Alhamdulillah, sudah empat hari diuji dengan sakit gusi dan sekarang ini sudah semakin sembuh. Kesakitan ini menyebabkan susahnya untuk makan dan menelan baik air mahupun makanan. Apalagi rasa tidak mahu bercakap. Tapi terpaksa juga membuka mulut kalau tidak mana mungkin meneruskan pengajaran.
Tiap kali mendapat sakit saya pasti, ini kerana Allah ingin menambahkan pahala atau menghapuskan dosa. Terfikir juga jika unutk menambah pahala tidak mengapa, tapi jika untuk menghapuskan dosa, apalah dosa diri ini? Bila menghitung memang banyak, adakala tidak sengaja atau mungkin ada yang sengaja. Conoth mudah.. lambat menunaikan solat walaupun tidak sampai 15 minit dek kerana mengadap internet pun di kira berdosa juga. Menonoton TV dan melihat perkara yang tidak berfaedah pun berdosa juga... atau... tercakap hal-hal orang lain seperti bila melihat akhbar.. mendengar berita..mulut ini mahu juga menyampuk.. hmm itulah manusia.. seringkali melakukan khilaf. Apapun kekhilafan dan dosa apa yang penting elakkan diri dari melakukan dosa besar.. bukan bermakna dosa kecil tidak perlu dielakkan. Dosa kecil atau besar semuanya perlu kita jauhi. Namun lebih mudah kita jauhi dosa besar dari dosa kecil. Dosa kecil juga bukan boleh dilihat enteng kerana bila banyak dosa kecil maka ia akan menjadi bertimbun...
Perkara paling baik untuk kita adalah sentiasa muhasabah, beristhgfar memohon keampuanan darinya atas segala kesilapan yang telah berlaku, baik yang sengaja atau tidak sengaja kerana hakikatnya mkita manusia sering terlupa dan terleka. Keimanan kita ada masa bertambah dan berkurang, oleh itu kita perlu sentiasa menjauhkan diri dari perkara-perkara yang menjebakkan diri ke arah kemaksiatan. Maka bila ditimpa kesakitan setidaknya kita tahu Allah masih sayang pada kita.
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment