Sudah dua hari berturut-turut saya melihat siri ke-100 30 Minit Ustaz Don. Apa yang boleh saya perkatakan memang jelas seseorang yang ikhlas dalam sesuatu perkara terutamanya dalam menyebarkan dakwah dan ilmu agama pasti akan mempunyai aura tersendiri. Sementelah Ustaz Don seringkali menuturkan bahawa menuntut ilmu itu perlu kerana Allah.Maka apabila keikhlasan menuntut ilum itu bertunjang di hati ia akan memberi impak kepada inidividu itu sendiri serta orang lain disekililingnya.
Kita perhatikan, kenapa pelajar-pelajar yang ilmunya tinggi mengunung baik dari segi akademik, mahupun agama namun apabila kita perhatikan ada yang hanya tahu tetapi tidak mempraktikkan ilum yang dipelajari. Ilmu yang berkai biar sedikit atau banyak ia boleh diamalkan oleh empunya diri serta boleh dikongsi dengan orang lain. Itulah sebaik-baiknya.
Malang juga pada setengah pelajar, saat diri menjejak kaki ke univerisiti mereka berimpian satu masa akan mengengam ijazah dan mendapat pekerjaan yang hebat. Mereka lupa bahawa pencarian kepada ilmu bukan letak pada pekerjaan semata-mata. Sepatutnya kita menyerahkan itu kepada kehendak Allah. Betul manusia perlu beriktiar, dan salah satunya belajar tinggi-tinggi supaya mendapat jaminan pekerjaan. Walhal ilmu itu perlu diletakkan ditempat yang utama, dari situ akan timbulnya keikhlasan unutk belajar.
Saya bertemu dengan ramai insan yang hebat seperti Us Don. Mereka ini terlebih dulu menimba ilmu akhirat (ukhrawi)dan dalam masa yang sama menimba ilmu dunia (duniawi). Mereka tidak takut kepada tiada pekerjaan, bahkan kebergantungan kepada Allah itu amat tinggi. Hasilnya mereka ini mendapat rezeki yang berkat dan melimpah ruah.
Kita lihat, ada setengah ibu bapa begitu takut menghantar anak-anak ke sekolah agama kerana bimbang, anak-anak tidak mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik. Pada mereka anak tidak pandai membaca al-Quran tidak mengapa, asal anak bijak mengira arif tentang sains. Kononnya mereka yang bersekolah agama itu fanatik atau kolot. Pada saya tidak mengapa jika ada yang berpandangan demikian, saya lebih takut jika telah memejam mata anak-anak inign membaca yassin pun tidak tahu apalagi solat jenazah ibu bapa mereka.Alhamdulillah kesedaran ibu bapa saya, saya di hantar ke sekolah agama, maka saya juga bebruat demikian unutk anak-anak saya. Ia bukanlah jaminan 100% anak kita akan cemerlang dunia akhirat, namun kita berikhtiar ke arah itu.
Bagi pelajar atau inidividu yang ditakdirkan mempunyai keluarga yang agak bersimpang pemikiran mereka tentang agama, atau menjadi Muslim sebagai gelaran tidak pada amalan, anda belum terlambat unutk mencari... Hidayah Allah itu bagi yang ingin, bagi yang mahu. Moga Allah sentiasa merahmati hidup kita dan kita menjadi umat yang terbaik.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment