Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, May 29, 2012

Tips Menahan Rasa Marah


Memperkatakan tentang sifat marah, rata-rata kita memilikinya, tinggal lagi ia marah yang biasa-biasa, atau marah yang bersangatan hingga boleh mencederak diri dan juga orang sekeliling. Sifat marah ini disebut sebagai nafsu Ammarah. Nafsu marah yang menguasai diri biasanya tidak dapat dikawal oleh sesetengah inidividu. Namun ada pelbagai reaksi marah yang ditonjolkan oleh pemiliknya, ada yang bila marah semua benda dilepmarkan, ada juga yang memnunjukkan tanda marah dengan menunjukkan memek muka sama ada menebik bibir, menjengilkan mata, mengerakkan misai, keing dan sebagainya. Ada juga yang menangis apabula terlalu marah, tak kurang juga yang menjerit-jerit serta memaki hamun dan menyumpah seranah bila perasaan diluar kawalan. Paling bagus ada yang marah tetapi boleh mampu tersenyum.

Marah amat sinonim dengan kekuatan jiwa dan kesabaran diri seorang individu. Jika seseorang itu sabar maka dia mampu menahan kemarahannya, jika tidak sabar maka segala bentuk kemarahan akan ditunjukkan untuk menyatakan perasaanya. Marah juga tentunya bersebab, ada orang dengan sebab yang biasa sudah boleh melenting adaj uga orang yang jarabng marah tetapi bila ada perkara yang amat sensitif padanya, maka perasaan marah tersebut tidak dapat dibendung lagi. Bagi menangani sifat marah ini ada banyak tips yang boleh digunakan atau diaplikasikan kepada diri kita antaranya:

Sebelum timbulnya perasaan marah:

  1. Banyakkan zikir dan tahmid
  2. Perbanyakkan solat sunnat
  3. Menjaga amalan fardhu
  4. Menjaga sikap dan tingkahlaku
  5. Banyak berlapang dada dan berfikir postif
  6. Sentiasa memberi maaf
  7. Elakkan berdendam
  8. Selesaikan masalah yang ada(unfinished business)
  9. Sentiasa berterus terang jika ada sesuatu yang inign dinyatakan
  10. Muhasabah diri
  1. Jika dalam keadaan sedang marah, 
  2. maka jika anda sedang berdiri eloklah duduk
  3. Membasuh muka
  4. Mengambil wuduk
  5. Beristhgfar
  6. Solat taubat
  7. Bertafakkur sejenak
  8. Gigit lidah supaya anda tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak baik
  9. Mandi 
  10. Minum air sejuk
Selamat mencuba
Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment