#restuibubapa
Kelmarin sewaktu program motivasi bersama ibu bapa, pada akhir sesi saya meminta anak-anak datang dan memeluk ibu ayah memohon restu, moga Alah memudahkan mereka bagi menghadapi peperiksaan.
Merakam peristiwa itu menyebabkan saya juga hampir menitiskan airmata.
Teringat kenangan masa pesekolahan, ayah sudah tiada, ibu sibuk bekerja mencari sesuap nasi bagi menyara kehidupan keluarga. Bertuahlah bagi yang masih punya ibu dan ayah. Hargai mereka ketika masih ada.
Benarlah dalam kehidupan kita ibu bapa merupakan pendorong utama. Doa mereka sentiasa bersama mengiringi kita dalam apa jua yang kita lakukan. Ibu bapa tidak pernah putus mendoakan kejayaan anak-anak.
Semoga kita sebagai anak tidak lupa untuk membuat yang terbaik dalam hidup dan membalas jasa kedua ibu bapa selagi mereka masih bernafas, selagi mana mereka masih ada buat apa sahaja yang mampu membahagiakan mereka
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment