Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Wednesday, May 30, 2012
Tazkirah Sempena Family Day Alumni Maahad Muhammadi
Peraturan yang ada diterima dgn mudah.Bila2 masa kepimpinan adalah keperluan. Cari jawatan tidak tapi jika orang bagi maka perlu diambil tanggungjawab.
Dalam sejarah telah terbukti kepimpinan Rasulullah kemudian diwarisi oleh Khalifah Ar Rasyidin.
Ibnu Abbas dan Ibnu Umar merupakan pakar rujuk, mereka terpaksa menerima kepimpinan Yazid bin Muawiyyah.
Jadi prinsip kepimpinan pangkat jangan dicari,namun jika diberi tanggungjawab perlu dipikul.
Pemimpin pula perlu kepada ahli yang dibarisi pelbagai lapisan masyarakat. Selain itu ia perlukan dasar untuk menjadi pemangkin kepada keutuhan sesuatu masyarakat. Terakhirnya adalah wilayah atau persempadanan.Dalam konteks Islam ia merujuk kepada syahadah. Maknanya sesiapa yang mengaku Allah yang esa dan Muhammad pesuruh Allah maka kita semua adalah bersaudara.
Tazkirah oleh
Ustaz Che Ibrahim
Pen.Pendaftar KUIS
30.Mei.2012
Maghrib
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, May 29, 2012
Tips Menahan Rasa Marah
Memperkatakan tentang sifat marah, rata-rata kita memilikinya, tinggal lagi ia marah yang biasa-biasa, atau marah yang bersangatan hingga boleh mencederak diri dan juga orang sekeliling. Sifat marah ini disebut sebagai nafsu Ammarah. Nafsu marah yang menguasai diri biasanya tidak dapat dikawal oleh sesetengah inidividu. Namun ada pelbagai reaksi marah yang ditonjolkan oleh pemiliknya, ada yang bila marah semua benda dilepmarkan, ada juga yang memnunjukkan tanda marah dengan menunjukkan memek muka sama ada menebik bibir, menjengilkan mata, mengerakkan misai, keing dan sebagainya. Ada juga yang menangis apabula terlalu marah, tak kurang juga yang menjerit-jerit serta memaki hamun dan menyumpah seranah bila perasaan diluar kawalan. Paling bagus ada yang marah tetapi boleh mampu tersenyum.
Marah amat sinonim dengan kekuatan jiwa dan kesabaran diri seorang individu. Jika seseorang itu sabar maka dia mampu menahan kemarahannya, jika tidak sabar maka segala bentuk kemarahan akan ditunjukkan untuk menyatakan perasaanya. Marah juga tentunya bersebab, ada orang dengan sebab yang biasa sudah boleh melenting adaj uga orang yang jarabng marah tetapi bila ada perkara yang amat sensitif padanya, maka perasaan marah tersebut tidak dapat dibendung lagi. Bagi menangani sifat marah ini ada banyak tips yang boleh digunakan atau diaplikasikan kepada diri kita antaranya:
Sebelum timbulnya perasaan marah:
- Banyakkan zikir dan tahmid
- Perbanyakkan solat sunnat
- Menjaga amalan fardhu
- Menjaga sikap dan tingkahlaku
- Banyak berlapang dada dan berfikir postif
- Sentiasa memberi maaf
- Elakkan berdendam
- Selesaikan masalah yang ada(unfinished business)
- Sentiasa berterus terang jika ada sesuatu yang inign dinyatakan
- Muhasabah diri
- Jika dalam keadaan sedang marah,
- maka jika anda sedang berdiri eloklah duduk
- Membasuh muka
- Mengambil wuduk
- Beristhgfar
- Solat taubat
- Bertafakkur sejenak
- Gigit lidah supaya anda tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak baik
- Mandi
- Minum air sejuk
Sunday, May 27, 2012
Hikmah Ditimpa Kesakitan
Alhamdulillah, sudah empat hari diuji dengan sakit gusi dan sekarang ini sudah semakin sembuh. Kesakitan ini menyebabkan susahnya untuk makan dan menelan baik air mahupun makanan. Apalagi rasa tidak mahu bercakap. Tapi terpaksa juga membuka mulut kalau tidak mana mungkin meneruskan pengajaran.
Tiap kali mendapat sakit saya pasti, ini kerana Allah ingin menambahkan pahala atau menghapuskan dosa. Terfikir juga jika unutk menambah pahala tidak mengapa, tapi jika untuk menghapuskan dosa, apalah dosa diri ini? Bila menghitung memang banyak, adakala tidak sengaja atau mungkin ada yang sengaja. Conoth mudah.. lambat menunaikan solat walaupun tidak sampai 15 minit dek kerana mengadap internet pun di kira berdosa juga. Menonoton TV dan melihat perkara yang tidak berfaedah pun berdosa juga... atau... tercakap hal-hal orang lain seperti bila melihat akhbar.. mendengar berita..mulut ini mahu juga menyampuk.. hmm itulah manusia.. seringkali melakukan khilaf. Apapun kekhilafan dan dosa apa yang penting elakkan diri dari melakukan dosa besar.. bukan bermakna dosa kecil tidak perlu dielakkan. Dosa kecil atau besar semuanya perlu kita jauhi. Namun lebih mudah kita jauhi dosa besar dari dosa kecil. Dosa kecil juga bukan boleh dilihat enteng kerana bila banyak dosa kecil maka ia akan menjadi bertimbun...
Perkara paling baik untuk kita adalah sentiasa muhasabah, beristhgfar memohon keampuanan darinya atas segala kesilapan yang telah berlaku, baik yang sengaja atau tidak sengaja kerana hakikatnya mkita manusia sering terlupa dan terleka. Keimanan kita ada masa bertambah dan berkurang, oleh itu kita perlu sentiasa menjauhkan diri dari perkara-perkara yang menjebakkan diri ke arah kemaksiatan. Maka bila ditimpa kesakitan setidaknya kita tahu Allah masih sayang pada kita.
Wallahuaalam
Friday, May 25, 2012
Percutian Keluarga Sempena Cuti Sekolah
Hari ini adalah hari terakhir persekolahan, manakala di negeri Pantai Timur pelajar dan guru sudah mula bercuti hari ini. Seronok apabila tibanya cuti sekolah kerana ramai ibu bapa mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung, berjalan-jalan membawa keluarga makan angin serta menghadiri kenduri kendara yang pastinya diambil sempena cuti sekolah.
Anak-anak sendiri pasti sibuk bertanya cuti kali ini akan kemana. Contoh anak saya Ieman sudah bertanya awal-awal lagi sama ada cuti sekolah kami pulang ke kampung atau tidak. Walhal dia baru saja pulang dari umrah dan makan angin di Turki. Namun pertanyaan itu muncul kerana ia sudah menjadi budaya apabila cuti sekolah pasti ada destinasi yang dekat atau jauh atau juga sekadar balik kampung juga sudah memadai bagi anak-anak.
Meriahnya cuti persekolah kerana ada ramai ahli keluarga akan berkumpul dan mengambil peluang balik ke kampung. Ada juga yang mengadakan family day untuk syarikat atau juga ahli keluarga. Apapun program cuti yang dirancang ia sudah pasti bermatlamat mendekatkan hubungan antara ahli keluarga serta menikmati cuti bersama. Namun dalam keadaan semua orang sibuk untuk bercuti, ada juga yang tidak bernasib baik kerana tidak dapat bercuti keran ibu bapa tiada cuti. Ada juga ibu bapa sibuk memanjang dari awal tahun hingga hujung tahun, alasan mereka bukan hanya tiada cuti tetapi ada urusan perniagaan yang langsung tidak dapat ditinggalkan walaupun satu hari. Keuntungan atau urusan kerja lebih penting dari segala-gala.
Dala hal ini sering saya katakan, jika kita sibuk, carilah ruang masa atau keadaan yang kita kurang sibuk, Peruntukkan masa untuk bersama anak-anak biarpun tidak lama. Saya percaya semua ibu bapa yang bekerja sibuk, namun ia terpulang kepada bagaimana kita mengedalikan masa tersebut. Jika kita mementingkan hubungan keluarga, masa untuk dinikmati bersama kelaurga, bercuti untuk menjenguk ibu bapa di kampung atau memberi ruang kepada diri unutk istirehat setelah penat bekerja, maka ia masa itu perlu dicuri. Masa itu perlu direbut dan masa itu perlu dicari. Lakukan sedikit penrgorbanan, jika kita ada masalah kewangan, maka rancanglah dari awal untuk menabung atau menyimpan sedikit duit agar boleh diguankan unutk menikmati percutian.
Hendak seribu daya, tidak hendak satu alasan sudah cukup menggagalkan perancangan dan impian.
Wallahuaalam
Wednesday, May 23, 2012
Hakikat Poligami
Setiap kali bercerita di FB dikalangan kawan-kawan lama terutamanya dikalangan Muslimin, sudah pasti tajuk dan fokus akan seringkali beralih kepada poligami. Mungkin lelaki yang berusia mencecah 40 an lebih seronok bercerita unutk tambah isteri, manakala wanita pula lebih suka unutk bercerita bagaimana menjaga penampilan diri.
Sememangnya isu poligami tidak digemari oleh ramai para isteri terutamanya apabila suami meminta untuk kahwin lagi. Alasan mereka suami mereka tidak layak kerana kewangan bukanlah stabil mana, bahkan dek kerana isteri bekerja maka mereka boleh menarik nafas lega. Manakala suami pula merasa diri berkemampuan sementelah ada rakan-rakan yang kuat mendorong. Segelintir suami merasa diri hebat apabila boleh kahwin dua @ tiga.
Monogami atau poligami, pastinya ada himah tersendiri, namun saya perhatikan ada ramai yang agamanya tidak seberapa lebih dulu menempa bahagian dalam poligami walhal, isteri yang satu serta anak-anak yang ada belum cukup ditarbiyaah, itu belum masuk diri sendiri yang solat lima waktu pun tidak kecukupan. Lelaki begini wajarkah menambah isteri? Memang betul wang ringgit berjuta-juta, pendeka kata saraan isteri tua dan muda beres belaka. pelru diingat kemampuan bukan duit ringgit semata. Suami memikul tanggungjawab yang berat dalam mendidik dan mentarbiyyah keluarga.Saya tidak anti poligami, poligami itu bagus kerana ada banyak penyelesaian keluarga yang ada disitu, namun cara dan praktis poligami itu yang banyak kesilapan sehingga ia mencalar poligami itu sendiri.
Memetik kata-kata seorang sahabat saya:
Tuesday, May 22, 2012
Fenomena Ustaz Don; Ikhlas Menuntut Ilmu
Sudah dua hari berturut-turut saya melihat siri ke-100 30 Minit Ustaz Don. Apa yang boleh saya perkatakan memang jelas seseorang yang ikhlas dalam sesuatu perkara terutamanya dalam menyebarkan dakwah dan ilmu agama pasti akan mempunyai aura tersendiri. Sementelah Ustaz Don seringkali menuturkan bahawa menuntut ilmu itu perlu kerana Allah.Maka apabila keikhlasan menuntut ilum itu bertunjang di hati ia akan memberi impak kepada inidividu itu sendiri serta orang lain disekililingnya.
Kita perhatikan, kenapa pelajar-pelajar yang ilmunya tinggi mengunung baik dari segi akademik, mahupun agama namun apabila kita perhatikan ada yang hanya tahu tetapi tidak mempraktikkan ilum yang dipelajari. Ilmu yang berkai biar sedikit atau banyak ia boleh diamalkan oleh empunya diri serta boleh dikongsi dengan orang lain. Itulah sebaik-baiknya.
Malang juga pada setengah pelajar, saat diri menjejak kaki ke univerisiti mereka berimpian satu masa akan mengengam ijazah dan mendapat pekerjaan yang hebat. Mereka lupa bahawa pencarian kepada ilmu bukan letak pada pekerjaan semata-mata. Sepatutnya kita menyerahkan itu kepada kehendak Allah. Betul manusia perlu beriktiar, dan salah satunya belajar tinggi-tinggi supaya mendapat jaminan pekerjaan. Walhal ilmu itu perlu diletakkan ditempat yang utama, dari situ akan timbulnya keikhlasan unutk belajar.
Saya bertemu dengan ramai insan yang hebat seperti Us Don. Mereka ini terlebih dulu menimba ilmu akhirat (ukhrawi)dan dalam masa yang sama menimba ilmu dunia (duniawi). Mereka tidak takut kepada tiada pekerjaan, bahkan kebergantungan kepada Allah itu amat tinggi. Hasilnya mereka ini mendapat rezeki yang berkat dan melimpah ruah.
Kita lihat, ada setengah ibu bapa begitu takut menghantar anak-anak ke sekolah agama kerana bimbang, anak-anak tidak mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik. Pada mereka anak tidak pandai membaca al-Quran tidak mengapa, asal anak bijak mengira arif tentang sains. Kononnya mereka yang bersekolah agama itu fanatik atau kolot. Pada saya tidak mengapa jika ada yang berpandangan demikian, saya lebih takut jika telah memejam mata anak-anak inign membaca yassin pun tidak tahu apalagi solat jenazah ibu bapa mereka.Alhamdulillah kesedaran ibu bapa saya, saya di hantar ke sekolah agama, maka saya juga bebruat demikian unutk anak-anak saya. Ia bukanlah jaminan 100% anak kita akan cemerlang dunia akhirat, namun kita berikhtiar ke arah itu.
Bagi pelajar atau inidividu yang ditakdirkan mempunyai keluarga yang agak bersimpang pemikiran mereka tentang agama, atau menjadi Muslim sebagai gelaran tidak pada amalan, anda belum terlambat unutk mencari... Hidayah Allah itu bagi yang ingin, bagi yang mahu. Moga Allah sentiasa merahmati hidup kita dan kita menjadi umat yang terbaik.
Wallahuaalam.
Sunday, May 20, 2012
Antara Masa dan Kehidupan
Pejam celik-pejam celik esok dah masuk bulan Rejab, dua bulan lagi jika diizinkan Allah, maka akan datang bulan Ramadhan. Alangkah cepat masa berlalu, namun bila difikirkan adakah sepantas itu juga amalan kita bertambah dari sehari-ke sehari. MashaAllah rasa kerdilnya diri, kerana amat merasa banyak lagi amalan yang belum dipenuhi, jika ada yang sudah diperbuat terasa belum sempurna. Itulah yang dikatakan Masa dan kehidupan.
Manusia sering sibuk dengan urusan dunia, sibuk mencari material, sobuk menyempurnakan fizikal pada diri, sibuk memikirkan tetang keadaan diri dunia. Kenyataannya kita seringkali lalai memikirkan keadaan kita diakhirat nanti, hingga menyebabkan kita leka. Kita mengejar dunia tidak berhenti, tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada. Dengan itu kita juga sering memberikan alasan, sering menangguhkan kebaikan yang akan dilakukan kerana merasa diri masih punya kesempatan. Walhal usia, masa dan segalanya adalah milik Allah.
Setiap kali diberi sesuatu kita perlu bersyukur, namun pernahkan kita tanya diri kita ini kesyukuran itu adakah sekadar menyebut Alhamdulillah semata, atau sebutan kesyukuran itu disusuli pula dengan perbuatan yang melambangkan rasa syukur yang bersangatan kita kepada Allah. Ia umpama kita mendapat sesuatu perkara yang dinanti dalam hidup, ibarat impian telah tercapai, alangkah bagus kita menyebutkan tahmid puji-pujian padanya, bersujud tanda syukur padanya, serta memberikan sedekah kepada yang memerlukan maka itulah sebaik kesyukuran.
Kehidupan dan masa dua perkara yang menjadi intipati matlamat memenuhinya untuk mencapai keredhaan Allah. Kita ingin memenuhi keperluan kepada masa dan kehidupan itu untuk memberi manfaat kepada insan, dengan itu ia menjadi bekalan pada kehidupan di SANA nanti.
Pesanan buat diri ini yang sering leka dan lagha dalam syurga sementara dunia, unutk mengisi masa yang ada di kehidupan ini dengan sebaik mungkin, masa yang ada ingatan hanya padaNya, segala perbuata hanya mencari kebaikan padaNya, segala pertuturan berkata hanya pesananNya. Alangkah iman ku Ya Rabb adakala bertambah adakala berkurang kupohon HidayahMu ya Rabb. Moga datangnya Rejab, disusuli Syaaban dan hadirnya Ramadahan, berilah aku peluang untuk menikmati suasanan itu dan beribadat kepadaMu dengan terbaik, lebih baik dari sebelumnya.
Ameen.
Melihat sesuatu dengan positif
Saturday, May 19, 2012
Manfaatkan Usia Muda Sebelum Tiba Hari Tua
Kenapa perlu manfaat semasa muda? Mudah sahaja kerana bila datang usia tua segala kudrat semakin berkurang, memberi halangan untuk beribadat. Masa muda semangat masih membara,masa lebih panjang walaupun kematian tiada mengenal siapa.
Waktu muda ini adalah saat untuk menimba ilmu sebanyak mungkin, jika diusia tua baru ingin belajar solat,baru merasa insaf untuk kembali kepada agama kerana merasa usia tua adalah ketikanya. Jika kita ada kesempatan untuk bertaubat Alhamdulillah.
Realitinya dewasa ini ramai remaja/belia Muslim kita tersasar dari ajaran Islam.Mereka leka dengan hiburan,suka dengan cara hidup bebas, mengejar material dan kebendaan.
Menangani cabaran ini remaja atau belia perlu disuntik dengan kefahaman aqidah yang jelas,Mereka perlu ditarbiyyah tentang matlamat sebenar kehidupan.Ini terbukti bila seseorang remaja jelas kefahaman tentang Islam,ia menjamin ke arah kelansungan hidup yang memanfaatkan masa muda dengan sebaik-baiknya.
Ingatlah,masa yang berlalu tidak akan kembali oleh itu para remaja/belia perlu menggunakannya dengan bijak, mengatur kehidupan serta mengabdikan masa tersebut mencari Mardhatillah.
Wallahuaalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, May 17, 2012
Hukum Menyimpan Kuku
Semalam saya beratur di pejabat pos menunggu untuk membayar bil. Waktu itu saya terlihat seorang pelajar yang bertudung bersama dua orang temannya berada dikaunter. Apa yang mengejutkan saya pelajar tersebut mewarnakan kukunya dengan warna keemasan. Saya cuba untuk tidak buruk sangka kerana tahu mungkin dia berada dalam hadas...
Persoalan saya:
Apa perlunya dia mewarnakan kuku seperti orang bukan Islam.
Adakah dia merasa bangga dengan mewarnakan kuku?
Mungkin merasa diri berhak kerana dalam hadas, tetapi dimana kewajarannya?
Sedarkah dia bahawa itu satu bentuk "tabarruj" atau berhias?
Dalam hal ini ada juga wanita yang gemar menyimpan kuku. Mungkin merasa cantik memiliki kuku panjang. Namun ia tidak melambangkan ciri seorang wanita Islam kerana Islam menyuruh umatnya menjaga kebersihan. Memotong kuku termasuk di dalam perkara-perkara yang dituntut oleh agama membersihkannya. Ini dijelaskan dalam Hadith Nabi Muhammad yang bermaksud: "Dari Abu Hurairah r.a, katanya:
Bersabda Rasulullah saw perkara dari tuntutan agama iaitu bersunat, mencukur bulu ari-ari,memotong kuku,mencabut bulu ketiak dan menggunting misai".
berdasarkan hadith di atas, amat jelas kepada kita bahawa seharusnya setiap muslim baik dari kalangan lelaki atau perempuan perlu melaksanakan tuntutan Islam iaitu menjaga kebersihan, ini termasuk menjaga kebersihan setiap aspek sama ada anggota badan, pakaian, makanan, tempat tinggal atau persekitaran. Ini termasuklah menjaga kebersihan kuku termasuk memotongnya apabila telah agak panjang. Ini penting bagi menyahut seruan Islam sebagaimana Nabi saw bersabda:
"Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman"
Oleh itu, bagi wanita percayalah kecantikan bukan unutk ditonjol, kecantikan dalaman itu sendiri lebih berharga dari kecantikan luaran. Kerana itu berusahalah unutk mencantikkan hati dan jiwa. Kerana kecantikan jiwa menarik ramai orang kepada kita.
Wallahuaalam
Wednesday, May 16, 2012
Cabaran Mengajar dan Belajar
Setelah balik dari Turkey, batuk-batuk dan selesema serta kepenatan masih terasa. Namun hari pertama tiba sudah terpaksa berkejar ke kelas untuk memastikan kelas terakhir bersama pelajar semester ini dapat dikongsikan perkara yang penting. Masa amat pantas berlalu sekejap sahaja sudah penghujung semester. Selesai peperikasaan bermula akhir bulan ini maka semester baru akan bermula. Namun dalam keadaan pelajar-pelajar seronok kerana semester akan berakhir, saya dikejutkan dengan seorang pelajar yang tidak hadir ke kelas sudah dua kali berturut-turut. Saya dimaklumkan bahawa pelajar ini diserang "mild stroke" gara-gara stress dengan sambung belajar.
Mengetahui hal ini saya merasa amat simpati kepada beliau. Memang diakui sambung belajar sambil bekerja sudah pasti banyak beban dan komitmen terpaksa dipikul. Sementelah pekerjaan sebagai guru zaman ini penuh dengan cabaran dan tidak sama dengan dulu. Ada yang berjaya hingga ke penyudah, ada yang terkandas dipertengahan jalan oleh pelbagai sebab. Namun masing-masing ada cerita dan pengalaman tersendiri.
Saya sendiri melalui dan merintis jalan yang sama hinggalah ke tahap PhD, memang ia amat sukar, lebih-lebih lagi kita yang bergelar ibu. Adakala kesukaran itu hanya Allah yang boleh membantu kita. Tidak ada pertolongan hamba, tidak dapat dirasa oleh orang yang hampir dengan kita. Saya teringat kata-kata seorang pensyarah yang banyak membantu saya sewaktu misi terakhir menghantar tesis PhD, katanya "Phd is a Lonely Journey". Saya amat bersetuju dengan beliau kerana beliau telah melalui proses yang sama.
Berbalik kepada permasalahan dan cabaran sewaktu belajar dan bekerja hingga memberi tekanan kepada diri boleh di atasi jika kita mampu menjadi lebih tenang, tidak panik, tidak melihat sesuatu tugasan sebagai satu perkara yang besar. Selain itu perlu banyak berkongsi dengan rakan-rakan sepengajian. Pengalaman sendiri, rakan adalah sokongan terbaik begitu juga keluarga saat kita berdepan dengan cabaran. Jika ada masalah jangan dipendam, berusahalah untuk melihat sesuaut perkara itu dengan positif. Selain itu banyakkan berdoa kepada Allah agar diberi kesabaran dan kekuatan dalam memikul segala tanggungjawab baik di tempat kerja mahupun pelajaran.
Ingatlah, untuk mencapai sesuatu yang berharga itu perlukan satu pengorbanan yang besar.
Tuesday, May 15, 2012
Selamat Hari Guru
Seawal pagi dan dari semalam banyak ucapan diterima sempena sambutan hari guru. Indahnya menjadi guru biarpun platform sudah berbeza namun tugasan masih sama. Jika dulu mengajar pelajar menjadi insan berilmu,dan sekarang mendidik insan yang berilmu untuk lebih mantap ilmunya menjadi pendidik yang cemerlang.
Manisnya menyandang jawatan ini. Mungkin tidak glamour sebagaimana profession yang lain namun ada nilai yang besar padanya. Apa yang penting warga pendidik perlu sentiasa menambah ilmu,meningkatkan integriti,menjaga syaksiah dan tingkahlaku. Ini dapat memastikan warga pendidik akan sentiasa disanjung dan dihormati.
Selamat Hari Guru 2012
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, May 10, 2012
Anak nakal ujian Allah untuk ibu bapa
Kisah Dicelah-celah kehidupan semalam mendengar keluh kesah seorang bapa yang diuji Allah menerima anak yang menagih dadah, terjebak dengan judi serta arak. walhal anak pada awalnya bijak, berjaya hingga ke universiti namun akhirnay gagal dan terkandas. Bila begitu keadaanya dia pula menyusahkan ibu bapa serta keluarga. Si bapa diakhir perkongsian bertanya, kenapa dia diberi ujian sebegitu walhal dia telah mendidik dan mengasuh anaknya dengan terbaik, dia sendiri tidak pernah tinggal solat dan sering melakukan apa yang disuruh. Kenapa tidak ibu bapa yang tidak solat yang menerima ujian sepertinya.
Membaca kisah kehidupan si ayah yang sedih dengan kelakuan si anak, mengingatkan saya pada anak-anak yang sedang membesar. Doa dan harapan saya agar anak-anak sentiasa ditetapkan iman. Memang apa yang dialami oleh si ayah tersebut adalah ujian dari Allah. Ini umpama seorang isteri/suami yang baik,warak serta soleh/hah tetapi mendapat pasangan yang sebaliknya. Sebagaimana kisah Aishah dan Firaun, seperti kisah Lut dan isterinya, seperti Nabi Ibrahim dan anaknya. Semua itu ada hikmah yang tersembunyi, sudah pasti akan ada ganjaran yang menanti jika mereka bersabar.
Wallahuaalam.
Sehari di Kusadasi: Bila institusi masjid tidak berfungsi sebagaimananya...
Moga kita sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah. Sudah hampir berminggu saya tidak berkongsi di sini, rindu rasanya. Namun kerana kekangan masa dan juga masalah internet yang sering tidak menentu terutama sewaktu di Mekkah dan Medinah maka baru hari ini saya berkesempatan. Alhamdulillah semalam selesai misi, iaitu membentangkan kertas kerja yang berlangsung di Summerli Hotel barulah saya perasaan saya lega. Sebaik selesai segala urusan, saya beserta suami dan anak-anak menaiki bas yang disediakan pihak hotel unutk ke Kusadasi.
Kusadasi ialah salah satu kawasan percutian yang cantik di Turki. Ia mempunyai banyak teluk, dan juga kawasan peranginan yang amat cantik. Pengunjung di Kusadasi rata-ratanya dari Barat. Kawasan ini majoritinya penduduk Islam, namun gaya hidup mereka seperti pengunjung Barat. Bezanya mereka lebih cantik dan kulitnya lebih halus. Oleh itu mudah untuk mengecam wajah-wajah mereka.
Kusadasi sememangnya tidak jauh beza dengan kawasan Pantai Mediteranen yang lain kerana lokasinya memang amat menarik. Saya berkesempatan berkunjung ke kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan cenderamata, kulit, seramik dan pelbagai lagi barangan buatan dari serata Turki. Saya tidaklah begitu teruja unutk membeli kerana sebelum ini kami pernah berkunjung ke Istanbul beberapa tahun sebelumnya. Jadi ada beberapa cenderhati telah pernah dibeli termasuk barangan kulitnya. Oleh itu berjalan-jalan di sekitar bandar Kusadasi saya ingin mencari sesuatu yang unik yang sesuai unutk dibawa pulang sebagai kenangan.
Saat menyusur bandar lama Kusadasi, kami lalu disebuah masjid. Apalagi kaki terus melangkah masuk ke ruangan masjid, namun keana masjidnya berkunci kami tidak dapat melihat suasana dalam masjid. Seorang lelaki tu yang sedang beristirehat di depan masjid menyatakan masjid akan dibuka pada waktu solat sahaja iaitu selama setengah jam. Oleh itu kami terpaksa menunggu hamipr satu jam unutk bersolat. Memandangkan zohor akan masuk satu jam lagi maka masa yang ada kami berjalan-jalan disekitar bandar lama Kusadasi.
Sewaktu lalu disebuah kedai aksesori, kami dijemput masuk oleh pemilik kedai unutk melihat barangan jualannya. Kerana ramahnya orang-prang Turki yang tidak putus-putus sepanjang jalan menegur dan memberi salam kepada kami, lalu kami singgah dikedai tersebut. Kedai ini menjual aksesoari wanita yang mengukir lambang "nazar". Menurut kepercayaan orang-orang Turki lambang itu boleh menghindarkan kuasa jahat atau "evil". Begitu kuatnya kepercayaan kurafat yang telah bersarang dalam minda kebanyakan orang-orang Turki. Saya hanya mendengar namun sempat juga mencelah bahawa segala kebaikan dan keburukan adalah dari ketentuan Allah. Tidak perlu sebarang azimat atau tangkal. Sebagai mengambil hati aksesori itu saya beli, namun yiada sekkelumit unutk menhgindar syaitan dengan perkara tersebut, bagi saya ia sekadar sesuatu yang unik sahaja.
Menurut wanita yang menjual aksesoari tersebut dia berasal dari Istanbul, dan berkahwin dengan suaminya yang berasal dari Kusadasi, bahkan kedai yang mereka miliki itu sudah turun temurun dari datuk/nenek suaminya. Sejurus itu kami singgah disebuah kedai yang menjual baju dan juga pakaian buatan tangan Turki. Pemiliknya sebaik melihat kami terus teruja menyatakan bahawa beliua baru tiga hari balik dari Kuala Lumpur, apalagi dia berkongsi pelbagai perkara yang baik tentang Malaysia terutamanya keramahan orang-orang Malaysia.
Sedang sibuk membelek barangan azan berkumandang, maka kami bergegas ke masjid kerana masa yang ada amat singkat. Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Bani Seljuk iaitu pada tahun 1618, ia diberi nama Kalaichi. Ia tidaklah terlalu besar kerana dibina ditengah-tengah bandar lama Kusadasi yang telah beroperasi menjadi pusat jualan, namun ia memadai untuk menampung jumlah jemaah yang tidak ramai berkunjung ke masjid unutk solat, bahkan kebanyakan yang bersolat golongan yang berusia. Ruang unutk wanita disediakan berasingan, oleh itu saya tidak berkesempatan masuk ke dalam masjid. Selesai bersolat, saya berdiri diluar pintu masjid dan menjengok ke dalam unutk melihat suasana didalamnya. Seeaktu itu imam masih ada dan sedang bertahmid. Setelah ramai jemaah keluar maka baru saya masuk ke dalam unutk melihat ruangan masjid yang damai dan tenang.
Sewaktu suami dan anak saya keluar dari masjid kami ditegur oleh seorang lelaki Turki yang memakai pakaian yang agak bergaya. Usianya juga sekitar 40an. Lalu kami rakamkan kenangan bersamanya. Dia begitu teruja melihat kami dan merasa gembira melihat anak saya yang berusia 10 tahun bersolat bersama. Apabila mengetahui saya sebenarnya menghadiri Conference Psychologi dan Kauselimg amak dia amat berkeinignan untuk mengetahui lanjut terutama konsep dan pemahaman dari sudut Islam.
Kami dibawa makan tengahari oleh saudara Aziz disebuah restoran dan di situlah kami berdiskusi tentang pelbagai perkara iaitu dari perspektif Psikologi dan Kaunseling Islam hinggalah kepada aqidah dan ibadat dalam Islam. Realitinya dia baru beberapa tahun jatuh cinta dengan Islam, itupun kerana pencarian unutk penyelesaian masalah kerana isterinya menghadapi masalah depression. Sudah 10 tahun berkahwin dan mereka tidak memilik zuriat. Lalu kekecewaan itu berlarutan hingga kepada perkara-perkara lain.
Sebenarnya saya tidak menyangka pertemuan ini sebenarnya memberi rahmat unutk kami berkongsi kepada masyarakat Turki yang masih lagi daif akan konsep Islam. Mereka ini begitu bersifat liberal, rata-rata mereka tidak bersolat, bahkan Aziz dia terpaksa solat jamak kerana waktu asar dia tidak dibenarkan keluar, bahkan ada masa waktu Magribnya tercicir kerana kesibukan bekerja. Bahkan di pejabatnya tiada ruangan unutk solat, dan bila seseorang itu bersolat ia dilihat sebagai fanatik agama. Memandangkan Kusadasi adalah bandar pelancongan maka cara hidup mereka sudah seakan warga Barat, hanya yang membezakan mereka adalah nama kerana aqidah mereka masih lagi Islam... biarpun sekadar pada nama...
Bersambung....
Wallahuaalam.
Thursday, May 3, 2012
Pengajaran di Tanah Suci
Hari ini seawal 2 jam saya sudah sedia berada ditengah-tengah dataran Masjidil Haram. Waktu itu setelah selesainya tahajjud saya terfikir untuk tawaf sunat.Maka saya tinggalkan beg,barang-barang dibawah jagaan kawan yang juga berada di kawasan tersebut. Hanya tasbih yang dibawa sebagai peneman. Jika sebelum ini saya sering berkepit dengan buku doa namun untuk kali ini saya lebih suka menggunakan saat tawaf untuk membaca Al-Quran.
Oleh kerana waktu puncak,orangnya pula Begitu ramai.Umrah kali ini saya dapati keadaannya seperti musim haji.Maka apabila tawaf yang bersifat ibadat fikliyyah (perbuatan) maka lebih baik dijaga tatacara ibadat tersebut.
Apa yang ingin dikongsi cerita adalah tentang doa.Apabila selesai tawaf, saya kembali ke tempat kawan berada,ternyata semua mereka tiada. Apapun saya terfikir bagaimana mencari mereka dalam lautan manusia,sementelah tiada tempat khusus yang saya ketahui biasa mereka duduk.
Lalu masa menunggu subuh saya panjatkan doa agar dipertemukan dengan mereka. Saya memujuk hati bahawa setiap sesuatu itu dari Allah. Membayangkan semua duit ringgitn telefon,kasut dll berada dlm beg tersebut saya cuba untuk husnuzhan.
Saya yakin akan bertemu mereka. Setelah selesai subuh, orang ramai sudah beransur pulang,lalu saya menganjak ke dataran. Namun terdetik niat dihati,jika kawan tersebuit tidak ditemukan maka saya pasrah.Apa yang penting saya ingin menghayati masa selepas subuh dgn melihat kaabah.
Waktu berjalan hampir ke arah tangga,Masya Allah saya terserempak dengan rakan yang diamanahkan menjaga beg tersebut. Berpelukan kami kerana gembira dan tidak menyangka Allah mempertemukan kami dalam lautan manusia yang jika difikir mustahil untuk bertemu.
Sedang kami bertiga berkongsi kegembiraan,kawan seorang lagi hilang dicelah lautan manusia. Sampai sudah tidak bertemu.Bila sampai di hotel kami dimaklumkan sahabat tersebut dia pulang berkaki ayam. Padahal saya yang sepatutnya orang pertama pulang berkaki ayam jika tidak ketemu rakan tersebut. Itulah keadaan di Tanah Suci. Allah memakbulkan banyak perkara dan ada setengahnya perkara yang baik@tidak baik ibarat diberi secara CASH.
Wallahuaalam
Wednesday, May 2, 2012
Memberi Ruang Dan Peluang
Seperti biasa sewaktu tiba waktu solat maka tempat duduk pastinya menjadi rebutan terutama tempat yang selesa dan dapat melihat Kaabah.Bagi yang ingin duduk di tempat terpilih dan selesa maka rata-rata akan datang sejam atau dua jam lebih awal. Namun ada juga yang datang lambat menyelit-nyelit dicelah keramaian. Maka akan berlaku rebut merebut tempat. Ada yang baik menginjak memberi ruang untuk rakan seMuslim. Ada juga yang tidak mahu memberi peluang kerana merasa tidak adil bagi yang datang lambat.
Sebenarnya itulah sisi kehidupan realiti sebenar.Dalam hidup kita perlu mengejar peluang dan memburu kesempatan. Moga dengan memberi ruang Allah melapangkan ganjaran lain buat kitam
Wallahuaalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku
وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah
ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku & terasa sempit perjalananku
جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu
فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu & keampunanMu adalah merupakan rahmat & kemuliaan
ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku
ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah & ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)
عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu
فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka
فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut & mengingati Rabbnya
وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu
يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta & berharap
كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung & memohon
أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu
وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar
فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu & di saat ku lelap, aku berharap
تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat & berulang-ulang
فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu & kini
وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) & lebih mulia
Dipetik dari FB