Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, November 30, 2017

*SELAWAT MAULIDUR RASUL*

*SELAWAT MAULIDUR RASUL*

‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Nabi salam atasmu
‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu
‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai kekasih, salam atasmu
‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu

‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Bulan purnama menyinari kita
‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Hilang segala cahaya
‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Indah menawan tak pernah dilihat
‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Wajah gembira sepanjang hayat

‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah matahari, kaulah bulan
‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah rahsia hidup mulia
‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Kaulah menyuluhi jiwa

‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai kekasihku, ya Muhammad
‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Wahai pendamping indah sejagat
‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai Nabi dijulang dipuja
‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Wahai imam 2 kiblat

‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Bahagialah orang memandang wajahmu
‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Wahai penghulu keturunan mulia
‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kolam airmu sejuk jernih
‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Kunjungi kami pada hari akhirat

‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Allah mengetahui rahsia sulit
‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Dialah menyahut semua seruan
‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Dengan segala amalan soleh

‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
Sebanyak baris kertas ditulis
‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
‎صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Empunya wajah berseri menawan

‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

‎اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya


Sent from my iPhone

Tuesday, November 28, 2017

Kejayaan adalah Proses Belajar

Kejayaan adalah Proses Belajar

Mencari ilmu satu kewajipan. Belajar sesuatu dari orang lain, mengutip pengalaman dan menambah nilai. 
Mungkin ada benda yang sama tapi tetap tidak serupa. Pentingnya melihat kepada nilai dan kelebihan baru ilmu dapat di serap.

Kecerdasan Emosi

Kecerdasan Emosi
Dua hari di program Leadership Emotional Intelligence banyak saya menambah ilmu baru. Penceramah sering memetik nama saya kerana katanya sebagai pensyarah dan practicioner saya lebih pakar. Pada saya tidak begitu. 
Siapa pun yang kita pelajari, kita perlu lihat pada kelebihan mereka. jauh sekali mencari kekurangan. Itulah sikap bila kita berguru. Mencari barakah bila menjad talibul ilmi.
Emotional Intelligence atau kecerdasan emosi sangat penting bagi semua. Lebih lagi pada ahli bisnes.
Sebagai ahli bisnes kita akan berdepan pelbagai cabaran. Banyak percubaan demi percubaan kita lakukan. Mencari formula yang betul. Ada yang berjaya ada yang gagal. Cuba lagi tanpa serik.
Ada masa hampir tersungkur, ada masa kita jatuh luka berdarah. Tapi kita tetap bangkit. Usah cerita modal yang lebur dalam perjalanan itu. Usah cerita tentng airmata yang gugur. Orang sekeliling melihat kita berjaya, tapi mereka tidak tahu apa yang kita pernah alami.
Oleh itu penting, setiap kita ada kepintaran dan kecerdasan emosi. Agar kita tidak cepat melatah. Agar kita bijak membawa diri. Pandai atur strategi. 
Berniaga bukan medan mengumpul musuh. Berniaga perlu jadi platform mengenali kelemahan diri, mengilap potensi diri dan membina identiti diri, selaras dengan syariat.
Berniaga bukan untuk mengejar nama, pangkat, harta kekayaan, tetapi ada agenda yang lebih besar dari itu. Apa dia? Tanyalah diri. Apa aku mahu di kehidupan ini.
Nota: 
Berapa banyak modal duit, tenaga, masa dan idea serta banyak lagi yang terbuang bila ada bisnes yang gagal. Tapi kita diam sahaja. Mengadu hanya pada Dia. Tidak sekali meratap menjaja cerita di mukabuku. Kita perlu yakin Allah ada bersama kita. Jika benar niat dan cara, pasti Allah akan menggantikan yang lebih baik. 

Muhasabah sahaja tidak cukup, ia perlukan lebih dari itu. TAZKIYATUN NAFS.

Tip kehidupan

Tip kehidupan

Antaranya adalah belajar dari ramai orang disekililing kita. Ambil kelebihan mereka, jangan lihat pada kelemahan.
Belajar tidak semestinya perlu mengadap bertalaqii. Belajar dari pemerhatian, fahami cara setiap orang berfikir, ambil idea mereka. Setiap perkara itu pula perlu 'filter' dan buat rujukan. Selepas itu mohon pada Allah, kerana kita merancang, Dia Maha Merancang.

Wallahuaalam

Thursday, November 23, 2017

Tawakkal

Tawakkal
Tawakkal! Ramai yang boleh menyebut kalimah itu. Bahkan ramai yang menjadikannya hiasan bibir. Namun, hakikat tawakkal iaitu pergantungan segala harapan hanya kepada Allah tidaklah mudah untuk dihayati. Ia memerlukan ketelusan jiwa dan asuhan rabbani. Duka dan derita mampu mengasuh insan agar menyerahkan diri kepada Allah Yang Memiliki segala-galanya. 
Tawakkal adalah keajaiban. Ramai yang tidak dapat melihat keajaiban tawakkal kerana mereka tidak memiliki jiwa yang benar-benar bertawakkal. Walaupun mulut mungkin menyebut bergantung kepada Allah, namun jantung hatinya masih bergantung dan berharap kepada selain Allah. 
Tawakkal tidak menafikan usaha. Tetapi usaha yang dinaungi hati nurani yang bertawakkal tiada lain melainkan Allah sahaja pergantungannya. Usaha hanya sebab, Allah penentu segalanya. Apabila insan sampai ke peringkat yang indah itu, maka di situ terlaksananya firman Allah: 
وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥٓۚ 

(maksudnya): “..sesiapa bertawakkal kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya” (Surah al-Talaq, 3).
Kepayahan, kesukaran dan derita mampu membawa insan yang beriman ke darjat yang kudus ini. Ketika itu kehidupan ini akan dilihat dari dimensi yang berbeza yang hanya dapat difahami oleh sesiapa benar-benar bertawakkal.

Apabila kita melihat ke langit kita rasa kehidupan ini luas, kalau kita hanya lihat ke bumi kita rasa kehidupan ini sempit. Sebab itu syurga itu seluas langit dan bumi…dan kita akan berjalan diatas muka bumi ini dengan penuh rahmat Tuhan…dan kita percaya rahmat itu boleh datang dalam berbagai-bagai keadaan. Macam-macam rahmat yang Allah bagi saban hari…sebahagian yang kita miliki daripada kebaikan-kebaikan yang kita ada pada hari ini tidak juga kerana usaha kita dan tidak juga dahulu tersenarai dalam harapan kita. Tetapi Allah telah munculkan ia dalam hidup kita apa yang kita tidak sangka, dan kita pun tahu apa yang kita tidak sangka itulah sebenarnya merupakan harapan kita…dan inilah kehidupan. 

Saudara sedang berjalan, menuju ke destinasi yang akhir seperti mana juga saya. Sehinga kadang-kadang kita letak kepala kita dibantal kita terfikir “bila aku akan berhenti berlari atau pun berjalan?”…dan setiap hari kita berjalan kita menemui pengalaman yang baru serta cerita yang baru, tetapi bila kita balik kepada diri kita semata-mata kita hanyalah hamba Allah…dan kita akan pulang kepadaNya tanpa semua hal ini, tanpa pangkat kedudukan, sijil-sijil, anugerah-anugerah serta wang ringgit…”Walaqad ji’tumuunaa furaada kamaa khalaqnaakum ‘aw wala marratin…Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya” (Al-An'aam 6:94)

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).
Jika Allah yang menguruskan urusan kita, tentu aturan yang ditentukan itu akan begitu hebat merentasi andaian mana-mana insan. Namun jika hidup ini hanya bergantung kepada orang lain, kita sering menjadi mangsa. Jika bergantung kepada diri semata, banyak perkara yang kita akan gagal mengendalikannya. Namun, apabila kita serahkan agar Allah membantu, tanpa ditinggalkan kita walaupun sekelip mata, keajaiban hidup akan berlaku.

Berlari dan berjalanlah kita dalam kehidupan ini untuk menuju destinasi kita masing-masing serta pada garis penamat yang kita pun tidak tahu. Tetapi percayalah selagi mana kita bertawakal kepada Allah kita akan mendapati kehidupan ini sangat luas dan jalan serta ruang untuk kita hidup itu ada didalam pelbagai warna dan rupa selagi mana kita sentiasa berkata “Ya Rabb…tolonglah aku…Wahai Tuhan..tolonglah aku”

Petikan tuliasan Dr Maza.

Monday, November 20, 2017

Antara Hujan dan Airmata

Antara Hujan dan Airmata

Antara hujan dan airmata
Ada sayu di sudut rasa
Ada cerita pilu mahu dibicara
Namun sukar diungkap dengan kata kata

Antara hujan dan airmata
Ramai yang sekadar simpati sahaja
Merasai apa yang menimpa
Walau yang merasai lebih tahu hakikatnya

Antara hujan dan airmata
sukar untuk diluah segala
Payah juga menyusun kata
Bimbang jika salah tafsirannya

Antara hujan dan airmata
Biar awan dan guruh berbicara
Berkongsi kisah suka duka
Mungkin itu lebih mudah diterima

Antara hujan dan airmata
Adakala lebih baik berdiam sahaja
Pasrah terima segala kententuanNya
Mengakui bahawa takdir mengatasi segala.

Wednesday, November 15, 2017

SEMBILAN (9) TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN

SEMBILAN (9) TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN

1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.

2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.

3. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.

4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.

5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.

6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.

7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.

8. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .

9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".

Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik. Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.

Perkongsian dari media


Sent from my iPhone

Tuesday, November 14, 2017

Perjalanan Kehidupan

Umur semakin singkat,
mati juga semakin dekat,
sepanjang perjalanan kali ini,
sekadar mahu menyambung kembali,
ukhuwah yang terjalin sebelum ini,
tiada syarat atau kepentingan peribadi,
mahu bertemu untuk kesekian kali,
kerana entah bila bertemu lagi,
moga berkumpul di syurga abadi.

Friday, November 10, 2017

Sifat Warak Membebaskan Diri dari Perangkap Nafau dan Syahwat


Sifat Warak Membebaskan Diri dari Perangkap Nafau dan Syahwat
____________________________________

Wajib pada benda haram.
Sunnah berhenti bila syubhah baik benda makanan, perkahwinan, amalan.

Warak orang yang tinggi darjat, para Nabi ialah mereka yang Menahan diri dari benda yang harus.

Warak perlu bertempat. Tidak harus tinggal perkara sunat. Tetapi bukan bermakna puasa sepanjang masa.

Warak pada benda yang harus boleh membawa pada benda yang haram
Warak pada benda yang boleh membawa kepada haram, maka ia perlu ditinggalkan.

Faedah warak
  1. Melepaskan diri dari api neraka
  2. Menjauhkan diri dari perkara lagha
  3. Mendapat kasih Allah
  4. Mustajab doanya
  5. Mendapat reda Allah
  6. Berbeza tingkatan hamba dengan adanya sifat warak

Warak boleh terjebak dengan waswas.
Binatang seperti baghal tidak boleh dimakan.
Menurut ulama, pemburu perlu berhati-hati sewaktu memburu. Bila anjing berburu dan ada anjing lain yang bersamanya, maka ia syubhah.
Binatang itu perlu di tinggalkan.

Sama dengan kes bila haiwan perburuan di dalam air. Bimbang hainwan yang diburu mati kerana kelemasan, maka ia syubhah.
Warak waswas seperti orang memancing ikan. Contoh anggap ikan yang dipancing kepunyaan orang.

Kesimpulan

Tuntutan sifat warak siapa yang menjauhkan diri dari agama dapat menyelamatkan agama.
Warak dalam makan minum boleh disandarkan pada tanda halal yang ada.
Bab muamalat asal suatu benda harus, kecuali dibuktiksn haram.
Manakala dalam bab ibadat kita berlu tawaqquf hingga adanya dalil al Quran dan As Sunnah

Lensa Kuliah
Dato Dr Abdul Basit


Sent from my iPhone

Thursday, November 9, 2017

Tip usahawan


Salah satu punca kegagalan usahawan adalah gagal mengurus emosi dan mengimbangi kehidupan.

Modal sosial sangat penting dalam bisnes bukan semata modal duit ringgit.

Emotional intelligence


Emotional intelligence and work life balance are two different things.
 In order to be successful we need to ensure that these two things are well-managed.

Allah tempat mengadu saat susah dan senang

Benar. Allah sebaik-baik tempat mengadu.
KepadaNya kita meminta.
KepadaNya kita kembali.
Saya kongsikan catatan seorang guru tanpa edit.
Hari ketiga mengawas SPM 2017.
Paper sejarah kertas 2
Masa: 10.00 pg hingga 12.30 pm
Setelah 20 minit masa berlalu seorang calon lelaki bersongkok air muka bersih, tiba-tiba mengangkat tangan meminta kebenaran ke tandas, saya benarkann sambil mengiringi beliau sebelum tu dah perasan yang beliau macam tak keruan.

Kedengaran bunyi air daripada dalam tandas, calon tadi keluar dan saya lihat wajah dan tangannya basah sambil tangannya memegang stokin & kasutnya.
"Izinkan saya solat sekejap ye cikgu saya blank." ujarnya meminta kebenaran.
Belum pun sempat saya berkata apa-apa seraya tergamam, calon itu sudah pun mengangkat takbiratulihram.
Terkedu saya sambil memerhatikan beliau solat. Solat tanpa sejadah tetapi sujud degan dahi menyentuh lantai simen yang amat naif itu. Allahu Akbar.
Tiba sujud di rakaat terakhir, agak lama beliau sebegitu.
Selepas memberi salam, beliau mula menangis tersedu2 seraya berkata.
"Cikgu... saya blank... tiba-tiba saya rasa otak saya kosong... Trial haritu saya dapat sejarah A+..."
Tetiba rasa keibuan saya hadir dan tanpa sedar turut sama-sama menangis sambil saya menggosok belakangnya dan memintanya beristighfar & membaca Al Fatihah.😣😣😣
"In shaa Allah... Allah bantu awak... buat yang terbaik yea" ujar saya.

Dia angguk dan bangun menuju ke dewan semula. Allahuakbar.
Semoga Allah permudahkan urusanmu duhai anak muda... perjalanan mu masih jauh. Semoga terus istiqamah mengharapkan Allah sebagai penolong dikala kebuntuan. 
Pengajaran yang saya dapat daripada beliau.
ALLAH jua lah sebaik-baik penolong. Kita terlalu kerdil maka bersujudlah, minta lah pada Allah.
Terima kasih kerana pengalaman yang cukup bermakna ini duhai anak muda.
Saya share kerana saya rasa tidak ramai anak muda sekarang seperti beliau.
Catatan Wahida Mustaffa

Monday, October 23, 2017

My Journey to PhD

My Journey to PhD

Muhasabah Saat Di Uji
Kejayaan tidak hadir dengan sendiri.
Ia perlu digembeling dengan usaha yang berterusan.

Berapa kali jatuh tidak penting. Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita bangkit dan belajar dari kegagalan.

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

Repeat Paper

Sepanjang bergelar pelajar, seingat saya tidak pernah fail dalam peperiksaan.. Pembelajaran di sekolah dan universiti walau banyak liku dan cabaran, Allah berikan yang terbaik buat saya.

Saya kurang membaca pun masih boleh score. Ia bukan sebab saya bijak atau genius, tapi ia lebih kepada rezeki dari Allah.
Sewaktu PhD saya terpaksa repeat satu paper, ia kecuaian sendiri. Tersentap seketika. Allah bagi kesedaran, sakitnya terasa.

Ma sya Alkah, tabaraallah.
Disebalik kegagalan, saya bersyukur.
Ia satu keinsafan.
Sungguh baru saya sedari, ada ketika kita 'take for granted'..

Pengalaman ini amat bermakna bagi saya agar lebih merasai perasaan insan sekeliling. Menambah rasa 'emphaty'.

Ia perjalanan rohani, membersih jiwa, menambahkan rasa syukur🌹
#spritualjourney

Nota:
Buat para pelajar saya, teruskanlah berusaha, jangan berhenti ditengah jalan..


Sent from my iPhone

Saturday, October 21, 2017

Anak Yatim Amanah Buat Penjaga

Anak Yatim Amanah Buat Penjaga
===========================

Isu 'makan harta anak yatim' yang menjadi viral sekarang memberi peringatan kepada kita semua betapa berat hukuman yang Allah janjikan.

Surah Al Fajr ayat 16-17 yang bermaksud;

"Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"

"Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu TIDAK MEMULIAKAN ANAK YATIM, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya."

Memberi makan anak yatim pahalanya amat besar, apalagi bila kita sendiri mengambil tanggungjawab membela dan membesarkan mereka.

Sebagai individu yang menjadi anak yatim sewaktu masih kecil sudah pasti saya merasakan semua orang perlu peka dan prihatin. Saya antara insan yang bertuah biarpun menjadi anak yatim.

Kenapa?

Ada banyak sebab. Apabila ayah meninggal dunia, pakcik saya iaitu arwah Cikgu Mohd Isa mengambil saya tinggal bersama beliau. Saya dididik oleh Pakcik dan Makcik (Cikgu Halimah seperti anak sendiri).

Setahun sebelum ayah meninggal, nenek saya telah memberikan semua harta kepada arwah ayah. Malangnya tidak lama ayah meninggal dunia, adik beradik kami semuanya perempuan. Maka sebahagian harta jatuh kepada abang tiri ayah.

Bonda saya mengandung ketika ayah meninggal, Allah berikan anugerah lahirlah adik lelaki kami. Tetapi Allah berikan nikmat kasih sayang hanya seketika, adik kami meninggal tidak sampai 40 hari dilahirkan.

Kesedihan bonda saya pastinya berganda. Namun beliau insan paling tabah yang saya kenali. Menjadi ibu Mithali untuk saya contohi apabila yang disayangi pergi silih berganti (salah satu sebab tesis PhD saya membuat kajian tentang ibu tunggal)

Pakcik biarpun mempunyai hak ke atas harta kami, tidak satu sen pun harta dan tanah diambil, bahkan arwah sangat pemurah dan banyak berbudi kepada kami sekeluarga.

Setiap kali mahu membayar yuran untuk peperiksaan yang besar seperti SMu, SPM beliau akan membayarkan yurannya. Bila saya berjaya ke universiti, beliaulah yang menghantar dan melunaskan yuran pendaftaran.

Bahkan bila saya sudah berkahwin pakciklah yang menjadi wali. Bila saya mendapat zuriat, anak-anak perempuan saya dibelikan cincin emas, di belikan loket emas oleh makcik. Iman juga tidak terkecuali dibelikan hadiah cincin suasa..

Namun usia pakcik juga tidak lama. Beliau meninggal dunia sewaktu saya melahirkan anak kedua. Namun hubungan tidak pernah putus. Makcik saya anggap seperti ibu kandung sendiri. Sepupu-sepupu saya juga sudah jadi seperti adik beradik.

Pernah satu ketika saya perlukan modal bagi memulakan perniagaan, makciklah yang menghulurkan modal 5 angka. Bila saya mahu membayarnya makcik menolak duit tersebut. Ia diberikan sahaja sebagai hadiah kerana janjinya mahu pakcik berikan saya sebidang tanah.

Pakcik dan makcik menjadi inspirasi kepada saya bagaimana memperlakukan anak yatim. Mereka diberi rezeki melimpah ruah kerana sangat pemurah dengan sesiapa sahaja. Amat mengambil berat pada sesiapa sahaja yang datang meminta dan memerlukan pertolongan.

Pakcik pernah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri Kelantan. Ia menjadi inspirasi kepada saya sebagai pendidik.

Bukan sekadar makcik dan pakcik menjadi yang inspirasi bahkan sewaktu di MMP saya sekali lagi diberi anugerah oleh Allah bila dari awal berpijak di bumi MMP ada seorang ustazah yang begitu prihatin, baik budi dan mengambil berat tentang saya dan kakak saya.

Beliau yang digelar Ustazah Salamah adalah guru contoh buat saya Prihatin beliau pada anak yatim dan bagaimana beliau menjaga ibunya yang sakit mentarbiyah diri saya sendiri.

Dua tahun saya tinggal bersama ustazah. Banyak jasa yang ustazah curahkan. Bersyukur Allah hadirkan saya insan-insan yang baik. Mereka menjadi cermin untuk saya.

Allah berikan sebaik ganjaran kepada mereka. Satukan kami di syurgaMU. Amin.

#travelogempayarjiwa


Sent from my iPhone

Thursday, October 12, 2017

Menulis Buku Pertama


Menjadi penulis, sangat ramai yang berjaya menulis di mukabuku, blog, IG dan pelbagai media. Namun ramai juga yang ada cita-cita bergelar penulis buku. Mimpi demi mimpi namun sering kali ia terkandas di perjalanan. Impian hanya tinggal impian. Bahkan bukan sedikit yang mengikut kursus penulisan baik yang berbayar mahupun percuma. Ada yang sanggup berhabis ratusan dan ribuan demi mendapatkan ilmu penulisan. 



Ada ketika banyak yang mahu dikongsi tetapi jari jemari tidak mampu menuturkan kata di helaian kertas atau screen kompter. Lalu bagaimana memastikan penulisan dapat dihasilkan? Ada masa idea buntu, ada ketika displin menulis celaru, akhirnya segala yang mahu disudahkan tersadai menjadi naskah bisu tatapan sendiri.

Bagaimana mahu berjaya menjadi penulis? Saya bukanlah penulis yang hebat lagi berjaya. Bahkan tidak pernah terfikir untuk berjaya menulis buku dan dilamar oleh penerbit yang berpengalaman serta popular seperti PTS. Sebagai penulis apa yang boleh saya kongsikan, saya sebenarnya tidak pernah belajar secara khusus seperti mengikuti kursus penulisan atau sebagainya. Saya belajar menulis dengan hanya menulis dan menulis apa sahaja yang terfiir dibenak fikiran. Perkara yang paling banyak menyumbang kepada kejayaan menulis adalah banyak membaca dan mencedok ilmu.

Tujuan penulisan juga satu asbab kejayaan kita menulis. Niat menulis sangat penting. Jelaskan kenapa anda mahu menulis? Bagi saya diri sendiri,  tujuan penulisan tidak ada niat lain, mahu berkongsi idea dan fikrah, menyebarkan kebaikan. Pandangan yang ingin diketengahkan itulah yang saya tulis. Selain itu saya fikirkan segala hasrat yang ada dalam pemikiran dan diterjemahkan dalam bentuk penulisan tiada lain melainkan agar ia dapat dibaca oleh anak  cucu.

Motivasi menulis pula tidak lain ia sebagai satu uslub dakwah bagi menyampaikan maksud tersirat. Usia kita mungkin singakt, maka penulisan yang ada bakal menjadi kesinambungan pada wadah yang mahu disampaikan. Ada yang meletakkan penulisan sebagai sumber pendapatan, ia tidak salah. Ia juga boleh menjadi motivasi penulisan. 

Bagi yang mahu berjaya merealisasikan menulis buku sehingga menjadi buku pada saya kunci utama tiada yang lain, melainkan niat yang ikhlas, DARI ALLAH DAN KERANA ALLAH. In sya Allah pasti Dia akan mempermudahkan kita dan memberikan ilham.Menulis bukan untuk jenama, bukan juga mencari glamer, jauh sekali ada kepentingan diri. Itulah yang dikatakan ikhlas, moga dengannya apa yang ditulis mendapat manfaat bukan semata pada pembaca, tetapi kita yang menulis juga memperoleh pahala.


Buku 3i Islam Iman Ihsan  Formula Kejayaan Hakiki dan Abadi adalah buku pertama. Ia menyusul tidak lama dengan buku kedua. Diterbitkan dalam masa yang sama oleh PTS. Alhamdulillah keduanya diulang cetak tidak sampai sebulan. Salah satu buku tersebut terpilih untuk Pesta buku di Frankfurt. Bahkan buku tersebut menjadi buku 'bestseller'. Ia di luar dari kotak pemikiran sendiri. Allah Maha Pemurah. Royalti yang saya peroleh tahun pertama menulis buku mencecah hampir 5 angka. Satu perkara yang tidak diduka. Benarlah ia rezeki dari Allah.


Hakikatnya ilmu dan ilham itu dari Allah. Dia yang memberi keduanya. Banyakkan meminta pada Allah, berdoa agar kita dapat berkongsi kebaikan demi dakwah. Demi menyampaikan apa yang baik dan bermakna. Lebih penting penulisan adalah peringatan untuk diri sendiri yang juga banyak kelemahannya. Mulakan menulis. Gunalah apa sahaja media yang dirasakan sesuai. Ia tidak semestinya menjadi buku, jika mahukan pahala. Mulakan dengan niat yang tulus DARI ALLAH DAN KERANA ALLAH. Satu masa tak mustahil dari penulisa di media sosial bakal menjadi buku anda yang pertama.

Wallahuaalam

Dr Sakinah Salleh
Ibtighaai Mardhatillah

#diaripenulis




Didik Anak dengan Solat Awal Waktu

Didik Anak dengan Solat Awal Waktu
Orang pertama yang mengajar kita apa itu keibubapaan atau ‘parenting’ adalah ibu ayah kita sendiri.
Jika ditakdirkan ibubapa kita sendiri gagal memberikan contoh yang baik, hingga kita sendiri terikut berbuat silap, tidak mengapa.
Lihatlah contoh terbaik dari Rasulullah SAW.
Segelintir yang mengadu dengan saya bimbang bergelar ‘single parent’ dengan cabaran yang ada sekarang ini.
Sebenarnya kita tidak perlu bimbang. Selagi kita menjaga Allah. Dia pasti menjaga kita. 
Bagaimana kita jaga Allah? Salah satunya menjaga Allah adalah solat di awal waktu. Dalam keaadaan bagaimana pun bila kita sudah berazam untuk solat awal waktu maka kita pasti akan berjaya.
Contoh bila mahu keluar rumah, kita akan pastikan aktiviti itu selepas solat. Jika azan berkumandang, maka kita akan berhentikan dulu tugasan untuk solat. Jika di perjalanan, kita akan berhenti di mana-mana masjid mencari tempat untuk solat.
Banyak cara untuk mendidik anak-anak dengan terbaik, biarpun tanpa pasangan. Apa yang penting jaga diri kita, pastikan ikut syariat. Amal makruf nahi mungkar mesti diikuti.
Saya kongsikan bagaimana bonda saya mendidik anak-anak tak lain dengan menjaga solat. Bonda bergelar ibu tunggal (balu) dengan 6 orang anak di usia 36 tahun. Waktu itu saya berumur 8 tahun. Dan beliau tidak pernah berkahwin semula. Misi beliau hanya mahu membesarkan anak-anak.
Apa yang bonda saya lakukan adalah memastikan kami wajib solat awal waktu. Jika subuh hari beliau sudah mengejutkan kami sebelum azan berkumandang.
Bahkan hingga sudah ada menantu dan anak cucu, begitulah bonda saya. Sentiasa memastikan solat diutamakan. Bonda sangat tegas dalam hal ini.
Bonda saya sendiri kehilangan ibu sewaktu usia beliau 2 tahun dan tinggal bersama ibu tiri. 
Jadi jika anda ditakdirkan tidak dibesarkan ibu ayah, tiada contoh yang baik. Tidak mengapa. Mohonlah hidayah dan taufiq dariNya agar memandu kita ke jalan benar.
Jangan gundah bila sendirian. Allah sentiasa bersama dengan kita. Sepanjang masa. Mohon dan mengadu padaNya.
Wallahuaalam.
Dr Sakinah Salleh

10 Tempat Usahawan Mendapat Idea

10 Tempat Usahawan Mendapat Idea
iaitu :-
1. Bekerja
2. Bersembang
3.Memandu
4. Dalam Mimpi
5. Waktu Tidur
6. Dalam Kenderan
7. Bersenam
8. Di tandas
9. Bercuti
10. Ketika Makan

*Namun, ada juga beberapa pendapat yang lain;
1. Ketika membaca buku
2. Ketika berbincang dengan usahawan berjaya
3. Ketika awal pagi
4. Pengalaman
5. Menonton filem
6. Mendengar Ceramah oleh usahawan
7. Ketika mendengar masalah orang lain
8.ketika bersendirian
9. Ketika bermasalah

Wednesday, October 4, 2017

Rawat Hati Solusi Masalah

Rawat Hati 


Ramai yang ada penyakit hati. Cemburu dan tidak gembira dengan apa yang orang lain ada. Bahkan tidak pernah merasa cukup dengan apa yang telah pun ada hingga bersikap tamak. 


Bila cemburu dan tamak menguasai diri, sakit hati merajai maka akal sanggup berbuat apa sahaja bagi menjatuhkan musuh. Ada yang lebih parah sanggup menggunakan sihir, memfitnah tanpa rasa takut dengan dosa.

 

Kita melihat dan mengira-gira apa yang ada pada orang lain, membanding-banding apa yang ada hingga tidak sempat menghargai dan menikmati apa yang dimiliki. 


Ubat kepada penyakit ini bukan semata zikir dan istighfar, tetapi perlu mensyukuri apa yang kita miliki. Walau sedikit yang ada jika ada barakah pastinya ia memberi ketenangan pada hati, memberi kebahagiaan pada jiwa.🌹


🌺🌺🌺🌺🌺


Nota: Qalbun Salim di TV Hijrah menceritakan tentang penyakit hati. Kita pastinya mengharapkan tergolong dalam Nafs Mutmainnah (Jiwa yang tenanga). Amiin.


#tazkiyatunnafs

#dairipenulis #diarikaunselor

#kenalidiribinaidentiti



Sent from my iPhone

Tuesday, September 26, 2017

Iman Ihsan



Hari Ulangtahun Kelahiran Iman Ihsan


Post yang setahun lalu muncul di mukabuku. Ummi sebenarnya sudah lupa. 

Hari ini genap usia Ieman Ihsan 15 tahun mengikut tahun masehi. Tarikh yang sama kelahiran Iman Najmi. 


Airmata pagi ini tiba-tiba tumpah. Rindu dan banyak kenangan dengan Iman. Mengandung dan melahirkan Iman banyak mengubah landskap kehidupan Ummi dan Baba.


Pengalaman yang cukup warna warni hingga terbit buku pertama Motivasi 3i ( Islam Iman Ihsan) Formula Kejayaan Hakiki dan Abadi.

Terima kasih PTS Publication yang menerbitkan buku ini dan buku-buku yang seterusnya.


Alhandulillah, syukur padaMu Ya Allah. Memberikan permata ini. Tempoh 15 tahun terasa sangat cepat masa berlalu. Jika boleh tidak mahu Iman membesar. Mahu sentiasa melihat Iman sebagaimana Iman dalam dunia kanak-kanak.


Namun jauh disudut hati mahu melihat Iman menjadi seorang daie. Satu ketika bila Ummi dan Baba menuju usia, Iman pula bakal menjaga kami pula.


Teringat perbualan di meja makan sebelum Iman pulang ke asrama tiga hari yang lalu. Ummi percaya Iman tidak lupa, namun sekadar ingatan ummi titipkan pesanan ini sekali lagi.


"Iman siapa pun yang Iman ingin jadi satu hari nanti baik doktor, engineer, ustaz, bussinesman atau apa sahaja Ummi tidak kisah, asalkan Iman sentiasa jaga solat, jaga aqidah, doakan sentiasa Ummi dan Baba, jangan lupa Al Quran mesti selalu dibaca, yang dihafal mesti dingatkan sentiasa".


Iman seperti biasa, sejak dulu dan kini tidak banyak percakapan. Tanda faham beliau adalah diam. Suruh apa sahaja, dia diam, tapi bangkit melakukan. Tiada bantahan.


Bersama kakak-kakak Iman yang akan mengalah.Iman tidak pernah ada permintaan. Menerima apa sahaja pemberian walau ada ketika lebih banyak menolak.


Anakku Iman, menuju dewasa ada banyak cabaran. Dunia remaja adalah dunia 'storm & stress'. Ummi percaya bila Iman meletakkan Allah dan Rasul dihadapan, Iman akan melepasi cabaran dengan jaya dan tenang.


Biarpun Iman tiada FB, namun Ummi percaya bila Iman baca Ummi mahu ingatkan sekali lagi " Jagalah Allah, Allah menjagamu". 


Indahkan Islammu, Iman dan akhlakmu sehebat nama mu anakanda Iman Ihsan❤️. Peluk cium dari Ummi, tiada hadiah yang lebih bermakna selain doa moga Iman berjaya dunia akhirat, jadi anak soleh wa musleh💕.

بالتوفيق والنجاح


#travelogempayarjiwa

#imanihsan



Sent from my iPhone

Thursday, September 21, 2017

DARI ALLAH KERANA ALLAH.



Bismillah,

Minggu ini banyak berdepan kes-kes klien yang bercerai dan menghadapi dilema untuk rujuk kembali atau meneruskan perceraian.

Klien menghadapi kesukaran membuat keputusan. Bimbang jika rujuk pisang akan berbuah dua kali. Bila bercerai pula perlu menghadapi cabaran membesarkan anak-anak sendirian. Apalagi sekarang ini masalah dan gejala sosial makin berleluasa, bahkan perceraian juga menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah anak-anak dalam akademik dan masalah disiplin.

Apa jua keputusan yang diambil tugas kaunselor bukan membuat keputusan, tetapi membantu mengenalpasti masalah dan menampakkan solusi kepada permasalahan.

Apabila membuat keputusan sudah pasti semua perkara perlu diambil kira. Semuanya juga pastinya ada risiko dan cabaran tersendiri. Pilihlah apa jua keputusan itu bersandarkan kepada matlamat hidup sebagai Hamba.

Pilihan yang ada, petanya perlulah membawa pada tujuan yang ingin dicapai dalam hidup. Ia menyuluh diri untuk kenalpasti apa yang kita Mahu. ke mana kita akan pergi selepas ini.

Titik bahagia adalah bila semuanya yang dipilih asasnya adalah DARI ALLAH dan KERANA ALLAH.

Wallahuaalm.

Dr Sakinah
1 Muharam 1439H


#diarikaunselor

Maal Hijrah 1438H


Selamat Menyambut 1 Muharam 1439 Hijrah

Tuesday, September 19, 2017

Our Journey Together is so Shor

*"Our Journey Together is so Short"* 
A young lady sat in a bus. At the next stop a loud and grumpy old lady came and sat by her. She squeezed into the seat and bumped her with her numerous bags. 
The person sitting on the other side of the young lady got upset, asked her why she did not speak up and say something.
The young lady responded with a smile: 
"It is not necessary to be rude or argue over something so insignificant, the journey together is so short. I get off at the next stop."
This response deserves to be written in golden letters:
*"It is not necessary to argue over something so insignificant, our journey together is so short"*
If each one of us realized that our time here is so short; that to darken it with quarrels, futile arguments, not forgiving others, discontentment and a fault finding attitude would be a waste of time and energy.
Did someone break your heart? *Be calm, the journey is so short.*
Did someone betray, bully, cheat or humiliate you? *Be calm, forgive, the journey is so short.*
Whatever troubles anyone brings us, let us remember that *our journey together is so short.*
No one knows the duration of this journey. No one knows when their stop will come. *Our journey together is so short.*
Let us cherish friends and family. Let us be respectful, kind and forgiving to each other. Let us be filled with gratitude and gladness. 
If I have ever hurt you, I ask for your forgiveness. If you have ever hurt me, you already have my forgiveness. 
After all, *Our Journey Together is so Short!*

Motivasi Belajar

Matlamat hidup yang tidak jelas menyebabkan kita sentiasa penat mencari dan tidak pernah rasa cukup dengan apa yang ada

Pupuk Rasa Syukur

Berapa kali kita ucapkan Alhamdulillah atas nikmat kurniaanNya? 
Perkara yang diperoleh secara PERCUMA jarang yang mahu bersyukur atau berterima kasih.
Nota: 
Jika dengan yang Maha Pencipta kita tidak bersyukur apa lagi dengan insan.

Tip rumah tangga

Segintir pasangan yang usia perkahwinan sudah agak lama, tapi bercerai kerana hal yang remeh pada fikiran kita. 
Kita mungkin tidak berada di keadaan mereka. 
Realitinya mereka mungkin melaluinya sudah terlalu lama. Sabar dengan keadaan. Namun akhir episod " cukuplah, kesabaran itu ada limitnya".
Nota: Terima pasangan anda seadanya😎
Non judgemental

KRISIS PEMAKNAAN PENDIDIKAN:
MENANGANI GEJALA EXCELLENCE WITHOUT SOUL


Oleh: Prof.Dato' Dr Siddiq Fadzil (Presiden Kolej Darul Hikmah, Kajang Selangor Darul Ehsan)

Kekalutan bersaing mencapai kecemerlangan akademik dan obsesi terhadap permintaan pasaran kerja telah mengakibatkan sistem pendidikan kita kehilangan visi, lalu terjebak dalam sindrom shorttermism sehingga mengabaikan  misi asasi pembinaan dan pengutuhan insan.

Yang dipentingkan bukan lagi apa yang perlu untuk memperbaiki kemanusiaan atau insaniyyah anak didik, tetapi yang lebih dipentingkan adalah memenuhi permintaan semerta atau immediate demand mereka.

Mungkin ungkapan judul buku Harry R. Lewis tentang bencana kependidikan yang sedang menimpa Universiti Harvard, Excellence Without a Soul (Kecemerlangan Tanpa, Roh), tepat untuk menggambarkan gelala global – krisis pendidikan yang kehilangan esensi, erti hakiki dan misi asasinya.

Justeru, yang didedahkan oleh Harry R. Lewis, Profesor yang pernah menjadi Dekan di Harvard itu, pada hakikatnya bukan hanya kepincangan Harvard, tetapi kepincangan universiti-universiti di seluruh dunia umumnya. Sejak terbitnya buku Excellence Without a Soul, Harry R. Lewis banyak memenuhi undangan universiti-universiti di pelbagai rantau dunia, dari Hong Kong hingga ke New Haven. Tema pembicaraannya tidak lain adalah tentang Universiti Harvard yang kehilangan roh atau without a soul itu. Tetapi yang dirasakan oleh para professor dan khalayak pendengarnya bukan hanya sebuah kisah tragedi kependidikan di Harvard. Bagi mereka Harry R.Lewis sesungguhnya telah berbicara tentang hakikat universiti mereka sendiri dengan sangat tepat dan sekaligus sangat menakutkan, “described their situation with frightening accuracy”.

Gejala Kehilangan Arah

Memang demikianlah hakikatnya, gejala aimlessness, bencana kehilangan arah telah mengglobal. Apa yang terjadi kepada Harvard adalah cerminan apa yang terjadi kepada IPT dunia.

Justeru, Harvard adalah university tertua, terkaya dan ternama yang selalu dilihat sebagai model terunggul universiti kelas dunia. Benar, institusi-institusi pengajian tinggi umumnya berjaya memberikan pengetahuan dan kemahiran, tetapi ternyata gagal melaksanakan misi asasi pendidikan – pengutuhan dan penyempurnaan insan.

Dalam konteks Harvard, Harry R.Lewis menyatakan bahawa mereka telah melupakan “the fundamental job of undergraduate education, tanggungjawab dasar terhadap anak didik”, termasuk, “…to help them grow up, to learn who they are, to search for a larger purpose for their lives, and to leave college as better human beings.”

Pidato-pidato pimpinan universiti umumnya lebih banyak berkisar pada masalah-masalah dunia, kepentingan ilmu, kerja kuat dan kejayaan; tetapi sedikit sekali menyentuh persoalan tentang kekuatan peribadi, integriti, kasih-sayang, kerjasama dan bagaimana untuk hidup dalam dunia yang lebih baik.

Semakin besar universitinya, semakin sengit pula ia bersaing meraih kemenangan di kancah pasaran dan di lahan perebutan dana penyelidikan, tetapi ketika itu jugalah mengurangnya pembicaraan yang serius tentang pembinaan watak pelajar, “…about their development into people of good character who will know that they owe something to society for the privileged education they have received.” Demikianlah pengakuan jujur orang dalam, seorang profesor Harvard, tentang penyakit yang sedang membarah di tubuh universiti tersohor itu.

Dua tahun selepas terbitnya Excellence Without a Soul (2006), muncul pula seorang graduan Harvard Business School dengan bukunya yang berjudul What They Teach You at Harvard Business School, Philip Delves Broughton merakamkan pengalaman kesiswaannya di institusi yang terkenal dengan ijazah MBAnya yang berprestij itu, institusi yang disebutnya sebagai the cauldron of capitalism atau kawah besar kapitalisme, where capitalism goes, the MBA follows.

Dengan latar pencitraan sedemikian, tidak ada siapa pun yang hairan jika ramai graduannya menjadi kapitalis yang barbarik, menjadi binatang ekonomi yang materalistik, mementingkan diri, rakus dan boros. Orientasi kebendaannya memang kental sekali sehingga Philip Delves Broughton hanya mampu mengeluh bahawa yang selalu menjadi pokok pembicaraan masyarakat siswanya bukan lagi soal pengajian, ilmu, atau persiapan menghadapi dunia kerjaya; tetapi lebih banyak tentang ambitions dan nafsu besar – mahu pangkat apa, mahu gaji berapa, mahu jadi sekaya siapa, dan mahu gaya hidup semewah mana.


Ternyata Harvard Business School (HBS) dan banyak sekolah-sekolah bisnes lainnya telah kehilangan misi moral dan sosialnya. Para graduannya dirangsang merajai dunia bisnes dan berlumba mengaut kekayaan tanpa mempedulikan batasan-batasan etik dan moral. Subjek Business Ethics yang diajarkan di sekolah-sekolah tersebut jelas sudah tidak berdaya lagi mengawal polah-tingkah para usahawan kapitalis rakus dan curang sehingga mengakibatkan leluasanya pelbagai skandal korporat kelas multi-nasional, dan akhirnya meledakkan krisis kewangan dunia dengan segala bencana kemanusiaan bawaannya. Memang demikianlah kenyataannya, ramai dari kalangan mereka yang muncul sebagai orang kaya yang kehilangan kepedulian sosial. Mereka selalu melakukan pelbagai helah untuk mengelak cukai, malah apa yang disebut CSR (corporate social responsibility) itupun seringkali dilakukan hanya untuk mengelak cukai. Kesedaran kemasyarakatan memang telah sirna sejak lama. Yang tinggal hanya sisa-sisa perhatian yang terbatas pada hal-hal yang mereka berminat (sukan, hiburan dsb), dan itu pun seringkali dilatari motif kepentingan.

Justeru, sebagai universiti paling berpengaruh di dunia, kerosakan Harvard boleh merosakkan dunia seluruhnya, termasuk kita, khususnya orientasi pendidikan kita. Harvard sudah menjadi kiblat pengajian tinggi di mana-mana, dan keghairahan meniru Harvard sudah mewabak meratai jagat. Dominasi Harvard tidak terbatas hanya dalam bidang bisnes, tetapi sudah merempuh bidang-bidang lain, termasuk politik, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.

Philip Delves Broughton mencatatkan bahawa sepanjang pengajiannya di HBS (2004-2006), para alumni HBS telah menempati pelbagai posisi strategik termasuk Presiden Amerika Syarikat, Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Presiden Bank Dunia, Datuk Bandar New York, dan sejumlah yang tidak terkira CEO badan- badan korporat gergasi. Beliau juga mencatatkan bahawa alumni HBS menguasai 2O% tiga jawatan teratas di 500 buah syarikat yang disenaraikan oleh Fortune.

Sementara itu, sejak tahun 2000, para pemegang ijazah MBA yang menempati pejabat kepresidenan Amerika Syarikat (Oval Office) telah membuat keputusan-keputusan besar tentang pelbagai masalah dunia dengan segala implikasi kemanusiaan dan kesejarahannya.

Broughton seterusnya merumuskan bahawa semua orang dalam bidang apa pun seharusnya memprihatinkan segala yang sedang terjadi di HBS kerana, “The language, practices, and leadership styles taught in MBA course affect all of us. Business schools no longer produce just business leaders. MBAs determine the lives many of us will lead, the hours we work, the vacations we get, the culture we consume, the health care we receive, and the education provided to our children. … And it has ambitions to matter even more.” Pendeknya, orang bisnes memang sangat bernafsu untuk menguasai segala-gala.

Misi Penyempurnaan dan Pengutuhan lnsan

Latar dunia pengajian tinggi yang sedemikian rupa menambah keyakinan kita terhadap kerelevanan kita sebagai pengembang misi pengutuhan dan penyempurnaan insan. Sesungguhnya kehadiran kita bukan suatu piIihan, tetapi suatu kewajipan kemanusiaan dan keagamaan. Kita harus memikul tanggungjawab melaksanakan pendidikan keinsanan dalam erti pengembalian insan kepada kemurnian dan keunggulan fitrinya sebagai makhluk sebaik-baik kejadian (ahsani taqwim) yang dimuliakan Allah (al-takrim al-Ilahiy) dengan hembusan ruh penciptaan-Nya (al-nafkh al-Ilahiy). Insan bukan sekadar makhluk tanah (tin) yang rendah. la telah diangkat darjatnya dengan hembusan ruh Ilahi, yang kerananya para malaikat rela sujud menghormatinya.

Di sinilah kegagalan iblis mempersepsikan insan secara utuh – tanah dan hembusan ruh Ilahi. Bagi iblis, insan hanyalah makhluk tanah, semata-mata tanah; dan kerana itu pulalah ia membantah perintah sujud.
Fungsi pendidikan tidak hanya sekadar memelihara ke-tanah-an insan, tetapi lebih daripada itu ialah untuk memelihara hembusan ruh Ilahi yang merupakan asetnya yang termahal, martabat keunggulannya, dan sumber potensi kesempurnaan insaniahnya.

Hakikat inilah yang diserlahkan oleh Qadi Abu Bakr ibn al-‘Arabiy dalam huraiannya tentang insan sebagai makhluk ahsani taqwim:
“Tiada makhluk Allah yang lebih baik daripada manusia, kerana Dia telah menganugerahkannya kadar tertentu daripada sifat-sifat ketuhanan-Nya seperti: hayyan, ‘aliman, qadiran, mutakalliman, sami’an, basiran, mudabbiran dan lain-lainnya.”

Memang, tidak ada makhluk Tuhan yang penciptaannya Iebih baik daripada insan. Justeru, Tuhan telah mengurniakannya cebisan daripada sifat-sifat rabbaniyyah-Nya, yang dapat dikembangkan hingga sejauh yang terjangkau oleh kudrat insaniahnya, dan sekaligus dapat menjulang martabatnya mengungguli segala makhluk lain.

Hakikat inilah juga yang diungkapkan oleh al-Shaykh ‘Abd al-Karim al-Jiliy dalam tulisannya al-Insan al-Kamil fi Ma’rifat al-Awakhir wa al-Awa’il Ketika menjelaskan makna hadith nabawi bahawa Allah menciptakan Adam ‘a.s. menurut gambaran-Nya (‘ala suratih), al-Jiliy mengatakan:
“Sebagaimana yang diketahui, Allah bersifat Hidup, Berilmu, Berkuasa, Berkehendak, Mendengar, Melihat, Berkata-kata, maka demikian jugalah manusia – hidup, berilmu dan sebagainya.”

Manusia yang penciptaannya sedemikian rupa memang seharusnya mampu menghayati sifat-sifat Rabbaniy, dan itulah sebenarnya ukuran kesempurnaan dan kebahagiaannya yang disebut oleh al-Ghazaliy:
“Bahawa kesempurnaan dan kebahagiaan manusia (hamba Allah) terletak pada kesediaan dan keupayaannya berakhlak dengan akhlak Allah.”
Jelmaan kesempurnaan paling ideal yang disebut al-Insan al-Kamil sebagaimana yang dikonsepsikan oleh al-Jiliy adalah Muhammad (s.’a.w.).

Dalam kaitan ini, pendidikan sebagai proses pengutuhan dan penyempurnaan insan harus menjadikan al-Insan al-Kamil sebagai model keinsanan terunggul.
Keinsanan dengan segala keunggulannya yang berpangkal dari kurnia hembusan ruh Ilahi dengan segala implikasinya itu pada hakikatnya adalah amanah berat yang tidak terpikul oleh langit, bumi, gunung atau makhluk-makhluk lain segagah mana pun. Amanah inilah yang selalu dilupakan sehingga mengakibatkan kejatuhan martabat insan dari puncak ahsani taqwim merudum ke jurang asfala safilin.

Demikianlah mesej firman Ilahi:
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta  gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”
(Al-Ahzab: 72)

Al-Insan disebut zalum dan jahul (zalim dan jahil). Ia zalum kerana selalu menzalimi diri sendiri dengan menjatuhkan martabat diri dari ketinggian darjat keinsanannya; dan ia juga jahul kerana tidak tahu tentang hakikat  dirinya sebagai pengembang amanah  keinsanan. Bukankah gejala zalum dan jahul ini yang menimpa masyarakat dunia, termasuk mereka yang dianggap kaum terpelajar?   Gejala zalum dan jahul adalah sejenis dehumanisasi yang melahirkan generasi yang hilang keinsanannya. Ayat tersebut sebenarnya membawa pesan kependidikan yang sangar penting; bahawa pendidikan harus melaksanakan misi penyelamatan insan dari menjadi zalim dan jahil dalam pengertian tersebut.

Misi Ummatik: Pembinaan Khayriyyat al-Ummah

Demi maruah dan martabat, sistem pendidikan kita harus berorientasi khayriyyah (keunggulan) yang berteraskan iman, komitmen terhadap nilai-nilai kemakrufan, dan semangat melawan gejala kemungkaran, sesuai dengan ayat khairiyyat al-ummah dalam surah Ali ‘Imran. Khayriyyat al-ummah bukan ketuanan warisan. Ia adalah wawasan Qur’ani yang terbuka kepada semua umat yang sanggup memenuhi syarat, tanpa, mengira asal usul keturunan. Ia adalah keunggulan bersyarat yang harus dicapai dengan perjuangan kependidikan membangun watak umat, menegakkan prinsip-prinsip iman, menghayati nilai-nilai murni dan membasmi gejala maksiat. Faktor keturunan bukan jaminan keunggulan, tanpa cirri-ciri khayriyyat  al-ummah, keturunan siapapun akan mengalami kehinaan senasib dengan kasut, “dari atas diinjak kaki, dari bawah ditusuk duri, sudah usang dibuang orang”. Tepat sekali ungkapan Dr.Muhammad ‘Imarah bahawa ia adalah shurut muktasabah, la ‘unsuriyyahy mawruthah (syarat yang dicapai, bukan perkauman yang diwarisi).
        
Pendidikan Kewarganegaraan

Selain pendidikan keumatan, sistem pendidikan yang baik juga melaksanakan pendidikan kewarganegaraan, mempersiapkan anak-didik menjadi rakyat yang bertanggungjawab, rakyat negara Malaysia yang demokratik, dan berbilang kaum.

Akibat obsesi yang berlebihan terhadap pengkhususan dalam disiplin ilmu  tertentu, semangat kewarganegaraan, kesedaran sivik dan kepedulian politik seringkali terabai. Institusi Pendidikan seolah-olah sudah, menjadi sebuah pulau. Masyarakat sekitar tidak mendapat pencerahan darinya. Lebih setengah  abad mengamalkan demokrasi, namun erti demokrasi belum difahami secara meluas. Bagi sebilangan rakyat, demokrasi hanya bererti pilihanraya, dan tidak lebih daripada itu. Mereka seharusnya sudah memahami demokrasi bukan hanya pilihanraya, tetapi yang lebih mendasar adalah prinsip-prinsip dan nilai-nilainya, yang harus dipelajari, dihayati dan dibudayakan.

Institusi Pendidikan seharusnya mampu membina manusia demokrat yang murni, matang dan berjiwa besar. Tetapi jika dilihat bagaimana demokrasi dilaksanakan di kampus-kampus,  ternyata banyak Institusi Pendidikan yang gagal memberikan pendidikan demokrasi di kalangan warganya. Pilihanraya kampus seringkali dicemari sikap undemocratic dan unethical pihak pentadbiran yang memaksakan kemahuannya memenangkan kelompok tertentu dan mempastikan kekalahan kelompok yang lain.

Demikianlah berlakunya tragedi kematian nilai-nilai demokrasi di kampus-kampus yang seharusnya menjadi model masyarakat demokratik yang sihat dan menginspirasikan. Apakah ini bukan suatu pengkhianatan terhadap amanah pendidikan kewarganegaraan?

Misi Perubahan

Institusi Pendidikan yang dibina di atas kesedaran dakwah pembebasan manusia dari kegelapan kepada kecerahan, selamanya komited terhadap misi perubahan. Mungkin ada yang berfikir, bahawa kita sebenarnya hanya bermimpi. Perubahan apalah yang dapat dilakukan oleh orang kecil seperti kita. Mungkin benar, ketika ini kita sedang bermimpi. Tetapi syukurlah, kita masih berani bermimpi. Siapa tahu sewaktu-waktu mimpi menjadi realiti.

Jangan lupa kita sebenarnya masih memiliki potensi kekuatan raksaksa yang berupa generasi muda yang enlightened. Gelombang perubahan yang menerjang seluruh Dunia Arab ketika ini adalah sepenuhnya hasil kebangkitan anak-anak muda, maka kerananya ia mendapat nama Thawrat al-Shabab (Revolusi Pemuda). Majalah The Economist (2 April 2011) menyebut mereka sebagai, “… a new generation of young idealists, inspired by democracy, united by Facebook and excited by the notion of opening up to a wider world,…”.

Gelombang kebangkitan yang mencengangkan itu telah dilakukan oleh anak-anak muda yang selama ini sudah dianggap lost generation, generasi yang sudah hanyut entah ke mana. Mereka adalah Facebook generation pencipta keajaiban, merubah sejarah. Dalam tempoh hanya tiga minggu mereka melakukan suatu yang tidak mampu dilakukan oleh bapa-bapa  mereka selama tiga puluh tahun!

lstiqamah Sebagai Manusia Berprinsip

Kita tidak akan kecewa andainya anda lupa sebahagian daripada kurikulum pengajian tetapi kita akan sangat kecewa andainya anda gagal meninggalkan institusi pengajian sebagai better human being (manusia yang lebih baik). Justeru, pendidikan keinsanan adalah misi terbesar kita. Kita akan sangat berbahagia menyaksikan para graduan menjadi al-insan al-salih atau yang disebut orang Melayu sebagai orang baik. Konsep orang baik dalam pemikiran Melayu sebenarnya  dipadankan dari sabda nabawi, khayru ‘n-nas anfa’uhum li ‘n-nas  (orang terbaik adalah yang paling berguna kepada orang lain). Sabda inilah yang mengilhami pengungkapan konsep manusia serba guna dalam warisan kepujanggaan bangsa:

Bagaikan kayu besar di tengah padang,
Rimbun daunnya tempat berteduh,
Kuat dahannya tempat bergantung,
Kukuh batangnya tempat bersandar,
Besar akarnya tempat bersila.

