari hadith Rasulullah apa yang bakal di soal oleh malaikat.
Malangnya soalan bocor itu tidak boleh dihafal jawapannya. Buatlah bagaimana pun kita tidak akan dapat menjawab melainkan dengan cara kita bersedia dengan amalan.
Soalan pertama yang ditanya nanti adalah " Siapa Tuhan Kamu". Ia akan ditanya dalam Bahasa Arab. Maka yang menjawabnya adalah amalan kita selama ini. Berapa kali kita mengucapkan perakauan kita akan kepercayaan pada Allah. Adakah segala suruhan Allah kita lunaskan? Maka yang mampu menjawab apabila kita menjadi Hamba yang mendapat redha Allah atas segala amal di dunia.
Soalan ke-dua pula adalah " Siapa Nabi Kamu". Lalu biar berbuh di dunia menghafal nama Muhammad Rasulullah, ia tidak akan dapat menjawab soalan tersebut bila kita tidak mengikut ajaran Nabi. Kita tinggalkan segala sunnah Baginda. Bahkan kita tidak kenal Baginda apalagi membasahkan lidah dengan selawat. Cara hidup kita bertentangan dengan syariat yang diajarkan oleh baginda.
Lalu jika dua soalan pertama sudah tidak mampu dijawab apalagi dengan soalan ke-dua? Kita banyak menghabiskan masa berinternet, membaca Whatsap, Telegram, Instagram dan pelbagai lagi media baik TV mahupun radio tanpa ada rasa membaca AL Quran. Walhal, itulah yang bakal menerangi kubur kita yang kelam. Al Quran yang menjadi peneman selama mana kita di situ.
Lalu jadikanlah al Quran sebagai nadi. Setiap hari ia perlu dibaca, dihayati, difahami, diikuti dan perlu disebarkan ajarannya. Ayat-ayat al Quran umpama AYAT-AYAT CINTA yang jika sehari tidak dilafaz maka diri tidak tenang.
Perbanyakkan ibadat yang lain agar ia menjadi penyelamat untuk kita sewaktu disoal di alam kubur. Kita tidak tahu apa yang ada di sana dan berapa lama masanya maka berusahalah untuk mempersiapkan diri agar kubur kita menjadi satu dari taman-taman syurga.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment