Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, May 10, 2012

Anak nakal ujian Allah untuk ibu bapa



Kisah Dicelah-celah kehidupan semalam mendengar keluh kesah seorang bapa yang diuji Allah menerima anak yang menagih dadah, terjebak dengan judi serta arak. walhal anak pada awalnya bijak, berjaya hingga ke universiti namun akhirnay gagal dan terkandas. Bila begitu keadaanya dia pula menyusahkan ibu bapa serta keluarga. Si bapa diakhir perkongsian bertanya, kenapa dia diberi ujian sebegitu walhal dia telah mendidik dan mengasuh anaknya dengan terbaik, dia sendiri tidak pernah tinggal solat dan sering melakukan apa yang disuruh. Kenapa tidak ibu bapa yang tidak solat yang menerima ujian sepertinya. 


Membaca kisah kehidupan si ayah yang sedih dengan kelakuan si anak, mengingatkan saya pada anak-anak yang sedang membesar. Doa dan harapan saya agar anak-anak sentiasa ditetapkan iman. Memang apa yang dialami oleh si ayah tersebut adalah ujian dari Allah. Ini umpama seorang isteri/suami  yang baik,warak serta soleh/hah tetapi mendapat pasangan yang sebaliknya. Sebagaimana kisah Aishah dan Firaun, seperti kisah Lut dan isterinya, seperti Nabi Ibrahim dan anaknya. Semua itu ada hikmah yang tersembunyi, sudah pasti akan ada ganjaran yang menanti jika mereka bersabar. 


Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment