Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, May 10, 2012

Sehari di Kusadasi: Bila institusi masjid tidak berfungsi sebagaimananya...

Salam Jumaat

Moga kita sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah. Sudah hampir berminggu saya tidak berkongsi di sini, rindu rasanya. Namun kerana kekangan masa dan juga masalah internet yang sering tidak menentu terutama sewaktu di Mekkah dan Medinah maka baru hari ini saya berkesempatan. Alhamdulillah semalam selesai misi, iaitu membentangkan kertas kerja yang berlangsung di Summerli Hotel barulah saya perasaan saya lega. Sebaik selesai segala urusan, saya beserta suami dan anak-anak menaiki bas yang disediakan pihak hotel unutk ke Kusadasi.

Kusadasi ialah salah satu kawasan percutian yang cantik di Turki. Ia mempunyai banyak teluk, dan juga kawasan peranginan yang amat cantik. Pengunjung di Kusadasi rata-ratanya dari Barat. Kawasan ini majoritinya penduduk Islam, namun gaya hidup mereka seperti pengunjung Barat. Bezanya mereka lebih cantik dan kulitnya lebih halus. Oleh itu mudah untuk mengecam wajah-wajah mereka.

Kusadasi sememangnya tidak jauh beza dengan kawasan Pantai Mediteranen yang lain kerana lokasinya memang amat menarik. Saya berkesempatan berkunjung ke kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan cenderamata, kulit, seramik dan pelbagai lagi barangan buatan dari serata Turki. Saya tidaklah begitu teruja unutk membeli kerana sebelum ini kami pernah berkunjung ke Istanbul beberapa tahun sebelumnya. Jadi ada beberapa cenderhati telah pernah dibeli termasuk barangan kulitnya. Oleh itu berjalan-jalan di sekitar bandar Kusadasi saya ingin mencari sesuatu yang unik yang sesuai unutk dibawa pulang sebagai kenangan.

Saat menyusur bandar lama Kusadasi, kami lalu disebuah masjid. Apalagi kaki terus melangkah masuk ke ruangan masjid, namun keana masjidnya berkunci kami tidak dapat melihat suasana dalam masjid. Seorang lelaki tu yang sedang beristirehat di depan masjid menyatakan masjid akan dibuka pada waktu solat sahaja iaitu selama setengah jam. Oleh itu kami terpaksa menunggu hamipr satu jam unutk bersolat. Memandangkan zohor akan masuk satu jam lagi maka masa yang ada kami berjalan-jalan disekitar bandar lama Kusadasi.

Sewaktu lalu disebuah kedai aksesori, kami dijemput masuk oleh pemilik kedai unutk melihat barangan jualannya. Kerana ramahnya orang-prang Turki yang tidak putus-putus sepanjang jalan menegur dan memberi salam kepada kami, lalu kami singgah dikedai tersebut. Kedai ini menjual aksesoari wanita yang mengukir lambang "nazar". Menurut kepercayaan orang-orang Turki lambang itu boleh menghindarkan kuasa jahat atau "evil". Begitu kuatnya kepercayaan kurafat yang telah bersarang dalam minda kebanyakan orang-orang Turki. Saya hanya mendengar namun sempat juga mencelah bahawa segala kebaikan dan keburukan adalah dari ketentuan Allah. Tidak perlu sebarang azimat atau tangkal. Sebagai mengambil hati aksesori itu saya beli, namun yiada sekkelumit unutk menhgindar syaitan dengan perkara tersebut, bagi saya ia sekadar sesuatu yang unik sahaja.

Menurut wanita yang menjual aksesoari tersebut dia berasal dari Istanbul, dan berkahwin dengan suaminya yang berasal dari Kusadasi, bahkan kedai yang mereka miliki itu sudah turun temurun dari datuk/nenek suaminya. Sejurus itu kami singgah disebuah kedai yang menjual baju dan juga pakaian buatan tangan Turki. Pemiliknya sebaik melihat kami terus teruja menyatakan bahawa beliua baru tiga hari balik dari Kuala Lumpur, apalagi dia berkongsi pelbagai perkara yang baik tentang Malaysia terutamanya keramahan orang-orang Malaysia.

Sedang sibuk membelek barangan azan berkumandang, maka kami bergegas ke masjid kerana masa yang ada amat singkat.  Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Bani Seljuk iaitu pada tahun 1618, ia diberi nama Kalaichi. Ia tidaklah terlalu besar kerana dibina ditengah-tengah bandar lama Kusadasi yang telah beroperasi menjadi pusat jualan, namun ia memadai untuk menampung jumlah jemaah yang tidak ramai berkunjung ke masjid unutk solat, bahkan kebanyakan yang bersolat golongan yang berusia. Ruang unutk wanita disediakan berasingan, oleh itu saya tidak berkesempatan masuk ke dalam masjid. Selesai bersolat, saya berdiri diluar pintu masjid dan menjengok ke dalam unutk melihat suasana didalamnya. Seeaktu itu imam masih ada dan sedang bertahmid. Setelah ramai jemaah keluar maka baru saya masuk ke dalam unutk melihat ruangan masjid yang damai dan tenang.

Sewaktu suami dan anak saya keluar dari masjid kami ditegur oleh seorang lelaki Turki yang memakai pakaian yang agak bergaya. Usianya juga sekitar 40an. Lalu kami rakamkan kenangan bersamanya. Dia begitu teruja melihat kami dan merasa gembira melihat anak saya yang berusia 10 tahun bersolat bersama. Apabila mengetahui saya sebenarnya menghadiri Conference Psychologi dan Kauselimg amak dia amat berkeinignan untuk mengetahui lanjut terutama konsep dan pemahaman dari sudut Islam.

Kami dibawa makan tengahari oleh saudara Aziz disebuah restoran dan di situlah kami berdiskusi tentang pelbagai perkara iaitu dari perspektif Psikologi dan Kaunseling Islam hinggalah kepada aqidah dan ibadat dalam Islam. Realitinya dia baru beberapa tahun jatuh cinta dengan Islam, itupun kerana pencarian unutk penyelesaian masalah kerana isterinya menghadapi masalah depression. Sudah 10 tahun berkahwin dan mereka tidak memilik zuriat. Lalu kekecewaan itu berlarutan hingga kepada perkara-perkara lain.

Sebenarnya saya tidak menyangka pertemuan ini sebenarnya memberi rahmat unutk kami berkongsi kepada masyarakat Turki yang masih lagi daif akan konsep Islam. Mereka ini begitu bersifat liberal, rata-rata mereka tidak bersolat, bahkan Aziz dia terpaksa solat jamak kerana waktu asar dia tidak dibenarkan keluar, bahkan ada masa waktu Magribnya tercicir kerana kesibukan bekerja. Bahkan di pejabatnya tiada ruangan unutk solat, dan bila seseorang itu bersolat ia dilihat sebagai fanatik agama. Memandangkan Kusadasi adalah bandar pelancongan maka cara hidup mereka sudah seakan warga Barat, hanya yang membezakan mereka adalah nama kerana aqidah mereka masih lagi Islam... biarpun sekadar pada nama...

Bersambung....

Wallahuaalam.


No comments:

Post a Comment