Untuk bersikap istiqamah sebagai orang baik, ternyata tidak mudah, terlalu banyak goda dan pesonanya, lebih-lebih lagi pada zaman penuh kegilaan seperti sekarang ini yang sudah menepati ciri Jaman Edan era pujangga R.N. Ronggowarsito. Pada zaman gila, orang gila membolot segalanya, sehingga tidak tersisa untuk yang tidak gila atau yang tidak mahu ikut jadi gila. Kehidupan manusia berjalan di atas hukum: tak gila, tak merasa (ora edan, ora keduman).

Dalam suasana seperti itulah terujinya ketahanan orang baik. Ronggowarsito meninggalkan pesan kepujanggaan yang menyuntikkan semangat hidup berprinsip, “seuntung mana pun orang yang gila, lebih beruntung orang yang beringat dan berwaspada”. Orang baik tidak perlu iri hati terhadap orang gila, sebagaimana kita tidak perlu iri hati melihat gagak berlagak merak, atau kera memakai mahkota. “Jangan Jemu Menjadi Orang Baik”.

Copypaste dari Group WhatsApp

Sunday, September 3, 2017

Tip Menjayakan Bisnes

PUSH TO THE LIMIT

.

Salah satu tugas kita sebagai pendiri bisnes adalah mengenalpasti titik-titik ini dalam bisnes kita :

.

1. Titik Kritikal.

2. Titik Breakeven.

3. Titik Maksima.

4. Titik Optima.

.

Syarikat kita ini umpama sebuah kenderaan. Kita perlu uji keupayaan kenderaan kita. Berapa ramai boleh masuk dalam kenderaan kita itu jika ianya perlu sampai ke destinasi dengan satu kelajuan yang stabil? Tanpa ujian, kita tidak akan tahu kemampuannya.

.

Pada ujian tersebut, sudah tentu akan ada penumpang yang tidak berani, tidak kuat, atau tak tahan dengan tahap kelajuan yang dibawa pemandu. Jangan berlaku zalim pada penumpang itu, turunkan dia, kekalkan yang sanggup sahaja. 

.

Pada ujian tersebut, akan ada gegaran pada bahagian tayar, gegaran stereng dan beberapa petanda lain. Pemandu atau CEO mesti peka dengan petanda ini. Maka dapatlah kita tahu keupayaan sistem-sistem SOP dalam syarikat kita.

.

Ujian ini penting untuk kita lihat respon kesemua bahagian-bahagian penting dalam kenderaan yang sedang memecut laju. Pemandu mesti tahu memecut laju hingga ke tahap semaksima yang boleh dan TAHU bila nak kurangkan kelajuan sehingga ketemu TITIK OPTIMA.

.

Untuk syarikat BLINK BOOK saya sudah tahu angka bagi setiap titik. Untuk syarikat BLINK TRADING, saya telah tahu titik breakeven dan titik kritikal. Sekarang ini sedang mengenalpasti titik Maksima. Setelah itu barulah saya akan tahu titik OPTIMA. 

.

Titik OPTIMA inilah yang kita cari dalam bisnes kita. Ia adalah titik di mana kos operasi bisnes kita yang paling minima boleh menghasilkan pendapatan yang paling maksima.


Kredit pada penulis Tn Syaizul 

Mengurus Masa



Matriks Masa, Alat Produktiviti

Berhenti sejenak - Jelaskan - Tentukan Kaedah


Matriks Masa ialah satu bentuk alat produktiviti yang membahagikan masa anda kepada 4 Kuadran; Setiap kuadran mewakili masa untuk setiap jenis tugasan anda.

.


Q1 merangkumi tugasan yang PENTING DAN SEGERA. Contohnya, menguruskan perkara-perkara kecemasan atau tugasan yang diterima pada saat-saat akhir.

.


Q2 adalah masa yang digunakan untuk tugasan yang PENTING TETAPI TIDAK SEGERA. Contohnya, menulis laporan strategi yang penting tetapi hanya perlu dihantar pada minggu hadapan.

.


Q3 ialah masa untuk tugasan yang TIDAK PENTING TETAPI SEGERA. Contohnya berterusan memeriksa email.

.


Q4 pula ialah masa yang dibazirkan untuk PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH, contohnya bermain telefon bimbit atau membuka Facebook.    

.


Untuk menjadi produktif, anda seharusnya menggunakan masa yang banyak untuk Q2, iaitu fokus kepada tugasan yang PENTING TETAPI TIDAK SEGERA. Walaupun melakukan tugasan SEGERA seperti dalam kuadran Q1 dan Q3 membuatkan anda berasa produktif, tetapi itu sebenarnya bukanlah produktif.

.


Ini kerana seringkali kita tersilap dengan menyangka setiap tugasan yang SEGERA itu PENTING, dan dengan itu menghasil tugasan kurang berkualiti. (Contohnya, apabila menulis email dengan cepat dan kurang berhati-hati, barangkali akan ada kesilapan ejaan).

.


Sebaliknya yang berlaku untuk Q2. Kita boleh menyelesaikan tugasan Q2 dengan baik kerana kita boleh fokus dan berfikir dengan tenang, bukannya hanya bertindak melulu terhadap apa saja yang datang.

.


Untuk kekal di kuadran Q2, gunakan kaedah 'Berhenti sejenak-Jelaskan-Tentukan Kaedah'  untuk menentukan secara rasional sama ada sesuatu tugasan itu PENTING. 

.


Sebagai contoh, sebelum membuka email yang baru, berhenti sejenak dan fikirkan:

 - Siapakah yang menghantar email?

 - Apakah subjek email?

 - Adakah perlu tindakan segera?

.


Jika jawapan kepada soalan terakhir adalah "Tidak", maka alihkan fokus anda kepada tugasan yang lain.




Sent from my iPhone

Sunday, August 13, 2017

Kidal


HARI KIDAL SEDUNIA

Semalam bila anak buah tag saya hari kidal sedunia baru saya tahu. Saya dan Ain Syafia Qutreenie antara yang dilahirkan kidal.

Pengalaman jadi insan yang kidal ni dulu-dulu menyebabkan saya dari kecik asyik kena tegur. Makan dan segalanya mesti tangan kanan supaya ikut sunnah.

Masa di sekolah dan belajar lebih banyak tentang agama, saya mula tanamkan azam untuk sepenuhnya menggunakan tangan kanan termasuk menulis.

Dalam banyak hal kita berjaya programkan minda, tapi ada ketika gagal juga. Ia berlaku di bawah separa sedar, walaupun kata orang alah bisa tegal biasa.

Bila dah ada anak, saya terapkan benda yang sama. Paksa anak-anak yang ala ala nak ikut kidal seperti saya agar sepenuhnya menggunakan tangan kanan.

Selalu dulu-dulu saya fikir, beruntung orang yang bukan kidal, otomatik bila makan dan minum mereka dapat pahala kerana ikut sunnah.

Namun ada yang malang, rata-rata ramai yang saya lihat walaupun bukan kidal tapi masih lagi minum menggunakan tangan kiri, bila menyuap makanan biarpun menggunakan sudu masih juga menggunakan tangan kiri.

Itulah hakikat hidup, kesedaram amat penting dalam apa jua. Saya tak salahkan mereka, mungkin penghayatan untuk mengikut sunnah itu tiada walaupun sentiasa kita dengar makan minum menggunakan tangan kiri itu amalan syaitan.

Kidal atau tidak, mari sama-sama kita hidupkam sunnah. Bagi yang kidal pasti ada banyak cabaran (hanya yang kidal lebih tahu).

Percayalah setiap azam dan kejayaan bagi menghayati dan menghidupkan sunnah pasti ada ganjaran di sisi Allah. Amiin.

Nota: Anda kidal? Boleh kongsi pengalaman😎😊

#jurnalUmmuAin
#travelogempayarjiwa
#harikidalsedunia


Sent from my iPhone